7Belas; Culik

259 17 0
                                    

BAB 17

BERKERUT dahi Eric menahan sakit dibelakang kepalanya. Matanya terasa berpinar lagi. Manusia mana yang hentak kepala dia ni? Takde akal ke? Terkebil-kebil mata Eric saat menyedari dirinya terikat pada kerusi ditengah sebuah gudang yang besar.

Huargh! Klisenya. Siapa pulak yang culik dia ni? Nak duit tebusan ke apa? Ke nak bunuh dia? Tolonglah jangan, Eric ada banyak anak dengan cucu nak jaga. Baru dua hari lepas cucu sulung dia lahir. Tompok-tompok hitam dengan kuning.

Hish, apasal cerita pasal kucing waktu genting macam ni?

Eric lihat kedepan, dua orang lelaki sedang tersengih jahat memerhatinya atas bawah macam nak makan. Eric meronta-ronta minta dilepaskan. Namun hanya sepakan dihadiahkan pada tubuhnya.

"Lepaskan aku tak guna!" arah Eric bengis. Mukanya berkerut menahan sakit. Tangan dan kakinya sudah diikat kuat pada sebuah kerusi. Kejamnya manusia. Disuatu sudut dia dapat lihat ada mayat manusia terbaring. Nampak seperti baru saja dibunuh. Adakah pengakhiran hidupnya juga begitu?

Bau hanyir darah menyengat hidung Eric. Memualkan. Tentu saja gudang tinggal ini sudah acap kali menyaksikan penamat hidup seseorang. Dibunuh dengan kejam dan mayatnya dibiar mereput. Pathetic.

Datang seorang lelaki berkepala botak dengan senyuman sinis. Mukanya bengis sekali dengan luka didahi.

Macam pernah nampak. Jenuh otak Eric mengorek siapakah gerangan lelaki berkepala botak ini. Wajahnya berbentuk petak. Adudu alien hijau berkepala kotak itukah dia? Tapi serius, wajah ini seakan pernah berlayar ditubir matanya.

Bila?

Oh ya. Hari dia pengsan tu. Wajah seram seperti pembunuh dengan gigi taring yang diasah.

Dan juga dulu~

Jadi memang betullah firasat Eric. Ada sesuatu yang mereka mahu dari Eric. Wang ataupun nyawa?

"Hei budak, bila kau ni nak mampus ya?" Lelaki botak itu menendang perut Eric. Besar mata Eric menahan sakit. Sekali lagi perut Eric ditendang. Kemudian, tanpa henti perut rata Eric disepak.

Darah tersembur keluar dari mulut Eric. Mereka yang ada disitu ketawa besar melihat Eric yang seakan terseksa.

Situasi ini. Sama seperti dulu. Sama seperti 12 tahun lepas. Dia diikat dan diseksa. Saat itu Eric hanya berusia lima tahun dan tahunya hanya menangis. Eric yang kini juga terasa ingin menangis. Namun ditahan. Tak macholah kalau lelaki menangiskan. Dia perlu berlagak berani. Ya, mesti.

Mereka masih ketawa melihat Eric menahan sakit. Namun tiba-tiba saja tawa mereka mati apabila Eric ketawa sinis. Perlahan dan tersekat-sekat namun cukup mencabar kejantanan gangster-gangster itu.

"Bacul. Dengan aku yang terikat ni beranilah kau orang nak lawan. Cuba kalau lepaskan. Lawan macam anak jantan? Pengecut." Eric meludah sisa darah yang masih ada didalam mulutnya. Sekarang bukan masa untuk dia menangis ataupun menggigil ketakutan. Dia anak jantan, dia perlu melawan. Maruah diri menjadi keutamaan.

Bibir Eric herot tersenyum, sinis.

"Tak guna." Bengis lelaki kepala botak tadi menendang kaki kerusi yang diduduki Eric. Eric masih menyinis. Walau sebenarnya didalam hati sudah berdoa agar ada kesatria yang digugurkan dari langit untuk menyelamatkannya.

