8Belas; Engkau?

273 19 0
                                    

BAB 18

"BILA kau nak lepaskan aku ha botak?"

"Apa kau panggil aku tadi?" Naik sepuluh oktaf suara Bob. Botak botak jangan buat main. Kang ada yang takde gigi.

"Bo-tak, botak." Eric mencabar.

"Kurang ajar." Sepakan dihadiahkan pada perut Eric. Senak.

"Kau memang tak gu..."

"Semua sekali diam!" Seman datang dan menempik kuat. Sunyi sepi gudang lama itu. Hanya kedengaran nafas berat Eric yang kesenakan. Bob dan Sufian memberi laluan kepada Seman untuk mendekati Eric.

Sinis Seman senyum, mencabar Eric. Dagu Eric dicekup kasar. Kepala Eric didongakkan tanpa belas. Walaupun sakit tapi Eric tetap membalas tatapan mata Seman tajam. Dia tak gentar walau nyawa menjadi galang gantinya. Dia kena berani.

"Aku nak sangat bunuh kau tapi big boss kata kau ni berguna. Tak tahulah berguna dekat mana. Yang aku tahu kau patut mati sama macam pengawal keselamatan sekolah kau tu. Berhutang tahu, bayar tak reti." Cekupan dilepaskan. Tanpa isyarat Seman menampar wajah Eric. Tertengleng Eric kekiri.

Puih!

Eric meludah. Darah. Seman bengang saja melihat Eric yang seakan tidak takut itu. Mana dia dapat keberanian ni?

"Manusia tak guna!" Eric mencerlung tajam. Tak rasa berdosa ke bila membunuh? Kau bukannya bunuh binatang kut. Tapi manusia! Mana perikemanusian mereka? Sedangkan Eric rasanya hendak menyeksa binatang saja dia tak mampu.

"Heh, tak. Kau orang semua bukannya manusia. Tapi binatang!" jerit Eric kuat. Dia meronta-ronta, mahu memutuskan tali yang mengikat tubuhnya.

"Shit."

"Sial."

Dan segala jenis carutan keluar.

"Tak guna kau budak!" bentak Seman. Tumbukan padu dikenakan pada wajah Eric. Terhenti rontaan Eric. Satu lagi tumbukan. Walau sakit, Eric cuba untuk tidak merintih. Kalau tidak nanti dia akan terlihat lemah dan mereka akan suka dengan itu. Tidak sama sekali.

Biar tubuhnya disakiti seteruk manapun, maruah dan egonya akan disanjung setinggi langit.

"Stop! Seman berapa kali aku cakap dia ni berguna untuk kita." Suara seorang lelaki muda menjerit nyaring.

"Kalau dia mati, kau yang mati aku bunuh!" ugut suara itu. Eric kunci kejayaan dendamnya. Membunuh Eric sekarang sama seperti membunuh diri sendiri. Nanti akan tiba masanya Eric dibunuh. Namun bukan sekarang. Kena ada penonton baru best nak bunuh.

Eric kenal dengan suara itu. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala. Darah yang ada dihujung bibir dibiar tidak berlap, tangannya berikat. Membulat mata Eric. Lelaki ini. Dia sangat kenal!

Tidak mungkin. Tergeleng-geleng kepala Eric tidak dapat menerima hakikat.

"Kau dah tak kenal aku ke Eric Rizwan?" soal lelaki itu. Tidak tahu apa yang mahu dikatakan Eric sekarang ini. Dia langsung tidak sangka. Sangat tidak sangka.

"Sazwan?" Bergetar bibir Eric saat menyebut sepotong nama itu. Sahabat baiknya?

Tidak. Ini tidak benar.

"Ya. Aku, Sazwan Amin, kawan baik kau. Apa khabar sahabatku?" Sazwan ketawa sinis.

"Kau yang rancang semua ni?" Eric rasa tertipu. Seluruh tubuh rasa kaku tidak berdaya lagi. Sahabat yang kita percaya selama ini tiba-tiba menculik kita. Dengan tujuan untuk membunuh. Apa rasanya?

Surat Cinta ©Où les histoires vivent. Découvrez maintenant