3Belas; Orang Misteri

289 20 0
                                    

BAB 13

LAJU kaki Eric melangkah. Selaju degupan jantungnya saat ini. Memang dia tidak silap lagi. Ada orang yang mengiringinya. Persoalannya sekarang ini, siapa? Kenapa? Eric menambah kelajuan kakinya. Dia toleh kiri dan kanan. Sunyi. Mana pula perginya warga sekolah waktu begini?

Semua pakat menyorok ke apa? Ke ada pertandingan hide and seek yang Eric tak tau? Mustahillah. Kalau ada mesti dah kecoh punya group Whatsapp kelas.

Dan dan waktu macam nilah dia nak menyahut seruan alam. Boleh tahan jauh juga tandas dari kelasnya. Nasib cikgu Fiziknya demam hari ini, cuti. Bolehlah dia keluar kelas sesuka hati seperti ini. Cadangnya mahu merayau sebelum masuk ke kelas semula. Tapi kini rasa itu sudah tiada. Hanya tinggal cadangan saja. Diganti rasa resah kerana diperhati.

Ditambah dengan keadaan yang sunyi waktu ini. Kalau cengkerik berbisik pun tentu dengar sampai dataran kejat sana. Belum lagi cengkerik bersyair tak pun tubuhkan pasukan koir.

Belakang tengkuk diusap Eric bagi mengurangkan ketakutannya. "Twinkle, twinkle little star. How I wonder what you are. Up above the world so high. Like a diamond In the sky." Perlahan bibir merah Eric bergerak-gerak menyanyikan lagu kanak-kanak popular itu.

Curi-curi Eric toleh kebelakang. Dia tak cukup berani lagi untuk berdepan dengan si pemerhati. Bagaimana kalau benar pemerhati itu ingin membunuhnya? Tapi mungkin juga ini cuma khayalannya. Ya, ini cuma khayalan. Dia sekarang sedang lena tidur didalam kelas Biologi yang membosankan. Cikgu Rosli sedang sibuk bercerita itu dan ini hingga dia tertidur. Ni mesti sebab sebelum tidur dia ternampak muka Cikgu Rosli, itu yang mimpi ngeri.

Rapat mata Eric terpejam, menidakkan hakikat yang sebenar. Dia tidak berkhayal. Sama sekali tidak. Masakan dia berkhayal sambil berdiri dengan kaki terkepit kerana menahan kencing.

Pantas Eric berlari menuju ke tandas yang berhampiran. Kang terkucil dalam seluar siapa yang susah? Dia juga.


SELESAI menunaikan hajat yang tertangguh, Eric bersiul senang hati keluar dari tandas. Sengaja dia berlagak tenang. Kenyataannya hati Eric sedang libang-libu.

Acah berani walaupun takut, Eric menoleh kebelakang.

Zap!

Wajah yang penuh dengan parut menyeringai kearahnya menampakkan gigi taring. Hodoh dan menyeramkan.

Siapa itu? Menyeramkan dengan rupa pembunuhnya. Perlahan badan Eric mula menggigil. Peluh mula keluar. Wajahnya pucat tanpa darah. Lututnya tiba-tiba lemah. Dunia terasa berpusing. Tiang dah macam buat goyang inul. Bergoyang.

Eric bersandar pada dinding, mahu menyeimbangkan dirinya. Pening tiba-tiba datang tanpa berjemput. Dari dulu lagi, apabila Eric ketakutan dia akan mengalami simptom-simptom seperti ini.

"Argh!" Suara lelaki dewasa menjerit mengejutkan Eric. Mata yang sudah hampir tertutup terbuka luas. Apa pula kali ini? Belum sempat Eric pusing kepalanya kebelakang, kepalanya terasa dihentak dengan objek keras.

Belakang kepala disentuh. Sakit. Melorot tubuh Eric jatuh.

"Eric," panggil suatu suara cemas. Suara seorang gadis. Seperti pernah didengar sebelum ini.

