CHAPTER 247 | IF YOU'RE THE STAR

5.1K 386 1
                                        

Hujan mulai merintis perlahan tatkala aku dan Sheera keluar dari rumah batu. Orang ramai yang lalu lalang berlari mencari tempat berteduh. Gadis berambut merah tersenyum melihat aku menjeling dia.

"Its raining..."

"So what? Kita ada payung kan...?"

Sheera membalas selamba. Aku mengerut dahi melihat gelagat dia dari sisi. Sebatang kayu pelik diangkat ke atas, kemudian lebarnya terbuka. Sheera menarik tanganku ke depan.

Hurmmm, hebat betul ciptaan manusia. Look simple, but useful. Aku mengaku, aku kagum.

Kami berjalan meredah lorong sempit, kemudian tembus ke sebuah pondok besi. Kelihatan dua orang gadis menunggu di situ. Aku dan Sheera duduk di kerusi. Payung diletakkan ke sisi.

"Jean, kau tengok...Kacak betul lelaki tu..."

"Erm, he has crimson eyes..."

Gegendang telinga menangkap butir kata dua gadis tersebut. Aku berpaling ke arah kiri dan kanan. Tiada lelaki disitu melainkan aku.

Wait. They talked about me, right?

Lenganku dipegang erat Sheera dari sisi. Dia memasamkan muka. Dua gadis tersebut menjarakkan diri apabila Sheera memaparkan riak muka bengang.

"Jangan nak menggatal, Drake...I'm here...Don't even think about it..."

"Think about what...?"

"To tackle those girl..."

"Heh..."

Aku tergelak sinis mendengar kata-katanya. Sheera merengus menahan geram. Aku merangkul pinggangnya dari sisi. Dua gadis tadi menjeling gelagat kami.

"Aku tunggu saat ni selama 500 tahun...To be with you once again...Its like a dream for me..."

"Hurmm..."

Sebuah kenderaan datang menghampiri pondok besi. Sheera bingkas bangun. Dia memegang tanganku, lalu masuk ke dalam kenderaan tersebut. Hanya kelihatan beberapa orang manusia di dalam.

Kami berdua duduk di kerusi belakang. Aku memerhati sekeliling. Boleh tahan besarnya kenderaan ni. Bukan macam kenderaan yang aku naik bersama Fayla tadi.

"Sheera...Apa namanya kenderaan ni? Its so huge..."

"Bas..."

"Bas, huh? Interesting..."

Aku memegang dagu mendengar jawapan dari Sheera. Gadis berambut merah tersenyum. Dia mengusap lembut dadaku dari sisi.

"Saya tak sangka awak kacak macam ni, Drake...When you dressed like this, you look like a different person..."

"Huh...?"

"Selama ni awak cuma berjubah merah...Its kinda boring..."

"Jubah tu trademark aku, tahu? I'm the great wizard..."

"Great wizard? Haha! Awak cuma ahli sihir yang suka kenakan harga tinggi pada penduduk!"

Sheera gelak menekup mulut di sebelah. Aku tersenyum melihat dia gembira. Rambut merahnya, aku sisirkan ke sisi. Gelak tawa Sheera terhenti.

"Drake...?"

"You still beautiful, my sweet witcher..."

Sheera tersengih mendengar pujian aku. Dia menggenggam erat telapak tanganku. Kami berbalas pandangan, lama.

"Saya rasa...This date gonna be the best one..."

"Yeah...But, kita tak boleh lama-lama Sheera..."

"Eh, why...?"

"Arastosa diambang peperangan,Sheera...Lycans dan Aiden sedang bersiap sedia..."

"Ha...? Perang?"

"Yes, the third great war..."

"Ouh...Siapa yang mahu berperang, Drake?"

"Hades, The Gods of Underworld..."

"I see..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]Where stories live. Discover now