2Satu; Pengorbanan

426 26 0
                                    

BAB 21

KEISHA membuka matanya perlahan-lahan. Dia tidak sanggup untuk melihatnya. Tentu saja darah merata-rata. Bau hanyir dari tadi menyucuk hidungnya. Darah mayat-mayat yang bergelimpangan tanpa nyawa. Hanya kerana satu dendam banyak nyawa yang terkorban. Hanya kerana satu hati yang terluka akibat dendam, mengalir sungai darah dan air mata.

Mata Keisha terbelalak saat dia dia terlihat figura yang sudah terbaring lesu berlumuran dengan darah.

Zahirah? Zahirah menghadang tubuhnya untuk Eric? Tapi kenapa?

Kasar Keisha menyapu air matanya. Diseret lututnya menghampiri Zahirah yang sudah lemah. Dia ditembak tepat dijantung.

Tubuh longlai Zahirah dipangku diatas paha Keisha. Mat Rend dan konco-konconya berhenti menyerang, terkejut dengan apa yang berlaku. Sekelip mata saja.

Tambahan pula pihak lawan mereka telah tumpas. Giant Tiger kut, bukan tandingan bagi kumpulan kecil seperti ini.

"Zahirah.." panggil Keisha hiba. Air mata semakin laju turun.

"K." Zahirah tersenyum perit. Pipi sahabatnya itu dipegang walau tangannya terketar-ketar.

Eric yang menyaksikannya dengan mata sendiri, tergamam tanpa kata. Rasa bersalah dan rasa tak berguna. Kalau saja tadi dia tidak acah berani. Tentu gadis bertudung biru ini tidak perlu menghadang tembakan itu.

"Aku tahu kau sayangkan dia. Pertahankan cinta kau... Aku... sayangkan kau. Jaga diri." Zahirah memejamkan matanya saat nafas terakhir dihembusnya tanda roh sudah berpisah dari jasad.

"Tak!" Keisha meraung. "Aku pun sayangkan kau Ira. Sayang sangat." Tubuh kaku Zahirah diletak perlahan dilantai. Pistol yang ada tidak jauh dicapai. Sesiapa saja yang melihat wajahnya tika ini mesti akan menggigil ketakutan. Dia seperti raksasa yang mahu memakan manusia. Tersangat bengis.

Berani-berani saja Sazwan mencabutkan nyawa untuk Zahirah. Biar dia pula yang cabut nyawa Sazwan. Langit itu tak selalunya cerah. Ada waktunya mendung, berawan, kehujanan dan jangan pernah sesekali mencabar langit yang sedang memancar terik. Hangatnya mampu membakar.

Sazwan terketar-ketar. Dia takut mati. Sazwan tahu tentu Keisha mahu membunuhnya. Tapi sedikit pun Sazwan tidak bergerak. Terkaku ditempat dia melepaskan tembakan.

Dia rasa bersalah. Dia dah tembak orang. Dia dah bunuh orang. Dia pembunuh.

Tak tak, dia nak tembak Eric tapi perempuan tu yang jadi superwoman nak selamatkan Eric. Kusut rambut Sazwan diramasnya. Tergeleng-geleng Sazwan tidak dapat menerima hakikat.

Dia tidak pernah bermimpi ingin menjadi pembunuh. Dan hari ini dia memilih untuk menjadi pembunuh. Ini semua kerana dendam yang bersarang dihatinya.

Dendam telah mengubah hidup Sazwan. Dari seorang kanak-kanak yang baik dan ceria kepada seorang yang perengus dan pendendam.

Mat Rend dan konco-konconya langsung tiada niat ingin menghentikan Keisha. Malah mereka bersetuju dengan tindakan Keisha. Sazwan memang patut dibunuh.

Dari belakang Eric meluru dan memeluk tubuh Keisha erat. Dia tidak akan benarkan Keisha buat perkara bodoh. Ini semua hanya akan rosakkan dirinya. Keisha akan sentiasa dihantui masa silamnya jika dia memilih untuk menjadi pembunuh.

"Kau hebat. Aku tahu kau hebat. Kau gadis yang kuat. Kau takkan dengan mudahnya kalah dengan kemahuan nafsu kau." Perlahan-lahan Eric cuba memujuk. Tangisan deras Keisha tadi bertukar dengan esakan perlahan. Keisha mengangkat wajahnya. Matanya tajam menyapa mata ketakutan Sazwan.

"Kau bukan pembunuh. Kau tak macam dia. Kau lain. Kau istimewa dan aku cintakan kau." Eric pasti ini cinta. Unikkan cinta itu. Tanpa salam ia mampu mengetuk pintu hati manusia. Hadirnya jua tanpa mengira masa.

