🔸FLASHBACK🔸
🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸
Butiran salji terus-menerus turun menutupi permukaan tanah Arastosa. Suasana pekan makmur tersebut kelihatan lenggang. Kebanyakkan penduduk tidak keluar dari kediaman masing-masing dek cuaca yang terlampau sejuk...
Suasana di istana Imperial Wolf terasa suram. Seorang lelaki berjanggut tebal duduk di atas takhta sambil memegang segelas wain merah. Dia melepaskan keluhan lemah...
Drapp....!
Drapp....!
But besi berderap kuat apabila dua orang pengawal Imperial Wolf melangkah masuk ke ruang dewan istana. King Avekins meneguk wain merah tatkala dua pengawal elitnya itu berada di depan takhta...
"My Lord..."
"Hurmm...Ronan...Dermack...Ada apa-apa berita...?" King Avekins menyoal lemah. Dua pengawalnya itu menggeleng kepala. Sang raja menyandar pada taktha...
"Haih, apa aku nak buat...?"
"Tuanku...Kami tak jumpa siapa-siapa yang layak dengan kriteria yang Tuanku mahukan...Cuma...." Ronan mematikan kata. Dermack hanya mendiamkan diri di sisi...
King Avekins terus bangun dari terus menyandar pada takhta. Dia kelihatan berminat dengan apa yang mahu diutarakan oleh pengawal elitnya itu...
"Cuma apa, Ronan? Do tell me..."
"The legendary Hunter...Dia tinggal disini..."
"Arastosa...?"
"Yes, My lord..."
"Hurmm...Dia sanggup ke nak pikul tanggungjawab sebagai King of Arastosa...? He's already a legends..."
Ronan dan Dermack tersenyum mendengar kata-kata dari King Avekins. Sang raja menongkat dagu melihat dua pengawalnya itu seakan senang hati...
"Siapa yang mahu tolak gelaran King of Arastosa, Tuanku? Sudah semestinya Lycans akan terima..." Ronan berkata yakin. King Avekins tertawa sinis...
"Haha..kau masih naif, Ronan Refendor...Hunter always being a hunter..." King Avekins berkata dengan nada suara mendatar. Ronan mengerut dahi mendengar kata-kata King Avekins...
"Apa maksud, Tuanku...?"
"Lycanstrophes merupakan seorang Hunter...Hunter takkan terima tanggungjawab besar macam ni...Dia cuma tahu bertarung dan membunuh..."
"Tapi, Tuanku..."
"Look at me, Ronan...Aku juga seorang Hunter dulu...Aku tak mampu nak jaga Arastosa...I know Lycans very well...Dia juga seperti aku..."
"Habis? Tuanku tiada calon...Siapa yang Tuanku mahukan?"
"Hurmm...How about Vlademir...? Lycans's good friends...He looks clever..." Dermark mencelah tetiba. Ronan dan King Avekins memandang dia...
"Vlademir...? Who...?"
"Vlademir Scovish...Serigala bijak...He know how to plan a things"
"How did you know...?"
"Jika Lycans handal bertarung...Vlademir handar menyusun strategi..." Dermack berkata selamba. Ronan memeluk tubuh, manakala King Avekins mengurut janggut tebalnya...
"Hurmm...Tell me more about this Vlademir..." King Avekins menyoal dengan penuh minat. Dermack tersenyum...
"Begini Tuanku...Saya dapat khabar berita...Vlademir akan bertarung dengan King Dante nanti..."
"King Dante? That dumb king? When..?"
"Dua hari lagi..."
"Hurmm...Good...Aku nak saksikan perlawanan tu nanti..."
"Yes, itu yang saya nak cadangkan...Masa perlawanan tu nanti, Tuanku boleh saksikan sendiri...Vlademir bijak mengatur strategi...Mungkin dia lemah, tapi dia pandai manipulasikan peluang..."
King Avekins tersengih puas hati. Dia meneguk wain merah sekali lagi. Ronan dan Dermack hanya memeluk tubuh melihat Sang raja kelihatan teruja...
"Ahh, i can't wait...To see the next heir of Arastosa..."

ВЫ ЧИТАЕТЕ
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]
ФэнтезиMOHON BACA LYCANS : THE TALE OF LEGENDS PART ONE DULU. BUKU INI MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI BAHAGIAN PERTAMA. HARAP MAKLUM. ****************************************************** "Aiden, jika ada apa-apa berlaku...Please take care of Lora for me...