PROLOG

1.2K 54 10
                                    


PROLOG

"Diam, jangan menangis budak. Bising tau tak," jerkah si penculik bermuka petak pada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun. Air mata merembes keluar dengan derasnya dari mata jernih kanak-kanak itu. Terpisah dengan ibu bapa saja sudah cukup sedih, dijerkah pula dengan seseorang yang tidak dikenali dan berwajah bengis.

Double sedih.

Kena pula terima kenyataan, diri diculik dan berkemungkinan dijual ataupun dibunuh untuk mendapatkan organ.

Triple sedih.

"Jangan jerkah budak ni, kesian dia." Seorang lagi daripada penculik itu mengusap lembut kepala kanak-kanak lelaki itu. Tangisan deras tadi bertukar menjadi esakan. Sedikit tenang barangkali dengan lelaki itu.

"Kamu dah makan?" soalnya lembut berbanding lelaki yang seorang lagi. Kanak-kanak itu menggeleng lemah. Ya dia lemah tidak bertenaga. Sejak dia dibawa kesini semalam, dia langsung tidak diberi makan.

Air pun hanya beberapa titis.

"Kesian kamu ya." Suara lembut tadi bertukar menyeramkan. Dagu si kecil dicengkamnya kuat.

Huh, tiada beza pun.

Kanak-kanak lelaki kecil tadi kembali menangis.

"Kau kalau tak diam jugak, aku bunuh."

Serta-merta tangisan si kecil terhenti. Teringat dengan ibu bapa, abang dan kakaknya yang pasti sedang menunggu. Dia tak boleh mati sekarang.

"Bagus."

Mata kanak-kanak lelaki itu bersinar apabila terlihat seseorang seperti usianya. Namun seseorang itu terus menghilang, bersembunyi disebalik pintu. Comel, berbaju merah. Bermata hitam galak merenung takut-takut.

Si kecil yang diculik tadi kembali merenung penculik-penculiknya. Salah seorang daripada mereka sedang bercakap ditelefon dengan bahasa yang tidak difahaminya. Bahasa Thailand?

"Phom jah pai haa khun prung ni..."

Tapi yang telinga kecil itu dapat tangkap, perkataan mati, taai. Mereka mahu membunuhnya?


HERO CERITA NI MERUPAKAN ADIK KEPADA WATAK UTAMA CERITA DIA, LIMITED EDITION. SO, ENJOY..

Surat Cinta ©Where stories live. Discover now