+32

6.4K 1.3K 157
                                    

Yoongi duduk diatas sofa memandang ke arah mereka semua yang sedang bermain. Perasaan sebak mulai muncul dihatinya.

Tapi dia yakin, keputusan yang dilakukan ini adalah yang terbaik untuk dirinya. Bukan semata-mata untuk lupakan Kwon Byul.

Kim Seokjin. Yoongi sukakan dia. Budaknya rajin walaupun kadang-kadang terlalu gedik. Mulutnya agak celupar tapi terlalu prihatin akan adik-adiknya.

Jung Hoseok. Yoongi selalu tersenyum melihat Hoseok dengan perangainya. Selalu buat orang tersenyum dikala sedih.

Kim Namjoon. Yang paling Yoongi benci dan sayang. Ada je perkara yang dia nak cari gaduh dengan Yoongi. Selalu sangat acah-acah matang. Mulut pun mak aih. Susah nak kata.

Park Jimin. The second sunflower after Hoseok. Ceria je memanjang. Tapi bila time dia emo, dengan Yoongi pun cakap kau aku.

Kim Taehyung. Si makhluk pelik. Tapi Yoongi sukakan dia. Walaupun pelik, dalam kepelikkan dia ada sesuatu yang bijak.

Jeon Jungkook. Bapa tiri Yoon-- Tak. Gurau je. Dia punya berdendam dengan orang tu, fuh. Psycho bhai. Paling manja dengan Yoongi.

Tapi tak mungkin Yoongi mampu tuliskan semua kisahnya bersama dengan mereka berenam. Setiap bait kenangan manis yang dilalui bersama bukan mudah untuk dirungkaikan dengan kata-kata.

Daripada benci, terjadinya sayang. Daripada marah, terjadinya ketawa.

Yoongi terlalu sayangkan mereka berenam. Tapi bagaimana dia harus lakukan? Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

Cecair jernih keluar dari mata Yoongi tanpa disedarinya. Esakkan kecil mula keluar dari mulutnya.

Dulu, dia sendiri yang halang pemergian budak-budak tu. Tapi sekarang, dia sendiri akan tinggalkan mereka berenam. Entah berkesempatan atau tidak untuk bertemu dengan mereka semula pada masa akan datang.

Mereka berenam menoleh ke arah Yoongi. Pelbagai soalan muncul didalam minda mereka.

Mereka semua menuju ke arah Yoongi. " Hyung? " panggil mereka semua secara serentak.

Airmata Yoongi mengalir semakin deras. Wajahnya ditundukkan. Bahunya terhincut-hincut menahan tangis.

" Hyung kenapa ni? " tanya Jimin lantas dia mengambil ditempat disebelah Yoongi.

Seokjin mengusap bahu Yoongi. Dia sendiri keliru kenapa dengan Yoongi.

" Hyung minta maaf. " ucap Yoongi dengan suara serak.

Wajah mereka berenam terus berubah risau.

Tiba-tiba wajah Yoongi berubah ceria. Lebih kepada berpura. Airmata yang tadinya mengalir diseka laju.

" Oh korang! Hyung dapat tawaran sambung belajar kat Canada. Dalam minggu depan hyung bertolak ke sana! " senyuman hambar terukir dibibir Yoongi.

Riak wajah mereka berenam langsung tidak berubah. Hati Yoongi mula bertambah risau.

" Hyung nak tinggalkan kitorang dah ke? " tanya Taehyung dengan wajah sedih.

Hati Yoongi terus dipanah duka.

" S-sampai hati hyung kan? Dulu hyung marah kitorang kata jangan tinggalkan hyung... Tapi sekarang? " kini airmata Namjoon terus mengalir tanpa sebarang amaran.

Yoongi tidak dapat menahan airmatanya daripada mengalir. " Hyung minta maaf. " ucap Yoongi perlahan.

" Penipu. " kata Seokjin bernada keras.

Mereka berenam terus memeluk Yoongj dengan tangisan. Tak adil. Yoongi memang tak adil.

Adakah mungkin Yoongi akan benar-benar meninggalkan mereka?

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Where stories live. Discover now