9Belas; Lawan

254 17 0
                                    

BAB 19

KEISHA sudah bersiap dengan kekudanya. Lagak seorang pemain pedang yang profesional Keisha memegang pedangnya. Belum pun mula berlawan, peluhnya sudah mula muncul didahi. Dia risaukan Eric bagai nak mati tadi. Nasib baik mereka belum sempat mengapa-apakan Eric.

Dia kenal dengan ketua mereka. Sazwan Amin. Sahabat baik kepada Eric. Sungguh Keisha tidak sangka yang persahabatan juga boleh diatasi oleh dendam. Eleh, sedangkan hubungan kekeluargaan juga boleh diputuskan kerana dendam lagikan pula persahabatan.

Apa yang kau fikirkan haa Keisha. Manusia Keisha. Hanya kerana dendam dan kesenangan, membunuh pun mereka sanggup.

Dunia akhir zaman. Membunuh itu sudah seperti suatu kemestian.

"Wow, aku tak sangka kau akan datang Keisha." Riang Sazwan menyambut kedatangan Keisha. Gadis dungu ini akan datang seperti jangkaannya. Cinta itukan buta hingga nyawa juga sudi diserahkan.

Gadis bodoh!

"Lawan dengan aku!" jerit Keisha kuat hingga bergema. Eric tersentak. Suara itu. Dia cam suara itu. Ingin sekali dia melihat wajah itu.
Tiga patah perkataan saja yang keluar dari mulut Keisha, serta-merta entah dari ceruk mana konco-konco Sazwan yang bersembunyi keluar. Mereka tidak bertangan kosong, namun bersenjata. Segala mak nenek pistol, parang dan bom tangan dijadikan alat pertahanan.

Diakui, inilah kali pertama Keisha berdepan dengan orang seramai ini bersendirian. Mampukah dia melakukannya? Pegangan semakin dieratkan. Semakin banyak peluh didahinya. Nafas ditarik panjang dan dihembus perlahan-lahan.

Bersedia.

Harapnya Zahirah dapatlah cover dia kalau apa-apa jadi padanya saat ini. Nyawa sudah seakan berada dihujung saja.

"Hiargh!" Keisha menghayun pedangnya sama pantas dengan kakinya berlari menuju kearah konco-konco Sazwan. Sahabat yang paling boleh dipercayai saat berlawan hanya senjata kita. Rasainya dengan jiwa dan selaminya. Sahabat karib setiap pejuang hanyalah senjata mereka.

Berpuluh das tembakan dielak Keisha dengan mudah saja. Setakat kelajuan seperti itu hanya mainan Keisha sehari-hari. Dari dia kecil lagi dia sudah dilatih untuk berlawan sebegini. Tubuhnya memang diciptakan untuk dijadikan senjata pertahanan. Kalau setakat seramai ini, tiada masalah buat Keisha.

Berbalas-balas tembakan sesama mereka. Musuh semakin ramai. Keisha semakin tidak menang tangan. Seorang demi seorang musuhnya ditetak dengan pedang. Dia sudah penat.

Sazwan tidak senang duduk. Eric yang dari tadi cuba untuk menoleh ke arah Keisha dilempang sekali lalu diikat matanya. Biarlah mati itu terus suci dari melihat darah yang hina.

"Bloody hell."

Sekali lagi pipi Eric ditampar dengan kuat.

Kenapa matanya perlu ditutup? Eric mahu lihat siapa gadis itu. Gadis yang hebat!

Bukan mudah untuk Keisha mengelak peluru yang semakin banyak diruang legar udara. Namun pedangnya dijadikan penghadang. Bom tangan juga dibaling berdekatan dengannya. Melompat Keisha dari terkena letupan besar itu.

Sipi-sipi saja tadi terkena dirinya.

Laju jantung Eric berdegup. Letupan besar itu tadi benar-benar menakutkannya. Sama seperti dulu. Saat nyawanya sudah ditepian, letupan besar yang bakal menamatkan nyawanya bertukar menjadi penyelamat. Tapi itu cerita 12 tahun lepas. Ini cerita tahun 2016. Remake?

Eric bimbangkan nyawa gadis itu. Gadis yang diutuskan dari langit untuknya.

Sazwan memeluk tubuh saja melihat Keisha yang tangkas berlawan. Suku daripada konconya sudah tumbang dek penangan Keisha. Dia silap kerana memandang rendah pada gadis itu.

Surat Cinta ©Where stories live. Discover now