+24

6.9K 1.3K 374
                                    

Tok! Tok! Tok!

Jimin dan Taehyung menoleh ke arah pintu secara serentak.

" Noona!! Ada orang datang!! " jerit Taehyung pada pengasuhnya yang berada didapur.

" Tolong bukakan pintu! " balas Byul dari dapur.

Taehyung memandang Jimin. " Chim, kau bukalah pintu. Aku takutlah. Mana tahu penculik. " Taehyung berprasangka buruk.

" Ish kau ni! Mulut tu jagalah sikit. Noona suruh kau yang buka. Kau buka je lah. " marah Jimin. Ingat Taehyumg seorang je ke takut? Dia pun takut.

Byul berjalan keluar daripada dapur. " Siapa yang da-- Eh? Tak buka pintu lagi? " soal Byul lantas memandang Jimin dan Taehyung.

Mereka berdua menggelengkan kepala. " Takut lah noona. Mana tau tu penculik. " kata Taehyung lalu menundukkan wajahnya.

Byul tertawa kecil. " Ada-ada je. Takpe biar noona pergi buka. " baru sahaja Byul hendak melangkah ke arah pintu tiba-tiba dia dihalang oleh Jimin dan Taehyung.

" Jangan noona!! Nanti kalau orang tu pukul noona macam mana? " kata Jimin dengan wajah takutnya.

Taehyung menepuk dadanya sambil menunjukkan muka bersemangat. " Takpa! Kim Taehyung yang gagah ada untuk lindungi noona! Jom noona! " Taehyung memimpin tangan Byul menujuk ke arah pintu.

Byul tertawa. Nasib baiklah comel. Acah lebih.

Klak!

Pintu dibuka. Terjegullah seorang lelaki dewasa dihadapan pintu.

Dengan baju berwarna merah jambu lengan panjang, ripped jeans dan cermin mata bulat. KYAA! Comelnya!

Taehyung terus menyorok dibelakang Byul bersama Jimin.

" Siapa ni noona? " soal mereka berdua dengan serentak.

Byul tersenyum kecil. " Byun... Baekhyun. Kenapa awak datang tak beritahu? " tanya Byul.

Baekhyun membalas senyuman Byul. " Hi. " ucapnya lembut.

" Nak datang jenguk sayang saya ni pun tak boleh ke? " tanya Baekhyun lalu mencubit pipi kiri Byul.

Wajah Byul terus merona merah. " E-eh mana ada. " jawab Byul lalu tersengih.

Lengan kiri Byul ditarik oleh Jimin. " Noona noona! Ni siapa? " tanya Jimin sekali lagi.

" Oh? Ni tunang noona. " jawab Byul lalu menggosok rambut Jimin.

Baekhyun mencangkung agar ketinggian dia sama taraf dengan Taehyung dan Jimin.

" Haiiiii~ Nama hyung Baekhyun. Nama awak siapa? " ramah Baekhyun. Pipi Taehyung dan Jimin di cuit lembut.

" N-nama Chim, Jimin. Dia ni Taehyung. " jawab Jimin. Takut pula tengok Baekhyun ni.

Taehyung mengangguk. " Hyung cinta noona eh? " soalan Taehyung kedengaran amat polos.

Baekhyun tergelak. " Yup. Hyung cinta noona. " jawab Baekhyun. Alahai comelnya budak-budak ni.

Sekali lagi wajah Byul memerah. Ayy budak-budak ni.

Taehyung terngaga. " Habistu, Yoongi hyung macam mana noona? " tanya Taehyung.

Dia ingatkan Yoongi tu kekasih Byul. Yelah kan, tengok macam sepadan aja.

" Yoongi? Siapa? " Baekhyun bingkas berdiri memandang Byul.

" Oh. Tu pengasuh budak-budak ni. Dia jaga dengan saya. Eh jemputlah masuk. " pelawa Byul. Lupa pula nak ajak masuk.

Baekhyun mengangguk faham. " Ehehe. Ingatkan taknak ajak masuk tadi. " usik Baehyun dan terus melangkah masuk.

" Hehe. Sorry. "

•••

Seokjin, Hoseok, Namjoon, Jimin, Taehyung dan Jungkook duduk bersila dihadapan Baekhyun. Yelahkan, ada orang baru datang. Mestilah diorang nak berkenalan.

" Hai! " kata Baekhyun ceria.

Mereka berenam memandang Baekhyun dengan wajah kau-siapa-nak-hai-hai.

" Kenapa senyap je ni? Takut dengan hyung ke? Nama hyung Byun Baekhyun. Tunang Byul noona. " Baekhyun memperkenalkan dirinya.

Mereka berenam mengangguk faham tetapi masih dengan muka tidak berperasaan.

" Byun Baekhyun? Keluarga hyung Byuntae ke? " soal Jungkook. Tengok muka Baekhyun ni macam pervert je. Ditambah pula ada perkataan Byun depan nama dia. Fuh.

Baekhyun tergelak besar. " Mana ada! Tu nama keluarga hyung lah! " aigoo diorang ni.

" Ohhh. " Jungkook mengangguk faham. " Nama Tookie pula Jeon Jungkook! " Jungkook menghulurkan tangannya untuk bersalaman dan disambut baik oleh Baekhyun.

" Jeon Jungkook? Keluarga Kook suka macam roti John ke? " usik Baekhyun pula.

Jungkook mencebik. " Eee mana ada hyung ni! " marah Jungkook. Nak perli orang pula.

Yang lain terus membuat muka teruja. Tak sangka Baekhyun ni peramah! Mesti seronok kalau berkawan dengannya.

" Nama Hobie, Jung Hoseok! "

" Kim Namjoon. "

" Saya Kim Seokjin! "

Baekhyun menggosok kepala mereka berenam. " Comelnya korang ni. Geram tau! " ucap Baekhyun.

Mereka semua tersengih.

" Amboi cepatnya rapat. " tegur Byul yang baru sahaja keluar dari dapur bersama kek beras.

Baekhyun tersenyum. " Tengoklah siapa? " Baekhyun mendukung Jungkook duduk diatas ribanya.

" Ahahah. Yelah. Em awak, saya nak keluar beli barang sekejap. Awak jaga budak-budak ni boleh tak? Sekejap je! Boleh? " pinta Byul lalu membuat wajah comel.

Seokjin berdecit perlahan. " Kenapa noona tak pernah buat muka comel depan Yoongi hyung eh? " bisik Seokjin pada Namjoon.

" Sebab Byul noona tak nak kat Yoongi hyung. " jawab Namjoon selamba.

" Mestilah boleh. " jawab Baekhyun.

" Yay! Sayang awak! Nanti awak makanlah kek beras ni dengan diorang, tau! " Byul memeluk leher Baekhyun sekejap.

" Ya sayang. " Baekhyun tertawa kecil.

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin