+5

11.4K 1.8K 926
                                    

" Wei korang, betul ke tak nak beritahu Yoongi hyung? " soal Jimin sambil menutup hidungnya.

Mereka berempat juga menutup hidung kecuali Kim Taehyung. Mereka duduk di dalam bilik dan mengelilingi Taehyung.

Macam berbincang hal kongsi gelap pun ada.

Hoseok mengeluh. " Like seriously lah Taehyung. Apesal kau tak pakai pampers? Kan dah susah kau terberak dalam seluar. Hado. " keluh Hoseok sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Taehyung mencebik. " Aku manada pakai pampers dah lagi. Tadi tak sengaja benda tu keluar. Tak tahan sangat, sebab tu terkincit. " Taehyung menundukkan mukanya. Malu pun ada dengan kawan-kawannya.

Hal macam ni dah biasa berlaku pada mereka semua. Waktu dengan penjaga dulu, diorang tak ada masalah nak beritahu sebab penjaga dulu baik orangnya. Lemah lembut.

Tak macam Yoongi. Garang namati. Sebab tu diorang takut nak beritahu. Dah lah diorang tengok muka Yoongi macam tak ada pengalaman basuh tahi budak.

Mereka berenam mengeluh panjang.

" Jin hyung tak boleh ke basuhkan berak Taehyung? " soal Jungkook pada Seokjin. Yang lain terus memandang Seokjin.

Seokjin membuat muka terkejut. " Me?! Hell no! Rosak kuku-kuku aku nanti. " Seokjin melihat kuku-kuku jari tangannya lalu meniup perlahan. Cantik! Pujinya sendiri didalam hati.

Mereka semua membuat muka menyampah. " Abestu selama ni kau basuh tahi kau, elok je kuku kau tak rosak. Macam lah selama ni tahi kau yang keluar tu emas. " balas Namjoon malas. Nak minta tolong pun tak boleh.

" Heh cakap aku. Abestu korang asal tak nak basuhkan? Banyak mulut. Huh! " Seokjin memalingkan wajahnya daripada memandang Namjoon.

Jimin menggaru kepalanya. " Nak tak nak kita kena beritahu Yoongi hyung juga lah. " Jimin mengalah. Sampai bila nak tahan bau tahi Taehyung?

" T-tapi aku takut. " Taehyung menggigit bibirnya perlahan.

" Ni kan kerja Yoongi hyung. Memang dia kena buat walau macam mana cara sekalipun. Kita kan bawah jagaan dia. " kata Hoseok. Mereka mengangguk setuju.

" Sekejap. Aku pergi cari dia kat da--- "

Klak!

Pintu bilik mereka dibuka oleh seseorang yang mereka kenal. " Korang jom makan. Aku dah siap kukus dump--- Wait. Apa bau busuk ni?! " Yoongi serta-merta menutup hidungnya.

Dahinya dikerutkan dan memandang mereka yang sedang duduk mengelilingi Taehyung. Firasatnya mengatakan ada sesuatu yang tak elok berlaku.

Mereka berlima memandang Namjoon. Berharap kawannya itu memberitahu Yoongi hal sebenar.

Namjoon bangun dari duduknya menuju ke arah Yoongi yang sedang berdiri statik dihadapan pintu bilik.

" Hyung. " Namjoon menarik hujung baju Yoongi.

" Apa? " balas Yoongi.

" Hyung tahukan, kerja sebagai babysitter ni memang payah? Banyak perkara hyung kena lalui sepanjang jaga kanak-kanak macam kami semua. Dan Joon harap, hyung tak marah dengan berita buruk yang ingin Joon sampaikan. " Namjoon memberi kata pembuka.

Namjoon menarik nafas dalam. " Sebenarnya, Taehyung terberak dalam seluar. " Namjoon sudah menutup telinga. Bersedia untuk mendengar jeritan Yoongi.

" APA?!!! WEI APESAL TAK BERAK DALAM TANDAS HADO! " jerit Yoongi dengan wajah yang tidak boleh menerima hakikat.

Yang lain terkejut kecuali Namjoon. Nak gugur jantung bila Yoongi menjerit.

• • •

Wajah Yoongi berkerut-kerut tatkala membasuh apa yang sepatutnya dia basuh ditubuh Taehyung.

Dengan bau tidak semerbak, sentuhan pepejal berbau tu... Nak pengsan Yoongi! Dugaan hidup betul!

" H-hyung. " panggil Taehyung takut-takut. Mukanya menunduk ke bawah.

" Em. " balas Yoongi mahu tak mahu.

" Bwi m-minta m-maaf. Bwi tak sengaja. " sayu sahaja suara Taehyung.

Yoongi menutup pili air setelah dia selesai mencuci. Tuala yang tersidai dibahunya diberikan pada Taehyung.

Dia tersenyum memandang Taehyung. " Gwenchana. Bukan Bwi sengaja, kan? Hyung maafkan. " Yoongi menggosok rambut Taehyung.

Nak marah pun tak guna. Benda dah jadi. Lagipun Taehyung masih budak-budak. Biasalah kalau hal macam ni berlaku.

" Dah. Cepat lap badan. Lepastu pakai baju dengan seluar yang hyung dah sediakan kat bilik. Lepastu keluar. Kita makan dumpling sama-sama. " sambung Yoongi.

Belum sempat Yoongi berjalan keluar dari bilik air, Taehyung datang dan memeluk Yoongi dari belakang dengan erat.

Sedu-sedan kecil terpacul keluar dari mulut anak kecil itu. Yoongi terkaku.

" H-hyung jangan marah Bwibwi tau. Bwi janji Bwi tak buat. " tangis Taehyung.

Yoongi mengeluh lalu memusingkan badannya menghadap Taehyung. Badannya ditundukkan sedikit agar sama taraf dengan Taehyung.

Airmata Taehyung diseka oleh Yoongi. " Hyung tak marah lah. Kan hyung dah cakap tak apa. Good boy. Lain kali jangan buat. " Yoongi mencubit perlahan pipi Taehyung.

Taehyung mengangguk kecil dan mengeratkan lagi pelukannya pada Yoongi. " Saranghae, hyung. " ucap Taehyung yang masih dengan esakkannya.

Satu perasaan baharu mula berputik di dalam hati Yoongi.

• • •

" Oi Rumpai, cuba makan elok-elok sikit. " sakat Yoongi yang datang entah dari mana.

Namjoon menjeling Yoongi dengan muka tidak berpuas hati. " Joon dah makan leklok k. Saja cari pasal. " jawab Namjoon dengan nada mendatar.

" Tch. Gurau pun nak emo. Gajah mini berdarah ke? " sakat Yoongi lagi lalu tertawa Dia memang suka bergurau dengan Namjoon. Sebab Namjoon boleh faham walaupun tu gurauan kotor.

Namjoon menayangkan penumbuknya dihadapan wajah Yoongi.

Hoseok menelan makanan yang dikunyahnya. " Hyung! Boleh tak petang nanti kita pergi keluar jalan-jalan? Bosanlah asyik duduk rumah je. Main makan tidur. Tak ada perkembangan langsung. Boleh tak? " pinta Hoseok dengan aegyo-nya.

Jungkook yang mendengarnya mengangguk laju. " Betui betui! Tookie nak tengok awek! " Jungkook tersenyum malu.

Yoongi memggulingkan matanya. " Tengok lah nanti kalau hyung rajin. " jawab Yoongi.

" YAY!! HIDUP GRANDPA!!! "

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang