+30

6.6K 1.3K 289
                                    

" Tak nak kawan mak! " Yoongi mencebik sambil menggosok pipinya yang dicubit.

Puan Min menggelengkan kepalanya. " Dengan budak pun jadi nak bergaduh. " omel Puan Min lantas segera beredar ke dapur.

" Hyung, mianhae. " Namjoon menggentelkan hujung bajunya.

Kesian pula tengok Yoongi kena tarik pipi sampai kemerahan. Tapi padan muka. Hoho.

Yoongi menjeling Namjoon lalu dia mengeluh. " Tak pe. Hyung dengan mak hyung memang macam tu. " balas Yoongi. Kepala Namjoon diusap.

" Hyung memang manja dengan mak hyung eh? Hyung tak ada adik beradik lain ke? " soal Seokjin.

Tengok Yoongi dengan mak dia pun dah seronok. Mesti lagi seronok kalau tengok Yoongi bergurau dengan adik beradiknya yang lain.

Yoongi mengeluh. " Hyung ada adik dulu. Tapi dia dah meninggal. " kata Yoongi dengan nada sayu.

Mereka berenam mengangguk faham.

" Siapa nama dia? " soal Jimin pula.

" Min Yumi. "

" Ohhh. "

" Sabar ya hyung? Kesian hyung. "

Mereka berenam segera memeluk Yoongi. Terharu Yoongi dibuatnya.

Senakal-nakal diorang, diorang pandai memujuk. Sebab tu Yoongi taknak kehilangan diorang. Kalau hilang, rasanya macam kehilangan permata!

" Dah lah jom kita pergi depan. "

•••

" Comelnya Yoongi hyung! " puji mereka semua secara serentak.

Album gambar sewaktu Yoongi masih kecil diselak. Lagi comel bila ada gambar Yoongi tak ada gigi.

" Mak--- " Yoongi mencebik.

" Mak tok! Ceritalah perangai Yoongi hyung masa kecil! " potong Hoseok sambil bertepuk tangan.

Album gambar yang masih dilihat oleh kawan-kawanya Hoseok tak pedulikan. Dia segera mengambil tempat duduk disebelah Puan Min.

Puan Min tersenyum. " Nak dengar cerita? " Puan Min mengusap rambut Hoseok.

Hoseok memgangguk laju. Yang lain terus menoleh ke arah mereka. " Cerita apa? " laju sahaja mereka berkumpul dihadapan Puan Min.

Yoongi mencebik. " Mak! Jangan lah cerita! " nak nangis Yoongi dibuatnya.

Puan Min memandang Yoongi sekilas lalu tertawa kecil. " Dulu, masa Yoongi hyung kecil-- " kata-kata Puan Min terhenti apabila Yoongi memeluk lengannya.

" Mak! Hajima! " rengek Yoongi.

" Eee Yoongi hyung ni sibuklah! "

" Tepi sikit lah hyung. "

" Jangan lah kacau! "

Marah mereka semua.

" Hoi! Nak marah hyung pula! Yang korang nak dengar ni cerita hyung tau! Mak~~ Hajima.. " Yoongi menggeselkan kepalanya pada bahu Puan Min.

" Hey. Dah dah. " Puan Min meleraikan pelukan Yoongi pada lengannya.

" Dulu, masa Yoongi hyung kecil, dia manja sangat. Bila ada budak kecil nak dekat dengan mak tok, Yoongi terus berubah jadi singa. Macam tadi. " Puan Min tertawa kecil mengenangkan perangai Yoongi.

Wajah Yoongi terus memerah. Orang jadi singa sebab orang sayang mak. Getus hati kecil Yoongi.

Mereka berenam fokus pada penceritaan Puan Min.

Puan Min mengangkat Jimin duduk diatas pehanya. " Tapi, masa Yoongi hyung kecil, dia penakut sangat. Lagi-lagi dengan budak perempuan. " sambung Puan Min.

Namjoon menoleh ke arah Yoongi. " Boooo! " Namjoon menunjukan jempol ke bawah.

Pak!!!

Namjoon menggosok bahunya yang dipukul oleh Yoongi.

" Padan muka. " kata Yoongi perlahan lantas menjelirkan lidah pada Namjoon.

" Korang kenalkan Byul noona? " soal Puan Min pada mereka.

" Emm. Byul noona kitorang ke? " tanya Jungkook sebelum mendapat anggukan dari Puan Min.

" Dulu, masa Yoongi hyung tadika, waktu balik je dia mesti mengadu dekat mak tok. Katanya Byul buli dia. Meronta-ronta Yoongi hyung suruh mak tok buli Byul noona balik.

Lepastu, mak tok pergilah tadika, nak siasat juga apa yang Byul noona buat kat Yoongi hyung.

Rupa-rupanya berdua tu sama je. Pergaduhan tu selalunya muncul dari Yoongi hyung sendiri. Lepastu, bila Byul noona balas, dia nangis. " Puan Min menyisip sedikit air minuman.

" Gediknya Yoongi hyung. "

" Haah mak tok! Sebelum ni, Yoongi hyung selalu cari pasal dengan noona. "

" Pastu sekarang padan muka, Byul noona tak nak kat Yoongi hyung. HAHAHA! Auch! "

Puan Min menggelengkan kepalanya melihat telatah mereka semua sambil tersenyum.

" Yoongi hyung, daripada tadika ke sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah, Byul noona tu lah musuh sejati dia. Nanti bila balik, mulalah buat cerita. " ucap Puan Min.

" Mak tok, Yoongi hyung dia tinggi tak dulu? " soal Hoseok berubah ke topik lain.

" Ma-- "

Kata-kata Yoongi terhenti lagi apabila Jungkook memgangkat tangan. " Yoongi hyung makan lobak tak? Sebab Tookie tengok muka dia macam arnab masa kecil. " tanya Jungkook pula.

" Haih. Mak, Yoongi nak ta--- "

" Dulu rambut dia tak diwarnakan ke--- "

" Mak! Jangan lah abaikan Yoongi! Mentang-mentang ada diorang! Hmph! " bentak Yoongi seperti kebudak-budakkan.

Mereka semua terus menoleh ke arah Yoongi.

" Lah? Tu pun cemburu ke? " tanya Puan Min tenang. Alahai Yoongi, tak pernah berubah.

" Hahahaha! Yoongi hyung anak mak ke?! " sakat Namjoon. Memang sengaja cari mati.

" Kau anak beruang boleh ah cerita! " balas Yoongi lantas dia terus menyerang Namjoon.

Puan Min memicit kepalanya.

" Ya ampun diorang ni. " keluh Puan Min.

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Where stories live. Discover now