+23

7K 1.3K 332
                                    

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik Yoongi diketuk berkali-kali.

" Yoongi-ah! Kau tak pergi jaga budak-budak tu dengan Byul? " soal Puan Min dari balik pintu.

Yoongi yang masih berbaring merengus. Selimut yang melitupi badannya dialihkan dengan kasar.

" Tak! " jerit Yoongi. Malas dia nak keluar bilik. Tak ada mood.

" Okay! Mak nak pergi rumah kawan, jaga rumah tau! " balas Puan Min lalu beredar pergi.

Yoongi mengusutkan rambutnya. Teringat dia akan perbualannya bersama Byul semalam.

Bodoh. Kenapa lah dia ada perasaan pada Byul?

" Em... Sebelum aku cerita, kau jawablah soalan aku dulu. " kata Yoongi lalu menyisip sedikit mekcoffee yang dibelinya.

Wajah Byul terus merona merah. Malunya nak cerita!

" Mestilah aku pernah jatuh cinta! Seronok tau! Lagi seronok bila cinta tu dibalas. Macam-macam perasaan dapat kita rasa. " jawab Byul lalu memegang kedua belah pipinya.

Yoongi tersenyum melihat kelakuan Byul. Dia tak tahu sejak bila dia ada perasaan pada Byul.

Yang dia tahu... penyebab utama mereka bermusuh dibangku sekolah adalah kerana... Byul sukakan dia...

Adakah ini karma?

" Kau... tengah bercinta ke sekarang ni? " soal Yoongi. Entah mengapa hatinya merasa terlalu berdebar.

Byul mengangguk laju. " Yup! Aku dah ada tunang! Dan dia adalah bakal suami aku! Ayy seronoknya! " teruja Byul menjawab.

Yoongi terdiam.

Damn.

Yoongi menekup mukanya pada bantal. Mula-mula tak ada perasaan dengan Byul, pastu tetiba ada perasaan, pastu patah hati.

Dia tak pernah rasa perasaan macam ni. Dan dia sendiri sebenarnya tak faham perasaan dia pada Byul.

Yoongi terlalu lambat ke? Dah tak ada peluang ke?

Nope. Dia masih ada peluang.

Sedangkan suami isteri pun boleh bercerai. Apatah lagi baru bertunang.

❤❤❤

" Korang masak apa ni? " tanya Jimin lantas dia memanjat kerusi.

Bersusah payah dia memanjat kerusi tapi tak berjaya. Rendah sangat nampaknya.

Kerusi meja makan kat rumah Yoongi boleh dikatakan rendah. Tapi kat rumah Byul ni, kerusi meja makan kemain lagi tingginya.

Namjoon, Jungkook, dan Taehyung memerhatikan Jimin. " Chim, nak kitorang tolong tak? " tanya Taehyung. Kesiannya kawan dia yang seorang tu.

Jimin menggeleng. " Aku boleh buat sendiri! Korang duduk je lah dulu. " balas Jimin dengan termengah-mengah. Dah macam pergi bina badan pula.

Namjoon menggulingkan matanya. " Jangan berlagak sangat lah. " Namjoon menggelengkan kepalanya.

" Biarlah dia hyung. Nak berusaha sendiri. Jom kita duduk. " ajak Jungkook.

Belum sempat mereka bertiga duduk tiba-tiba...

Buk!

Mereka bertiga menoleh ke arah Jimin yang sudah jatuh tergolek.

Namjoon menggulingkan matanya. " Tu lah kau. Ni padahnya bila berlagak sangat. " omel Namjoon.

Jimin mencebik. " Aku nak cuba je. " balas Jimin lalu menggosok punggungnya.

Mereka bertiga membantu Jimin naik dan duduk di atas kerusi. Lalu mereka bertiga mengambil tempat duduk masing-masing.

" Korang! Korang masak apa? " tanya Jimin sekali lagi memandangkan soalannya tadi tidak dijawab.

Byul menoleh ke arah Jimin. " Kitorang buat kek beras. " jawab Byul lalu tersenyum.

Jimin menganggukkan kepalanya.

" Noona! Hari ni Toongew hyung tak datang ke? " soal Jungkook. Patung arnabnya yang digendongnya dicium beberapa kali. Comelnya Bun-Bun.

Byul mengangkat bahunya. " Entah. Tak datang kot. Lagipun dia tak beritahu noona apa-apa pun. " ucap Byul.

" Dia pergi keluar dating kot. " Seokjin mencelah.

" Eh. Orang macam Yoongi hyung tu, ada ke orang nak? " tudia Namjoon. Mulut kemain.

Hoseok mengangguk laju. " Ada! Ada! Byul noona! " jawab Hoseok dengan sengihan.

Byul tersedak. " Hey! Noona dah ada tunang lah! " Byul menggelengkan kepalanya dengan senyuman nipis.

Tak habis-habis nak jodohkan dia dengan Yoongi. Tak faham betul.

Tiba-tiba dia teringat tentang semalam.

Yoongi dia....

" O-oh... " jawab Yoongi dengan nada suara tersekat.

Byul tersengih. " Ha! Kau pula. Kata nak cerita kat aku tadi. " teruja Byul nak dengar cerita Yoongi.

Yoongi menggosok tengkuknya. " T-tak ada apa-apa lah. Lupakan je. " kata Yoongi.

Nafas dalam ditarik. Dadanya dipegang. Sakitnya.

" Byul, jom kita balik. Nanti marah pula tunang kau. " kata Yoongi lantas dia bingkas berdiri dan terus menuju ke arah kereta.

Byul mengerutkan dahinya. Pelik dengan perubahan drastik sikap Yoongi.

Dia terus mengejar Yoongi. " Wei kau kenapa ni? " tanya Byul. Kawan mestilah prihatin, kan?

" Tak ada apa-apa. Masuklah kereta cepat. Aku nak balik. " balas Yoongi tanpa memandang Byul.

Byul hanya akur. Yoongi senggugut kot. Sebab tu badmood.

Byul mengangkat bahunya. Lantak lah. Untuk apa dia peduli.

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Onde as histórias ganham vida. Descobre agora