Sepuluh; Memori

329 21 0
                                    

BAB 10

DUDUKNYA seorang lelaki tinggi lampai diatas sebuah kerusi besar. Dihadapannya terdapat beberapa orang lelaki berwajah bengis. Disisinya pula dua orang lelaki bertubuh sasa. Kalau kena lanyak ni, penyek.

"Boss. Kami dah kasi gertak baik punya tadi." Seman tertawa jahat. Lelaki yang dipanggilnya boss tadi tersenyum sinis. Seorang demi seorang dia akan matikan. Perlahan-lahan, biar terseksa.

"Bagus. Aku nak mereka semua terseksa sama macam mana aku dengan adik aku terseksa." Gudang tinggal itu bergema dengan tawa lelaki-lelaki durjana yang ada didalamnya.


JAUH Keisha termenung. Adiknya Aisha dan Adwan berlari-lari ditepinya sambil bergelak ketawa. Namun tawa mereka masih belum mampu membunuh menungan Keisha. Banyak perkara yang bermain-main didalam kepalanya. Keisha tersenyum kelat melihat adik-adiknya. Sampai bila mereka mampu bergelak ketawa seperti itu? Apa nasib mereka nanti?

Keisha termenung lagi. Sudah sampai ke China fikiran Keisha menerawang. Dia perlu fikirkan cara. Cara bagaimana nak melindungi Eric. Dia mesti lagi dimestikan.

Albert, orang bawahan atuknya sudah kecoh tentang hal yang terjadi minggu lepas dan mungkin tidak lama lagi kumpulan gangster haritu dapat menjejaki Eric.

Nyawa lelaki itu dalam bahaya!

Tapi, bagaimana cara untuk dia lindungi Eric dalam senyap? Jadi bayang-bayang Eric? Yang pasti apa-apa cara saja Keisha sanggup tapi bukannya dengan mendedahkan identiti dirinya.

Keisha takut sekali andai nanti Eric tahu dialah si pengirim surat misteri itu. Dia tak kuat jika nanti Eric mengetahui siapa dirinya, hanya seorang gadis yang tidak ubah seperti raksasa yang dirantai lehernya. Apalah yang Eric fikirkan tentang dirinya nanti.

"Kak K main dengan kami jom?" Suara comel Aisha memecahkan lamunan Keisha.

"Kak K, jomlah main dengan kami," panggil Adwan tersengih menampakkan giginya yang lompong dihadapan. Keisha garu kepalanya yang tidak gatal. Dia berfikir tentang seorang lelaki yang belum tentu dan mungkin tidak akan menjadi miliknya hingga terlupa tentang adik-adiknya. Sungguh sedalam-dalamnya, kasih sayang seorang kakak tidak akan pernah pudar. Kalau bukan kerana sayangkan adik-adiknya, sampai mati pun Keisha tidak akan memilih jalan ini.

Kasih sayangnya bukannya palsu!

"Duan nak main apa?" soal Keisha menghampiri Aisya dan Adwan yang sudah bertepuk tangan gembira.

Keisha tersenyum nipis. Dia bertinggung, agar ketinggiannya dan adik-adiknya sama. Kepala Adwan dan Aisya diusap penuh kasih. Dua wajah ini, mampukah mereka terus tersenyum riang seperti ini lagi nanti? Keisha tersenyum lagi. Namun kini kelat dan pahit senyumannya.

"Eca nak main masak-masak." Aisya tayang set mainan memasaknya kepada Keisha.

"No no Duan nak main askar-askar." Adwan memeluk tubuh dengan muncung yang panjang. Keisha menggeleng seraya tersengih kecil. Macam-macam ragam adik kembarnya ini.

"Okey apa kata kita main askar yang memasak? Okey tak?" Keisha menunggu reaksi pasangan kembar itu. Bukan boleh kira sangat dua orang ni. Kalau datang angin kus kus, semuanya serba tak kena.

"Bolehlah." Serentak Aisha dan Adwan menjawab dengan muka yang tidak berperasaan. Bahu juga terjungkit tidak kisah.

KEISHA, Aisha dan Adwan gembira tertawa sambil bermain. Ada saja perkara yang lucu buat mereka. Bahagia.

Hairil mencebik. Sungguh dia menyampah melihat senyuman Keisha. Manusia seperti Keisha tak layak untuk tersenyum. Dia cuma layak mati saja. Manusia hina yang patut dibuang oleh masyarakat. Kerjanya cuma menyusahkan orang lain saja.

"Kau senyum macam mana pun bukannya dapat tutup segala dosa yang kau dah buat." Sinis. Hairil mendengus kasar lalu berlalu masuk kedalam rumah. Pintu kuat dihempasnya. Melepaskan geram yang terbuku dihati pada pintu tidak bernyawa.

