Satu ; Surat Misteri

773 45 4
                                    

BAB 1

Eric membelek sampul surat berwarna merah jambu itu. Elok saja dia masuk kedalam kelas, sudah ada sepucuk surat didalam begnya.

Siapa yang bagi?

Peminatnya ke? Tapi hebat betul peminatnya yang satu ini. Siap letak dalam beg lagi. Berani betul. Sebelum ni yang paling berani pun takat letak dekat bawah meja dia saja.

Tapi ada juga yang terlebih berani sampaikan tak tahu malu mengajak Eric untuk bercinta. Sejujurnya, Eric langsung tak beminat dengan peminat-peminatnya itu semua.

Perlahan-lahan Eric membuka sampul itu. Sayang pula rasanya nak buka tapi hati ni dah macam buat marathon nak tahu isinya. Sampul surat merah jambu itu terbuka. Dengan berhati-hati, Eric mengeluarkan isi kandungannya. Lipatan surat tadi dibuka.

Kehadapan Eric,

Pertama sekali aku tengok kau, takde pun rasa getaran yang macam orang kata love at the first sight bagai tu. Tapi aku suka tengok senyuman kau, manis. Aku tak tipu tau.(Muka innocent.)

Sekali lagi aku terserempak dengan kau.(Muka tak percaya, sebab kau tu hot tapi aku ni lebih rendah suhunya dari takat beku.) Kau tengah main basketball. Kau tahu masa tu aku rasa macam nak lapkan peluh kau tapi nak buat apa aku buat macam tu ye tak, haha.(Aku tak gatal tau.) Aku buat selamba je. Serius, aku tak suka kau lagi masa tu.(Tipu, aku tipu kau.)

Tengok kau hari-hari lalu tepi kelas aku, senyuman kau. Aku tak tahu bila aku mula suka kau.(Tak ingat sebenarnya.)

Aku suka kau. Eh tak, senyuman kau. Ya aku suka senyuman kau. Senyuman kau tu macam pelangi yang memberi inspirasi. Tapi kepada aku jelah kut. Orang lain tengok menyampah mungkin. Asyik sengih je memanjang, orang ingat gila. Tapi jangan lupa senyum tau. Senyuman kau manis. Kalau boleh, aku nak kau senyum dekat aku seorang je. Hehe, tamakkan. Tapi apa aku kisah.

Aku nak tulis macam-macam lagi, tapi sampai sini saja mungkin, kita tunggu utusan surat dari aku nanti ya.(Kenyit mata)

Eh jangan ingat ini surat cinta pulak. Ni surat saman tau sebab kau dah curi hati aku dengan senyuman kau tu. Tolong bayar saman ni nanti. Tak bayar siap kau.

Yang ikhlas dan penuh kasih sayang,

~k~

Terbahak-bahak Eric membaca isi surat itu. Minah ni mengutuk dia ke puji? Suka ke tidak sebenarnya? Rare gila. Orang bagi surat tulis ayat romantis tapi dia tulis ayat yang gila-gila. Memang unik. Susah ni nak cari orang yang suka kita tapi bahasakan diri dia 'aku'.

"K," desis Eric sambil fikirannya melayang memikirkan gerangan manusia yang bernama K ini. Siapa yang berhuruf K pada pangkal namanya? Kasif? Huish, mengarut sungguh. Takkanlah mamat alim tu gay. Mustahil.

Eric senyum senget. Namun tetap manis dipandang bak kata minah K ni.

"Aku akan cari kau sampai dapat K." Eric memasang tekad. Siapa saja K ini, dia istimewa. Tersangat istimewa kerana dialah gadis pertama yang surat cintanya dilayan oleh Eric.

Issabelle yang turut ada didalam kelas itu terbatuk-batuk. Dialah yang masukkan surat itu kedalam beg Eric tadi untuk minah K masa semua orang tak nampak.

'Habislah kau K,' desis hati Issabelle. Salah dia juga kerana bersetuju dengan rancangan gila K. Patutnya dia tolak dari awal, ini tidak. Dah terjebak sekali, memang payahlah dia nak undur diri.

Melihat Eric memusingkan kepalanya kebelakang, Issabelle berpura-pura seperti tengah membaca.

Matilah kau Issabelle kalau Eric tahu kau bersekongkol dengan minah K tu. Habis kau kena soal siasat nanti. Sama saja macam kau letakkan diri dalam kandang harimau. Tapi Eric bukannya garang pun, paling-paling dia sengih.

"Erm Issabelle," tegur Eric ragu-ragu.