"Bob sabar Bob. Budak lagi ni. Kalau bos tau kau apa-apakan dia habis kau. Mati kita kena kerjakan dek bos. Barannya lain macam." Lelaki kurus keding yang berada disebelah lelaki bernama Bob itu menenangkan kawannya.

"Kau takut dengan budak kecik ni?" Eric dituding dengan jari. Geram betul dia dengan budak mentah ni. Bos pun satu. Entah apa yang ada pada budak ni entah. Bukannya nak mintak wang tebusan. Keluarga budak mata biru ni kaya kut.

"Aku takut bos naik gila je. Gudang ni jadi kubur kita nanti wei."

Eric hanya memerhati tajam perbualan dua orang yang telah menculiknya ini. Entah siapalah bos yang mereka maksudkan. Tapi serius. Eric seperti pernah jumpa dengan penculik kepala botak ni. Bukan hanya disekolah tempoh hari. Tapi juga dulu. 12 tahun lepas.

Mungkinkah mereka orang yang sama?

"Aku bukan apa Pian. Sebab budak nilah aku dapat luka ni. Minah tu belasah aku sebab budak tak guna ni." Dahinya yang terdapat bertampal ditunjuk pada Sufian. Ini hasil kerja minah tulah. Boleh pulak dia muncul masa Bob hampir-hampir dapat menculik Eric. Tak guna betul!

Kalau nak halang, halang sajalah. Tak payahlah cacatkan mukanya yang hensem ni.

Haktuih!

"Minah mana pulak ni? Minah si janda yang jual nasi lemak tu ke?"

Kuk!

Kuk!

Kelekuk!

"Bukan minah yang kau duk sibuk kacau tulah. Ni minah lain. Perempuan. Gadis. Anak remaja. Cucu Mat Rend."

"Oh cucu Mat Rend." Terangguk-angguk Sufian sebelum tayang muka terkejut. "Cucu Mat Rend?" Highnote suara Sufian. Melihat Bob yang mengiyakannya, dia terdiam. Cucu ketua gangster itu bukan calang-calang musuh. Walaupun dia perempuan, Sufian dan Bob bergabung tenaga nak melawan pun belum tentu mereka boleh menang. Sejak kecil lagi anak gadis itu dididik dengan ilmu pertahanan diri. Diajar berlawan dan menggunakan senjata seperti pistol dan pedang.

Gadis itu bukannya lawan mereka.

"Habislah kita wei. Bos ni memang sengaja main dengan apilah. Mat Rend kut. Mesti budak ni ada kaitan dengan Mat Rend tu. Kalau tidak takkanlah cucunya tu nak selamatkan budak lembik ni."

"Tu aku tak tahulah pulak. Tapikan, kau ingat tak muka budak tu? Macam muka someone." Bob cuba mengingat kembali. Memorinya cuba diputar kebelakang. Namun susah pula nak recall satu puzzle dari masa silamnya ini. Haih.

"Habis kita wei. Habis!" jerit Sufian seperti kesurupan. Dia tak boleh bayang jika dia dibunuh nanti. Siapa nak bagi makan mak dia?

Eric pasang telinga saja dari tadi, mendengar perbualan Sufian dan Bob.

Perempuan? Perempuan sama dengan yang menyelamatkannya dulu ke? Yang tangkas berlawan walaupun hanya bertemankan sepasang tangan sahaja. Yang dalam diam Eric kagum dan terjatuh suka itu ke?

Kalau benarlah dia, dah dua kali Eric terhutang nyawa dengannya.

Diakah kesatria dari langit buat Eric?


KEISHA menambah lagi kelajuan motosikal berkuasa tingginya. Dia perlu pantas. Ataupun nanti bila dia tiba, nyawa Eric sudah melayang.

Tak boleh!

Dia tak sanggup jika kerana kelewatannya ada nyawa yang bakal melayang dan ada jiwa yang akan terluka. Dia tak mahu orang lain rasa kehilangan yang dia rasa. Cukuplah dia seorang. Tidak perlu yang lain. Terlampau sakit rasanya.

Eric sedang menunggunya. Cepat Keisha cepat.


Surat Cinta ©Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