Sebelum semuanya gelap, Eric ternampak sepasang kaki berdiri dihadapannya. Gelang kakinya dihiasi bulan dan bintang. Kemudian semuanya gelap.


ERIC memegang belakang kepalanya yang sakit. Celik saja mata dia sudah berada didalam bilik rawatan dengan Sazwan disebelahnya.

Setahu Eric, tadi dia mahu pergi ke tandas, dia rasa diperhati. Selesai keluar dari tandas dia... Ya, siapa lelaki itu? Imej yang muncul kerana ketakutannya ataupun sememangnya manusia sebenar?

Jeritan kesakitan itu pun halusinasinyakah? Suara halus punya si gadis. Siapakah gerangannya? Dia kenal dengan Eric semestinya. Tapi suara itu tak ubah seperti suara gadis yang menyelamatkannya tempoh hari. Bau wangi yang sama juga, strawberry. Mungkinkah dia?

"Wan, sekarang dah pukul berapa?" Sazwan yang terlihat keliru itu ditanya.

"Tiga petang." Jam didinding bilik rawatan ditelek.

"Woi bukan sepatutnya kita dah balik ke?" kaget Eric. Dah lewat sangat ni. Mesti pemandu keluarganya sudah lama tunggu. Mama dengan papa mesti risau.

"Sepatutnya. Tapi sebab kau lambatlah aku balik hari ni." Sazwan mencebik. Nasib baik Eric ni kawannya kalau tidak memang dah bai-bai dah. "Kau jangan risaulah pasal mama dengan papa kau. Aku dah call dia orang tadi yang kau balik dengan aku." Mendengar itu Eric mampu menarik nafas lega. Kena kalau mama dengan papa dia tak tahu. Silap-silap gambar dia dah terpampang dekat surat khabar dengan televisyen.

Anak bongsu, perhatian lebih sikit. Manja yang sebenarnya.

"Thanks beb sebab temankan aku," ucap Eric terharu. Tangan Sazwan dicapai dan dikucup berkali-kali. "Kau jangan buat aku cop kau gay tak guna. Geli siot." Sazwan merentap tangannya lalu menjeling Eric dengan ekor mata.

Eric tersengih menggaru belakang kepala. "Auch!" Terjerit Eric kesakitan. Sazwan guling bebola matanya. Macam puntianak nak beranak saja menjerit gayanya.

"Kau nak aku lilit kepala kau ke? Cikgu Ayu kata bengkak kesan kena pukul. Siapa pukul kau wei? Ke kau hentuk belakang kepala sendiri dekat dinding? Maklumlah, kaukan separa gila." Sazwan angkat bahu tidak berperasaan.

"Lahanatlah kau ni. Kena ketuk?" Minda Eric menerawang mengingat kembali sebelum...

"Er boleh aku tanya soalan?" Tersekat-sekat suara Eric. Dia sudah ingat!

"Yang kau bersopan sangat siap mintak izin nak tanya soalan bagai ni kenapa. Apa dia?" Sazwan gelak kecil. Jangan kata kawan dia ni buang tebiat sudah.

"Siapa yang bawak aku kesini?" soal Eric ingin tahu. Manalah tahu Sazwan terserempak dengan si dia.

"Entah. Tau-tau je kau memang dah ada dekat sini. Cikgu Ayu yang panggil aku tadi. Dia jumpa kau terbaring dekat depan pintu bilik ni. Kau mengigau kut." Sazwan angkat bahu tidak tahu. Mimpi apalah si Eric ni sampai hentak kepala sendiri dekat dinding. Memang sah dah gila.

Eric merenung kedepan. Siapa kau wahai kesatria dalam senyapku? Kenapa kau menghilang? Tak boleh ke walau sekali pun kau munculkan diri? Teringin juga Eric tahu rupa orang yang sudah menyelamatkan nyawanya itu.

Mata hazelnya masih terngiang-ngiang lagi difikiran Eric. Cantik. Namun beku. Seakan menyimpan 1001 rasa.

"Dah dah. Jom balik."

"Ialah."


Surat Cinta ©Où les histoires vivent. Découvrez maintenant