Keisha menoleh. Pintu sudah tertutup rapat. Keisha mengeluh perlahan. Sampai bila? Sampai bila Hairil mahu membencinya? Sungguh Keisha sayang pada Hairil lebih dari dia sayangkan Eric. Hairil ibarat sebahagian daripada nyawanya. Sedikit pun sayangnya pada Hairil tidak mampu untuk disangkal. Nyawa pun sanggup dia serahkan demi jejaka itu.

"Hairil..." Sayu sekali pandangan mata redup Keisha. Matanya mula berair, namun air jernih itu cuba ditahan dari jatuh menunjukkan diri. Biar rasa pedih ini dia simpan. Dia harus kuat untuk semua yang dia sayang.

Tapi...

Dia mahukan Hairil yang dulu. Yang dia boleh untuk berkongsi cerita, rahsia dan rasa. Dia rindu. Sungguh Keisha rindu. Terasa sebak pula bila mengingati kembali saat mereka berdua rapat dahulu.


"KAK K!" Hairil menangis teresak-esak setelah bolanya dirampas oleh empat orang kanak-kanak lelaki yang berbadan besar. Keisha yang sedang duduk membaca buku ditepi padang, tersentak. Hairil ke tu? Buku dan cermin mata ditinggal ditepi padang. Dengan langkah yang berani, Keisha menghampiri kumpulan kecil itu. Empat kanak-kanak lelaki bertubuh gempal sedang mengelilingi Hairil yang terlihat kecil saja ditengah-tengah.

Alahai, kesiannya adik kakak ni.

"Woi, kau orang semua nak buat apa ha?" tempik Keisha garang. Tubuh salah seorang mereka ditolaknya senang. Tubuh kecil Hairil yang sedang menggigil dipeluk erat. Sesungguhnya Keisha tidak mampu untuk melihat ahli keluarganya disakiti. Tiba-tiba saja darahnya akan naik hingga kekepala. Mungkin pembawaan DNA ayahnya yang mengalir deras didalam tubuh genit itu. Sifat ingin melindungi itu sudah seperti sahabat baiknya.

"Alamak, kakak dia nak pertahankan dia wei. Takutnya kita." Budak lelaki berkepala botak itu memain-mainkan Keisha sebelum rakannya menyambut dengan hilai tawa. Silakan. Silalah gelak sepuas hati sebab nanti, nak bercakap pun kau takkan lalu.

Keisha tersenyum sinis, memeluk bahu Hairil erat. Si adik yang tahu apa yang bakal si kakak lakukan memegang tangan kakaknya erat. Hairil memandang tepat kedalam anak mata Keisha lalu menggelengkan kepalanya perlahan. Bukan dia tidak tahu apa yang kakaknya itu akan lakukan. Umur mereka yang hanya setahun jaraknya, membuatkan Hairil rapat benar dengan Keisha. Demi melindunginya, membunuh pun kak K sanggup. Keisha hanya membalas dengan senyuman ringkas dan menepuk bahu Hairil lembut.

Ini Keisha lah. Kau usik keluarga aku, kau gameover.

Lengan baju yang agak panjang disinsing hingga ke siku. Tangannya yang kecil itu dikepal kuat. Sebentar saja lagi, empat orang budak lelaki dihadapannya ini akan dpaat merasa penumbuk keramatnya. Tumbukan maut ujar ayahnya. Keisha senyum senget.

"Selamat jalan budak botak." Tangan Keisha laju menghayun tumbukan tepat mengena wajah berbentuk bulat budak lelaki botak itu.

"Harun!" Kalut rakannya, menghampiri si Harun yang sudah tergolek ditanah. Harun memegang pipinya yang terasa kebas. Mencerlung matanya menikam wajah bersahaja Keisha yang sedang meniup buku limanya. Orang rasa macam nak pecah muka ni, tapi dia boleh buat macam bukan dia je yang tumbuk.

"Yang lain pun nak kena jugak ke?" Keisha mengacu penumbuknya kepada tiga orang lagi. Yang tiga lagi, terketar-ketar lutut ketakutan melihat wajah bengis Keisha. Lagi-lagi apabila mereka tahu tentang salasilah keluarga Keisha.

"Anak pembunuh," ujar Harun sebelum berlari meninggalkan Keisha dan Hairil berdua. Keisha tersengih sinis sementara Hairil sudah mengetap bibirnya rapat. Dia sangat tidak suka digelar anak kepada pembunuh. Ayahnya bukan seorang pembunuh.

"Kak K, lain kali jangan pukul orang lagi tau. Tak baik." Hairil menasihati lembut. Bukan dia tidak perasan. Kakaknya suka menyelesaikan masalah menggunakan kekerasan. Gemar benar bergaduh. Bukan itu yang ibunya ajar.

"Tak janji." Keisha sengih menampakkan giginya.

"Kak K!" Hairil berlari mengejar kakaknya.

Hari-hari mereka sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa semanis gula-gula. Sentiasa ceria dipenuhi sang pelangi sebelum segala-galanya berubah 100 peratus.

Surat Cinta ©Where stories live. Discover now