+34

7K 1.2K 169
                                    


" Hahahaha! " suara ketawa kedengaran dari ruangtamu. Byul keluar dari dapur dan terlihat mereka bertuju ketawa dengan terbahak-bahak. Apa yang lawaknya Byul sendiri tak tahu?

Byul bercekak pinggang. Bibirnya dimuncungkan.

" Noona! " jerit Jungkook lantas meminta Byul mendukungnya. Faham akan permintaan anak kecil itu, Byul mengangkat Jungkook ke dalam dukungannya.

Yoongi memandang Byul lalu tersenyum kecil. " Kau dah kenapa muka cemberut je? " tanya Yoongi tenang. " Korang, pergilah bersiap. Kejap lagi mak korang sampai nak ambil korang. " sambung Yoongi.

Mereka berenam mengangguk faham. Jungkook turun dari dukungan Byul dan mula mengikut langkah hyungnya yang sudah maju ke hadapan.

Yoongi mendekati Byul dan menggosok rambut Byul. " Kau ni kenapa? " perasan akan soalannya tadi tidak dijawab, Yoongi mengulanginya semuloa.

Byul berdecit. " Korang pergi mana tadi? Aku bangun tidur je tengok korang dah tak ada. Lain kali kalau nak keluar ke mana-mana, beritahulah aku dulu. Ni tak, dah lah tak beritahu, lepastu bila aku call bukan reti nak angkat call. " bebel Byul dengan nada tidak berpuas hati.

Dah lah dia tak sihat, pastu bila bangun tidur je tau-tahu diorang tak ada. Kepala tengah pening jadi bertambah pening nak fikirkan pasal diorang semua.

Byul segera duduk diatas sofa. Dah lah baru bangun tidur. Dengan rambut serabai. Huh! Sesekali dia mengomel sesuatu yang tidak dapat didengari oleh Yoongi.

Yoongi tersenyum halus. " Aku keluar pergi beli barang kejap tadi. Aku nak ajak kau, tapi tengok kau macam tak larat je, tu yang aku biar. " jawab Yoongi.

Wajah Byul ditenung dari tepi. Kenapalah baru dia perasan yang byul ni sebenarnya cantik?

 Kenapalah baru dia perasan yang byul ni sebenarnya cantik?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Untung Byun Baekhyun. Haih Yoongi, padan muka kau lah. Dulu kau yang benci sangat kat dia. Sekarang kau yang sibuk nak tergilakan dia kenapa?

" Kau apehal tengok aku macam tu sekali? " tanya Byul pada Yoongi dengan dahi yang dikerutkan. Tak pernah Yoongi nak pandang dia lama-lama, ni ape kes pula dah?

" Byul-ah. Aku-- "

Ting! Tong!

Kata-kata Yoongi terhenti apabila bunyi loceng kedengaran. Yoongi mengeluh. Potong betul lah.

" Mak diorang dah sampai kot. Korang! Dah siap belum?! " jerit Byul dari dalam.

Tak sampai dua minit, mereka berenam keluar dari bilik dan sudah berkemas.

" Noona! Hyung! Kitorang balik dulu tau! " kata mereka berenam serentak. " Terima kasih! Bye! " mereka terus berlari keluar tanpa menunggu balasan daripada Yoongi dan Byul.

. . .

" Byul ah~ " panggil Yoongi.

Byul menoleh kearahnya. " Apa? " soal Byul acuh tak acuh. " Kau ni tak reti balik ke? Dah lewat ni. " Byul menguap. Lepas budak-budak tu balik, Yoongi selamba badak je duduk rumah dia. Biasanya reti balik lepas bebudak tu balik.

Yoongi memuncungkan bibirnya. Nak menghalau pula.

" Thanks. " ucap Yoongi perlahan.

Byul mengangguk. Eh jap. Byul mengerutkan dahinya. Kenapa tiba-tiba cakap terima kasih. " Untuk ap-- HOI! " Byul tersentak apabila bila Yoongi tiba-tiba sahaja menarik rambutnya.

" Kau apehal hah? Rindu nak gaduh ke pe?! " tanya Byul dengan nada tidak puas hati. Babeng betul mamat ni. Kutuk hatinya.

Yoongi menjelirkan lidahnya. " Haah! Jom gaduh! " Yoongi terus tertawa gila. Bantal sofa diambil dan dibaling terus terkena kepala Byul.

" Kau kenapa ha?! Jangan cabar aku! " Byul terus melompat ke atas badan Yoongi dan memukulnya sekuat hati.

" Wei! Wei! Lek ah! Sakit bodoh! " ha kau yang minta, kau pula yang nak marah.

Bermacam peperangan yang berlaku. Yoongi menarik rambut Byul, Byul mengheret Yoongi ke bilik air, Yoongi menangis sebab terhantuk meja, Byul tarik seluar Yoongi dan bermacam lagi.

Dan Yoongi langsung tak kisah atas kesakitan yang dia alami malam tu. Apa yang dia tahu, dia nakkan kembali permusuhan dia bersama Byul pada suatu ketika dahulu. Permusuhan yang bagaikan tiada henti, bukan perasaan cinta yang memburu hati.

Bukan dia nak bencikan Byul,. Sama sekali bukan. Tapi dia nak lepaskan rindu. Biar lepas ni, bila dia dah pergi jauh dari Korea, tak ada lah dia teringatkan Byul. Haha. Penipu.

Yoongi dan Byul bersandar di dinding dengan wajah yang comot dengan krim. Habis hancur bersepah dapur apartment Byul dikerjakan.

" Byul. " panggil Yoongi dengan suara termengah-mengah. Senyuman manis terukir dibibirnya.

Byul menjongketkan keningnya sebagai tanda apa. Dia mengeluh kecil sebelum turut tersenyum.

" Jangan rindukan aku tau. " kata Yoongi perlahan. Macam dah nak mati pula dia ni aku tengok xD

Byul menggelengkan kepalanya. " Tapi cara kau sekarang ni macam nak buat aku rindu kau. " balas Byul. Entah kenapa hatinya berat untuk lepaskan Yoongi.

Tapi ni semua untuk kebaikkan masa depan Yoongi. Takkan sampai mati dia nak jadi pengasuh.

" Aku sayangkan kau, Byul. "

" Haha. Gila ke? Nado. "

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Where stories live. Discover now