Rasa itu ditiup kedalam diri setiap manusia tanpa tahu pada siapa cinta itu ditujukan. Saat waktunya tiba, jantung akan bereaksi sendiri apabila bertemu dengan insan yang mempunyai gelombang cinta berfrekuensi sama dengan tuan punya jantung.

Keisha tersentak. Eric cintakannya? Sukar untuk dipercayai. Melihat wajahnya saja Eric belum pernah. Anggota tubuhnya bagai tidak bernyawa, lemah.

Semakin erat Eric mendakap tubuh yang semakin melemah itu. Walaupun Eric tidak pernah kehilangan seseorang yang penting dalam hidupnya, namun dia tahu betapa sakitnya hati Keisha saat ini. Ingin saja dia memusing tubuh Keisha dan menatap kedalam anak mata hazel itu. Tangannya terasa ingin mengusap air mata yang turun.

Eric mahu menjadikan bahunya sebagai tempat Keisha bersandar.

Topeng mulut yang dipakai Keisah mengehadkan penglihatan Eric. Mata hazel dan rambut hitam pekat yang berkilat.

Pistol ditangan Keisha perlahan-lahan diambil oleh Eric lalu dicampak jauh. Dia sayangkan Keisha. Dia tidak mahu Keisha termasuk dalam golongan yang membunuh saudaranya sendiri. Saudara seagama yang pasti.

"Kawan kau pun tentu tak nak kau jadi pembunuh. Kau baik Keisha, aku tahu." Kehangatan tubuh Eric meresap ketubuh Keisha yang menggeleter. Tanpa disedari, Eric turut mengalirkan air mata. Sebak dengan pengorbanan seorang sahabat untuk sahabatnya. Kalau dia, tidak tentu lagi sanggup untuk berkorban nyawa seperti itu.

"Aku bukan pembunuh," gumam Keisha perlahan.

"Ya, kau bukan." Eric mengucup belakang kepala Keisha. Dia sayangkan gadis ini.

"Kau cuma seorang gadis yang terperangkap antara cahaya dan kegelapan."

Keisha diam, merasa sedikit tenang didalam dakapan Eric.

"Sahabat tu tempatnya dihati. Dia akan sentiasa ada dihati kau sampai bila-bila." Tangan Keisha digenggam, menyalurkan kekuatan. Jantung Eric berdegup tersangat pantas hingga mampu didengar oleh Keisha.

Degupan yang sama seperti masa itu.

Sazwan yang dihurung rasa bersalah menggeletar maha hebat. Dia perlu tamatkan semua ini. Dengan tangan yang menggeletar, Sazwan mengacu pistol tepat dikepalanya. Dengan satu tarikan saja, kepalanya bakal berkecai dan rohnya akan dicabut mengejut dari jasad.

"Eric," panggil Sazwan antara dengar dengan tidak.

Eric mendongakkan kepalanya dan memandang tepat kedalam anak mata Sazwan tanpa melepaskan tubuh Keisha.

"Terima kasih sebab jadi kawan yang baik untuk aku. Aku minta maaf sebab aku tak mampu jadi kawan yang baik untuk kau. Tolong jagakan Rafqi dengan Syuhada untuk aku. Pesan dekat Rafqi, sudah-sudahlah kejar si Munah tu, bukannya lawa pun. Muka macam cikgu Mai je. Syuhada tu pulak, jangan sibuk sangat menggatal dengan cikgu kenot tu. Carilah yang tinggi sikit." Sazwan ketawa kecil, bergetar kerana turunnya hujan dipipinya.

Dia bakal merindui saat mereka berempat bersama.

"Keisha." Sazwan senyum kekok. Dia malu dengan Keisha.

"Aku minta maaf atas apa yang aku buat. Jangan pernah simpan dendam pada atuk kau. Takut nanti dendam tu makan diri kau. Macam apa yang jadi dekat aku." Jeda.

Mata Keisha mula terlihat tenang.

"Jagakan Eric untuk aku elok-elok. Dia tak boleh minum susu, nanti muka dia bengkak. Dia suka anak patung, kuat merajuk. Hantu tempoyak dengan budu." Sazwan tertawa perit. Keisha tersenyum payah disebalik topeng mulutnya.

"Selamat tinggal sahabatku." Sazwan tersenyum sedikit sebelum menembak kepalanya sendiri.

Bang!

Darah dan air mata mengalir sama laju.

Luruh lagi air mata Eric. Sehari. Sehari sudah cukup untuk mengubah segala-galanya. Hari ini dia dapat belajar betapa agungnya persahabatan itu. Hari ini juga dia belajar yang dendam itu memakan diri.

Selamat jalan sahabatku.


Surat Cinta ©Where stories live. Discover now