Enam; Surat Lagi

352 23 0
                                    

BAB 6

BERKERUT dahi Eric. Pen ditangan dijatuhkan dan tangannya naik menopang dagu, merenung keluar kelas. Mungkin ada perkara yang boleh menenangkan fikirannya diluar sana.

Pokok yang ditaman diluar bilik darjah, bergoyang-goyang ditiup angin. Eric memejamkan matanya, membayangkan dirinya juga disapa oleh angin yang lalu.

Rasa bahunya ditimpa gempa bumi, digoncang oleh Rafqi dibelakang, Eric membuka mata dan memberi fokus kepada Rafqi yang buat muka tenuk.

"Kau nak apa?" soal Eric dengan kening terangkat.

"Jawapan soalan 34 ni apa eh?" Rafqi tersengih menampakkan gigi taringnya yang menjadi daya penarik.

"B." Pendek jawapan Eric.

Rafqi tersengih suka dan kembali mengadap kertas soalannya.

Mata Eric pula melilau melihat seisi kelas. Masing-masing tekun dengan ujian mengejut yang diberi oleh cikgu Hayati. Bibir Eric menyinis tiba-tiba. Nampaknya bukan dia seorang saja yang bosan dengan ujian ini, Issabelle pun sama.

Gadis itu sedang termenung melihat keluar tingkap. Entah apa yang diintainya namun terlihat seakan Issabelle hanyut dengan dunia luar,

Arh, siapa tak kenal Issabelle. Dia sentiasa dalam dunianya saja.

"Baiklah, masa menjawab telah tamat. Semua boleh letak pen sekarang. Cikgu kutip ya."

Bunyi kasut tumit tinggi cikgu Hayati saja yang kedengaran seisi kelas itu. Semua memilih untuk berdiam diri walaupun sudah terlampau teruja untuk bercakap. Siapa saja yang tidak tahu, kelas 5 Amanah ataupun dikenali sebagai 'The Avengers' ini ialah kelas terbising dan ternakal sekali. Talkactive semua penghuninya kecuali seorang, Issabelle.

"Lepas ni mata pelajaran Sejarah dan cikgu kalian, cikgu Mahmood tidak dapat hadir harini sebab demam, jadi... Tolong senyap." Cikgu Hayati memberi amaran terlebih dahulu. Kertas ujian yang dikutip tadi disimpannya didalam sepucuk sampul berwarna coklat yang besar.

Macamlah rahsia sangat.

"Fasehah, tolong hantar atas meja saya," arah cikgu Hayati kepada pelajar perempuan bertubuh comel itu.


ELOK saja guru pertengahan usia itu beredar, kelas kembali riuh bagai tidak diberi nasihat tadi. Eric menjulingkan matanya keatas. 'The Avengers' mana pernah nak makan saman. Kami makan nasi je.

"Merayau nak?" Syuhada mengeluarkan idea bernas. Rafqi menggeleng seraya mengetuk kepala Syuhada yang berlapik tudung dengan tangannya. "Tahu nak merayau je." Rafqi menyeringai kegeraman. Berlapis dahi Syuhada, menahan sakit. Dahlah ketuk kuat.

Sazwan dan Eric menjadi pemerhati saja tidak tahu dimana mahu mencelah.

"Aku rasa better kalau kita duduk diam je." Eric angkat bahu, malas mahu buat kerja gila macam selalu. Pantang saja tiada guru yang mengajar, mesti merayau keliling sekolah. Muka empat orang ni dari pelajar tingkatan satu sampailah tingkatan lima, semua dah kenal.

"Sejak bila jadi budak baik ni?" Sazwan menyenggol dengan senyuman leret. Dia hidu bau orang dilamun cinta. Tapi siapakah gadis yang bertuah itu?

"Sejak aku sedar yang aku ni dah nak SPM. Ada paham?"

