Sekolah baru

255 55 3
                                    

3 hari selepas pengebumian Hocher, Taerin kembali ke sekolah. 4 hari dia tidak ke sekolah demi menunggu Hocher.

Taerin menguruskan segala dokumen peribadinya di bilik pengetua. Ya, dia masih juga mahu berpindah walaupun pada awalnya niatnya kerana sakit hati dengan Hocher , tetapi kali ini dia tak mampu lagi menahan kerinduan terhadap Hocher. Dia nampak bayangan Hocher di setiap sudut sekolah.

Dia keluar dari bilik pengetua, tiba² dia teringat waktu dia sengaja melanggar Hocher di depan bilik pengetua tempoh hari.

Tanpa berlengah lagi, dia meneruskan langkah untuk balik ke kelasnya. Namun, langkahnya terhenti sebaik tiba di depan kelas mendiang Hocher. Seorang pelajar lelaki tekun mengulangkaji di tempat Hocher. Dia tersedar lalu mendongak dan memandang Taerin. Taerin melihat wajahnya yang sedang mengukirkan senyuman.

"Hocher!" Taerin sudah memasang langkah untuk masuk ke kelas itu, namun satu tangan menariknya.

"Taerin, tu bukan Hocher." kata Taeyong yang baru saja tiba disitu. Taerin menoleh memandang Taeyong kemudian dia memandang kembali pelajar lelaki tersebut.

"Ohh .. Go Jihyeong" Taerin mengeluh.

"jomlah balik kelas." Taeyong memimpin tangan Taerin pergi dari situ.

Mereka tiba di kelas. Taerin dan Taeyong mengambil tempat masing².

"kau betul² nak pindah sekolah?" soal Taeyong. Taerin tidak membalas, malah dia cuma mengangguk.

"Kau nak tinggal aku?" soal Taeyong lagi. Soalan itu dibiar sunyi tanpa jawapan.

skip

Taerin sampai di hadapan sekolah barunya. Sekolah sukan dimana semua pelajar hanya aktif dengan sukan yang diminati dan disertai.

Langkahnya diatur ke perkarangan sekolah. Ramai mata yang memandangnya, namun Taerin langsung tidak peduli. Tiba² saja dia terlanggar seseorang.

"Ahh mian!" pinta Taerin sambil menunduk. Lelaki itu hanya memandang Taerin dengan pandangan kosong. Tiada perkataan yang keluar dari mulutnya. Earphone disumbat ke dalam telinganya. Selepas memandang Taerin sampai nak tembus hidung dia, lelaki tu pun pergi dari situ.

"kacaknya dia , tapi macam sombong!" gomel Taerin sendirian. Dia mengalihkan pandangan ke arah pejabat sekolah, namun matanya tertumpu pada seorang gadis yang sedang sibuk mengutip kertas di lantai. Taerin melangkah menuju ke arah gadis tersebut.

"biar aku tolong" Taerin membantu gadis itu mengutip helain kertas yang berterabur di lantai.

"terima kasih." ucap gadis itu.

"sama-sama. Anyway,aku Kang Taerin. Transfer student." Taerin menghulurkan tangannya untuk berjabat.

"Oh, Kang Taerin. Aku Yoo Rachel. Welcome to Busan International High School." Racher mengukirkan sebuah senyuman yang manis. Tengok dari wajah dia, Rachel seperti kacukan Korean-America. Matanya hazel, berkulit cerah tapi agak perang sedikit. Badannya kurus seperti seorang perenang.

"Thanks. Tapi, ini sekolah sukan, jadi kau terlibat dengan sukan apa?" soal Taerin.

"aku perenang." jawab Rachel. Tak salah lagi tekaan itu.

[C] HEARTWhere stories live. Discover now