+6

10.5K 1.7K 947
                                    

" Atok... Bangun lah. "

" Kata nak pergi taman. Jom lah. "

" Hiyong palli ireona! "

" Hyung tak baik tau jadi penipu... "

" Janganlah bagi harapan palsu kat kitorang... "

" Hoi orang tua pemalas! "

Yoongi masih tidak berganjak dari katilnya. Matanya tidak sikit pun dibuka.

Jimin memanjat naik dan duduk di atas perut Yoongi. " Hyung~ Ireona~ " panggil Jimin lalu menepuk perlahan kedua-dua belah pipi Yoongi.

" Ahh korang ni bisinglah. " Yoongi mendengus. Sibuk je nak kacau orang tidur! Huh!

" Apa bisingnya? Kan hyung tadi dah janji nak bawa kitorang pergi taman. Bangun lah hyung. " rayu Hoseok sambil menarik lengan Yoongi.

Yoongi menyerabutkan rambutnya tanda rimas. " Bila masa pula hyung janji? Kan hyung cuma kata nanti kalau hyung rajin kita pergi. Sekarang ni hyung malas. Dah shuh shuh. " Yoongi mengangkat Jimin turun dari perutnya.

Yoongi membuat isyarat menghalau pada mereka semua. Dia memalingkan badannya menghadap dinding dan bantal golek dipeluk erat.

" Dah lah wei. Aku dah give up. " Jungkook mengangkat tangannya tanda mengalah dan berjalan keluar dari bilik tersebut. Balik rumah nanti boleh tengok awek puas-puas dalam Youtube.

Hoseok mencebik seperti mahu menangis. Dia mengemam bibir bawahnya sambil menahan linangan airmata yang bila-bila sahaja akan gugur.

Taehyung menggosok bahu Hoseok. " Sudahlah Hobie hyung. Yoongi hyung penat kot. Tamo cedih. " pujuk Taehyung. Dia pula rasa nak menangis tengok Hoseok.

Jimin, Seokjin dan Namjoon mendiamkan diri. Kesian juga tengok Hoseok.

Airmata Hoseok mengalir jua. " T-tapi Hobi nak pergi taman. Dah lama tak pergi. O-omma dengan appa H-hobie selalu sangat sibuk sampai tak sempat bawa Hobie keluar. Hobie nak minta keluar harini je. H-hobie janji Hobie tak minta keluar lagi dah lepas ni. B-boleh lah Y-yoongi hyung. " tersedu-sedan Hoseok mengeluarkan kata.

Jimin terus memeluk Hoseok erat. Begitu juga dengan Taehyung. Yoongi masih tidak berganjak. Tak berhati perut punya makhluk.

Seokjin dan Namjoon memandang antara satu sama lain. Seokjin mengangguk kecil pada Namjoon. Mereka berdua mengeluh.

" Hobie, Bwi, Chim. Jom kita keluar. Biarlah Yoongi hyung tu. Nanti aku ajak Mama aku bawa kau pergi taman, okay? Dah jom. " Namjoon menarik tangan Hoseok membawa budak lelaki itu keluar.

Taehyung dan Jimin mengikut mereka keluar. Seokjin hanya memandang mereka sehingga jasad mereka sudah tidak kelihatan.

Seokjin memandang Yoongi yang masih berbaring. Dia mengeluh dan duduk di birai katil Yoongi.

• • •

" Hobie hiyong. Jangan lah nangis. " Jungkook mengesat airmata Hoseok yang giat mengalir. Dalam hati Jungkook, dia sudah menyumpah seranah Yoongi.

Mereka berenam memang pantang bila salah seorang daripada mereka tersakiti.

Namjoon, Taehyung dan Jimin duduk mengelilingi Hoseok. " Nanti kita pergi lah hyung. Jangan lah sedih. " pujuk Jimin pula. Bagai dirobek-robek hatinya.

Hoseok masih tersedu-sedan. " H-hobie nak pergi taman. Sekejap pun tak apa. " tangis Hoseok lagi. Sembab matanya kerana banyak menangis.