Lagak seorang pelajar mithali, Eric membuka buku Sejarah. Rafqi, Syuhada dan Sazwan saling berpandangan. Musykil juga dengan perubahan mendadak Eric. Mereka juga perasan yang Eric kurang tersenyum dan banyak berkhayal hari ini.

Ada yang mengganggu fikiran Eric ke?


ISSABELLE melihat kiri dan kanan. Berwaspada jika ada yang masuk kedalam kelas waktu rehat ini.

Line clear.

Tiada seorang pun rakan sekelasnya terlihat dimana-mana.

K ni betul-betul menyusahkan dia. Hantar surat cinta segala konon. Bila kata pengecut, dia kata romantik. Romantik apa bendanya kalau ayat dia macam mintak kaki. Apa-apa sajalah.

Issabelle mendengus, bosan.

Laju surat bersampul merah jambu itu diselit kedalam buku milik Eric.

Lepas saja surat diselitkan didalam buku, bergegas Issabelle duduk ditempatnya. Lelah berlari-lari, Issabelle menarik nafas kelegaan. Semput dia kalau buat kerja tak sihat macam ni selalu. Harus minta K belanja dia makan.

Selang beberapa minit kemudian Eric masuk kedalam kelas bersama beberapa orang lagi rakan sekelas. Issabelle menarik nafas lega. Cermin mata dibetulkan sedikit. Buku kimia kembali menjadi tatapan.

'Lega,' ujar hati Issabelle bersorak gembira.

Kelas kembali menjadi riuh apabila sudah ramai pelajar yang masuk ke kelas.


"KAU kenal si Jenab tu? Dia bercinta dengan Leman budak yang selalu hantar surat khabar dekat sekolah kita ni."

Eric geleng kepala mendengar Sazwan mula mengeluarkan khutbah gosipnya. Nampak saja macam lelaki sejati tapi kaki gosip nombor satu. Kalah orang perempuan. Tanya je dia apa gosip terbaru, semua dia tahu. Dia ni ibarat Melodi bergerak.

Malas mahu serabutkan kepala sendiri, Eric membuka buku rujukan fizik yang ada diatas mejanya. Selak punya selak, terjumpa sepucuk surat. Warna merah jambu. Dari K ke? Cekap tangan Eric menarik sampul itu keluar dari dalam buku, tidak mahu terlihat oleh rakannnya yang lain. Tapi...

"Kau dapat surat cinta ke Ric?" soal Rafqi yang cekap matanya. Terhenti gerakan tangan Eric. Muka jangan cakaplah, nampak sangat cuaknya. Macam mana kalau surat ni betul dari K dan minah ni merapu macam hari tu? Boleh malu dia wei.

"Mana ada surat cinta." Segera Eric menafikan. Surat itu diselit didalam poket seluarnya. Tangan yang kosong ditayang didepan dua kawannya itu. Sazwan dan Rafqi berpandangan seketika lalu tersenyum herot.

"Kau nak bagi tak nak?" Rafqi mendekat dengan muka gatal miangnya. Apa, Rafqi ni gay ke? Terundur duduk Eric.

"Bak sini." Sazwan pula mendekat dengan senyuman leret bercampur nakal.

Pakatan apa pula yang dua orang ni buat? Tak sempat Eric nak melarikan diri, dia sudah dihadang. Tanpa rasa bersalah, Sazwan menyeluk poket seluar Eric dan mengambil surat itu.

"Wei tak payahlah ambil." Eric menghalang.

"Sejak bila kau kedekut dengan kami ni?" Nakal Sazwan bertanya pakej dengan senyum senget.

"Hish tak payahlah."

"Ehem, ehem. Meh sini aku bacakan." Sazwan membawa surat itu ketengah kelas. Dia tersengih melihat muka putih Eric yang sudah berubah merah, marah.

"Perhatian semua, disini saya, Sazwan Amin akan membacakan sekeping surat cinta yang dikirim buat sahabat kita, Eric. Alkisahnya bermula..."

Surat Cinta ©जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें