+2

13.2K 2K 1.2K
                                    

" Min Yoongi, bangun. "

" Bangunlah. Sekejap lagi budak-budak tu dah nak sampai. "

" YAH MIN YOONGI! "

" Auw auw mak sakit mak ampun! " Yoongi terus terduduk akibat telinganya ditarik oleh Puan Min.

Puan Min melepaskan telinga Yoongi. " Bangun. Dah pukul 9:30  pagi dah ni. Lagi setengah jam diorang sampai. Pergi mandi, lepastu sarapan. " kata Puan Min sambil menarik selimut yang menutup badan Yoongi.

" Alah mak. Yoongi malas lah. " Yoongi merebahkan kembali badannya. Dia mula menguap.

" Min Yoongi. " Puan Min mencubit lengan Yoongi.

" Auw! Jangan lah! Mak ni! Yelah yelah! Yoongi bersiap! " Yoongi terus berdiri. Dia mencapai tuala yang tersangkut dan terus masuk ke dalam bilik air.

Puan Min menggelengkan kepalanya.

• • •

Yoongi mencedok nasi goreng kimchi yang dibekalkan oleh emaknya ke dalam enam buah pinggan. Pinggan tersebut disusun di atas meja makan dengan berhati-hati.

Kalau nak diikutkan hati, nak saja dia lempar semua pinggan ni ke lantai. Kerja jaga budak. Kau rasa?

Ting! Tong!

Yoongi menoleh ke arah pintu utama dengan muka bosan. " Coming! " jerit Yoongi. Apron yang dipakainya ditanggalkan dan diletakkan di atas meja.

Di dalam hatinya tak habis dia berdoa agar budak-budak tu semua baik.

Yoongi memegang tombol pintu sambil menarik nafas dalam. Kau boleh Yoongi! Getus hati Yoongi.

Klak!

Maka terpacul lah wajah enam orang ibu bersama anak-anaknya. Berdiri bulu roma Yoongi apabila ternampak kanak-kanak tersebut.

" Em. Ni Min Yoongi ke? Anak Puan Min Baeyoung? " soal salah seorang daripada wanita disitu.

Yoongi menoleh ke arahnya. Senyuman paksa diukirkan. " Haah. " jawab Yoongi sepatah.

Wanita-wanita tersebut tersenyum. " Sila jaga anak kami dengan elok ya. Kami akan ambil diorang pukul 6 petang nanti! Terima kasih. " mereka semua menunduk hormat.

Yoongi tersenyum kekok dan membalas tundukkan mereka. Tidak lama kemudian, ibu-ibu muda tersebut meninggalkan kawasan apartment itu.

Enam orang kanak-kanak tersebut memberi Yoongi pandangan bila-nak-jemput-aku-masuk-setan.

Yoongi menggulingkan matanya. " Dah masuk cepat. " arah Yoongi dan enam orang kanak-kanak tersebut berlari masuk ke dalam rumah.

" Oh gosh. "

• • •

Mereka berenam duduk di atas kerusi kecil dan menghadap Yoongi. Daripada yang paling tinggi, sehinggalah yang paling rendah.

Yoongi menoleh ke arah kanak-kanak dihadapannya. Satu persatu dia perhatikan.

" Kau yang kepala pink. Nama apa? Umur? " Yoongi menunjuk ke arah budak lelaki yang paling tinggi.

Budak lelaki itu tersenyum manis. Dia berdiri. " Nama saya Kim Seokjin. Hyung boleh panggil saya Jin. Umur saya 7 tahun. " ucapnya penuh tertib. Seokjin kembali duduk.

Yoongi mengangguk kepalanya berkali-kali. " Kau, si kepala rumpai laut. " Yoongi menoleh ke arah budak lelaki yang asyik menghisap lolipop.

Budak lelaki tersebut memandang Yoongi dengan wajah tidak percaya. " You call me what? " soalnya pada Yoongi.

" Baepsae~~ " budak lelaki disebelahnya menyambung. Semua menoleh ke arahnya. Dia tersenyum malu. " Mianhae. " ucapnya perlahan.

Budak lelaki yang berambut hijau itu menggulingkan matanya. " My name is Kim Namjoon. You can call me Rap Monster. I'm 6 years old. " ucap Namjoon dengan petah berbahasa inggeris.

Ternganga Yoongi mendengarnya. Dia yang sudah habis belajar pun tak ada keyakinan dan kebolehan untuk berbahasa inggeris.

" Okay, Namjoon. Kau pulak kepala oren. Aihh mak korang ni kecik-kecik dah dyed rambut. " Yoongi menggelengkan kepalanya. Dia sendiri berambut hitam.

" Hai! Nama saya Jung Hoseok! Hyung boleh panggil saya Hobie! Umur saya sama dengan Monmon! Saya benci serangga! Sila jaga saya dengan baik! " jawab Hoseok ceria dengan badan ditundukkan.

Yoongi tersenyum buat pertama kalinya. Kepalanya dianggukkan. " Kau kepala kelabu. " Yoongi menguap. Haih bosan betul.

Budak lelaki tersebut berdiri. " Hyung, kalau saya nak buat dengan dia boleh? " budak lelaki itu menunjukkan budak lelaki berambut blonde disebelahnya.

" Ah apa-apa je lah. " balas Yoongi malas.

" Nama saya Park Jimin! Dia ni pula Kim Taehyung! " ucap Jimin.

Taehyung mengangguk sambil tersengih. " Hyung boleh panggil saya Bwi ataupun Taetae. Dan hyung boleh panggil dia Chim. Kitorang 5 tahun. " jawab Taehyung semangat.

Yoongi mengeluh panjang. " K. Kau pula kepala coklat. " arah Yoongi.

Kanak-kanak terakhir itu memandang Yoongi dengan muka terkejut. Tangannya tidak henti menggentel hujung baju.

" Yah. Cepat lah. " Yoongi membuat muka malas. Budak lelaki itu terus mencebik seperti mahu menangis.

Yoongi gelabah. " Yah. Jangan nangis. Hyung tak marah kau. " Yoongi datang ke arah budak lelaki tersebut dan mengusap belakangnya.

" Hyung, dia pemalu dengan orang yang baru dia jumpa. " kata Namjoon pada Yoongi.

" Oh? Jadi apa nama dia? " soal Yoongi pada Namjoon.

" Jeon Jungkook. Kookie. 4 tahun. Arnab. " jawab Namjoon ringkas dan padat.

Yoongi mengangguk faham dan kembali semula ke tempat duduknya. Dia menarik nafas panjang memandang mereka semua.

" Nama hyung Min Yoongi. Umur hyung 20 tahun. Hyung tak suka budak bermulut kepoh. Jadi tolong lah jangan buat bising kalau tak nak tengok hyung marah. Okay tu je. Ada apa-apa nak tanya? " Yoongi tersenyum nipis.

Jungkook mengangkat tangannya. " Nak makan. Kookie belum makan. Omma nak cepat tadi. " Jungkook menunduk. Takut dipandang lama oleh Yoongi.

" Oh. Jom kita pergi dapur. Korang semua pun ikut sekali. " Yoongi bingkas berdiri dan berjalan menuju ke arah dapur.

Mereka berenam terus membuntuti Yoongi.

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Donde viven las historias. Descúbrelo ahora