Jungkook mengetap bibirnya. " Korang, jom kita simbah air panas dengan Yoongi hyung. Biar dia melecur. " kata Jungkook dengan nada geram.

" Haah. Good idea. Tak pun, kita tuang minyak panas dekat badan dia. Biar cacat! " sampuk Taehyung geram sambil mengepal penumbuknya.

Jimin memandang mereka berdua dengan wajah tidak percaya. " Like seriously dude? Apesal tak tuang minyak petrol then bakar je bilik dia? " Jimin memberikan senyuman menakutkan.

Namjoon mengerutkan dahi. " Ish korang ni! Tak baik lah! " marah Namjoon.

" Abestu, Yoongi hyung tu baik ke sampai buat Hobie hyung nangis?! " bidas Taehyung tidak puas hati.

" Entah! Dah lah tak nak pujuk! " Jungkook mendengus.

Namjoon menggelengkan kepalanya. " Manusia macam Yoongi hyung tu kita bagi minum racun je. " Namjoon tertawa sinis.

Ya ampun. Apa kena budak-budak ni?

• • •

Yoongi terkaku. Dia sebenarnya dengar apa yang berlaku sebentar tadi. Jahat sangatkah dia biarkan harapan Hoseok hancur macam tu aje?

Perlu ke dia memujuk Hoseok? Dia mengeluh perlahan. Yoongi bangun dari baringnya dan terlihat Seokjin duduk dibirai katilnya sambil menunduk.

" Jinnie-ah. "

" Heh. Hyung. "

Seokjin menarik nafas dalam. Sikit pun dia tidak memandang Yoongi.

" Kalau hyung rasa tak nak bawa kitorang pergi taman, hyung jangan bagi harapan. Hyung jangan berbahasa basi. Jinnie dengan Joon mungkin boleh faham. Tapi adik-adik Jinnie? Diorang masih kecil hyung. Bila hyung cakap macam tu, diorang anggap hyung setuju dan dah berjanji dengan diorang. " kata Seokjin dengan nada dingin. Keluhan berat dilepaskan.

Yoongi mendiamkan diri.

" Jinnie langsung tak kisah kalau hyung tak nak bawa Jinnie pergi taman. Tapi Jinnie kisah bila hyung mainkan harapan adik-adik Jinnie!

Hyung mesti dah tahukan sebab-munasabab kenapa omma-omma kitorang semua hantar kitorang kat pengasuh? Sebab diorang tak ada masa untuk kitorang hyung! Diorang tak ada masa nak diluangkan untuk anak-anak diorang sendiri sebab tu diorang hantar anak-anak diorang kat pengasuh!

Mungkin hyung fikir, kenapa kami nak emo tetiba padahal Hoseok yang minta bukan kami. Hoseok yang kecewa bukan kami.

Sebabnya ialah kami tahu dan faham perasaan Hoseok! Kami berenam alami situasi yang sama hyung. Situasi yang keluarga masing-masing tak ada masa nak diluangkan bersama!

Kecil-kecil lagi kami dah alami situasi ni hyung. Jadi dengan siapa lagi kami nak meraih kasih sayang kalau bukan dengan pengasuh? Siapa lagi hyung? " Seokjin mengesat airmatanya.

Seokjin turun dari birai katil Yoongi. " Satu je Jinnie minta. Lepas ni, jangan beri harapan lagi. Mungkin ianya nampak mudah pada hyung, tapi tidak pada kami. Dan hyung kena ingat, kami berenam bukan sekadar kawan. Tapi kami adalah adik beradik. " seusai sahaja Seokjin menghabiskan kata, dia terus berlari keluar.

Yoongi terdiam seribu bahasa. Kata-kata Seokjin sebentar tadi sungguh matang. Umpama dia lebih dewasa berbanding Yoongi sendiri.

Yoongi menyerabutkan rambutnya.

" OH GOSH APA AKU DAH BUAT NI?! "

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Where stories live. Discover now