Issabelle panggung kepala, memandang tepat kearah Eric. Air muka dikekalkan seperti biasa. Takut juga dia jika Eric bertanya panjang lebar hingga terbongkar rahsia surat cinta itu. Dia nak jawab apa kalau ditanya nanti? Mohon soalan yang mampu dikarang otak saja jawapannya. Amin.

"Boleh aku tanya soalan?" soal Eric malu-malu. Ya malulah kalau Issabelle tahu dia dapat surat cinta.

Issabelle mengangguk sekali, sebagai persetujuan.

Eric senyum kekok. Kalau dah pendiam tu memang pendiam.

"Kau ada nampak sesiapa tak tadi masa aku belum masuk?" Tekun Eric menanti jawapan terluah dari bibir mungil Issabelle namun hanya gelengan sebagai balasan. Sekurang-kurangnya dia menjawab soalan KBAT tadi.

Eric mengeluh.

"Thanks." Eric senyum sikit walau dia tahu Issabelle tidak akan balas senyuman itu.

Issabelle menarik nafas lega dan kembali menelaah bukunya. Terangkat kening Issabelle melihat bukunya. Terbalik? Nasib tak kantoi dek Eric tadi.

"Issabelle, kau tak nak balik ke? Dah lewat ni." Eric menyandang beg sekolahnya. Jam dipergelangan tangan diintai. 4:30 petang. Lewat benar sudah. Ni mesti Pak Tam ada hal, kalau tidak sharp 2:30 dah dia ambil. Nak mengharapkan mama? Naik basikallah Eric balik. Mungkin along dia yang ambil.

"Kau?" soal Issabelle sepatah. Terkesima juga Eric mendengar suara halus itu. Belum pernah lagi dia dengar suara Issabelle sebelum ini dengan jelas. Kalau ada pun dengar sipi-sipi je.

"Tunggu abang aku ambil kut. Nak tunggu dekat luar ni. Kau berani ke dalam kelas ni seorang diri?"

Issabelle angguk. Nak takutkan apa, bukannya ada hantu.

Eric diam dan kembali berduduk. Terkejut juga Issabelle. Bukan kata tadi nak tunggu dekat luar ke?

"Aku risau biar kau dekat dalam ni seorang diri." Eric senyum, manis.

Terharunya rasa. Eric baik. Patutlah K suka dekat Eric. Memang sesuai dengan K, K juga baik gadisnya walaupun... Argh biarkan saja, itu hidup dia. Kau bukan sesiapa untuk masuk campur Issabelle.

'Jangan risau K, walaupun dia baik, aku tak akan caras dia,' desis hati kecil Issabelle. Bibir mungil itu merekah membentuk senyuman. Sekejap cuma.

Eric kembali mengadap buku latihannya. Diakan pelajar kesayangan cikgu, takkanlah nak tunjuk contoh yang tidak baik tak siap kerja rumah.

Masa terus berjalan hinggalah kini, jarum jam menunjukkan angka enam. Eric menggeliat membetulkan urat yang penat kerana terlampau lama duduk.

Eric pusing kebelakang. Issabelle masih ada, tekun dengan sebuah buku. Macam diari, berkulit tebal warna merah.

"Kau tak balik lagi?"

"Belum tiba masanya." Bersahaja Issabelle membalas. Batang hidung yang terasa sengal diurut, cermin matanya juga dibuka. Mata Issabelle terpejam, berehat.

Eric memerhati setiap perlakuan Issabelle. Bukannya selalu dia dapat berbual dengan Issabelle dan bukannya selalu dia usyar anak dara orang sampai rasa nak tercabut bebola mata dari soketnya.

Ketukan dimuka pintu menyentak lamunan Eric.

Serentak kedua-dua pasang mata yang ada didalam kelas itu menoleh kearah pintu. Abu Bakar, pengawal keselamatan sekolah itu sedang tegak berdiri dengan sengihan menampakkan barisan gigi hadapannya yang tidak lengkap.

"Eric, abang kamu dah tunggu dekat luar. Kamu yang pakai cermin mata tu, ayah kamu dah sampai."

Tersenyum Eric mengangkat begnya. Letih dia menunggu dan pasti akan digustinya Ethan kerana lewat sangat. Dia boleh ajak Hannah, kakak iparnya untuk turut sama membuka gelanggang gusti.

Issabelle turut bangun dari duduknya. Meja dikemas, segala buku yang dibacanya disimpan. Begitu juga buku merah tebal tadi.

"Aku balik dulu tau. Hati-hati." Eric tersenyum prihatin. Issabelle hanya mengangguk faham. Dia tidak menyangka Eric ni baik orangnya. Ingatkan sombong. Huh, salah tafsir nampaknya.

Setiap langkah Eric disoroti mata galak Issabelle.


Surat Cinta ©Where stories live. Discover now