+18

8.3K 1.3K 470
                                    

Yoongi duduk di bangku yang tersedia didalam klinik. Byul sedang meneman Jimin di dalam bilik doktor.

Yoongi mengusutkan rambutnya. Macam manalah dia boleh lupa nak kawal marah.

Dia tidak berhenti berdoa agar semuanya baik-baik belaka. Air matanya daripada tadi tidak berhenti keluar.

Yoongi sayangkan Jimin. Dia sayangkan budak-budak tu macam anak sendiri.

Dia menoleh ke arah Hoseok yang duduk jauh daripadanya. Hoseok langsung tak mahu bercakap dengannya. Puas dia pujuk.

Seokjin mengusap bahu Yoongi. " Hyung~ Gwenchana. Jimin tak akan apa-apa. " pujuknya. Kesian bila tengok Yoongi resah daripada tadi.

" Hyung jangan risaulah. Bukan kuat kan hantukan kat kepala dia? Jimin memang cepat pengsan kalau terkejut. " sampuk Namjoon.

Yoongi menggigit bibir bawahnya. Ya, diorang berdua boleh berfikir secara positif. Tapi macam mana dengan Taehyung, Hoseok dan Jungkook? Boleh ke diorang terima kalau Yoongi kata dia tak sengaja?

Taehyung menarik tangan Yoongi yang asyik memegang kepala. " Hyung. Chim tak mati kan? " soal Taehyung dengan bibir yang sudah mencebik.

Lidah Yoongi kelu. Tak tahu kenapa dia tak boleh nak keluarkan suara.

" Hyung... Bwi tanya ni... " perlahan-lahan air mata Taehyung mengalir.

Yoongi masih berdiam. Dia kaku. Dia ada jawapannya tapi suaranya tersekat dikerongkong.

" Yah Bwi. Chim pengsan je lah. " Seokjin menjawab soalan Taehyung bagi pihak Yoongi.

Taehyung mengelap air matanya. " Kenapa Yoongi hyung pukul Chim? " tersedu-sedan Taehyung menahan tangisan.

" Bwi hyung, Yoongi hyung tak sengajalah. Jangan mengada sangat boleh tak?! " marah Jungkook tiba-tiba. Hal kecil macam ni pun nak kecoh.

Semua menoleh ke arah Jungkook yang tiba-tiba sahaja meninggikan suara kecuali Hoseok.

" Kalau Yoongi hyung tak sengaja, kenapa dia sendiri yang tak jawab soalan aku?! Kenapa bukan dia sendiri yang teman Chim jumpa doktor?! Nampak sangat yang dia memang bersalah. Nampak sangat yang dia tak sayang Chim! " balas Taehyung. Sama kuat nadanya dengan Jungkook tadi.

Jungkook mengetap gigi geram. " Kalau Yoongi hyung tak sayang Chim hyung, dia takkan bawa Chim hyung pergi klinik! Dia takkan menangis tengok keadaan Chim hyung! Kau jangan kusutkan keadaan lagi boleh tak?! Tak kesian ke tengok Yoongi hyung?! " merah wajah kecil Jungkook.

Taehyung terdiam. Keadaan menjadi hening.

Yoongi mengesat matanya. " Hyung minta maaf... " ucap Yoongi perlahan.

Seokjin memeluk Yoongi. " Hyung tak salah... " pujuknya. Badan hyungnya diusap.

Tiba-tiba, Byul keluar dari bilik doktor bersama Jimin yang sudah sedar. Jimin berada didalam dukungan Byul. Kepalanya dilentokkan pada bahu Byul.

Yoongi dan yang lain terus menerpa ke arah Byul.

" Chim tak apa-apa ke? " soal Yoongi pada Jimin. Namun Jimin langsung tidak menjawab.

Yoongi memandang ke arah Byul meminta jawapan. Wajahnya jelas menunjukkan dia amat risau. " Dia tak apa-apa. Doktor kata dia cuma terkejut. Hantukan kat kepala dia bukan kuat pun. " jawab Byul.

" Kan Joon dah kata. " Namjoon menggelengkan kepalanya.

Dia masih ingat lagi waktu mereka berenam main hantu. Waktu tu, diorang semua sepakat nak terkejutkan Jimin.

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Where stories live. Discover now