MOHON BACA LYCANS : THE TALE OF LEGENDS PART ONE DULU. BUKU INI MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI BAHAGIAN PERTAMA. HARAP MAKLUM.
******************************************************
"Aiden, jika ada apa-apa berlaku...Please take care of Lora for me...
Mentari bersinar cerah di dada langit. Burung-burung berkicauan di taman istana. Beberapa orang pengawal kelihatan asyik bersembang di kerusi kayu.
Seorang gadis berambut pony-tail berjalan selamba meredah kawasan pejalan kaki. Dia melangkah masuk ke dalam istana Imperial Wolf tanpa rasa ragu-ragu.
Bunyi derapan kasut but kulitnya membuatkan kawasan dewan istana bergema. Setelah seketika berjalan, akhirnya dia tiba di depan takhta.
Belasan mahkota diraja tersusun kemas di belakang takhta. Aiden mendongak apabila dia perasan akan kehadiran gadis tersebut. Sang raja menyimpulkan senyuman.
"King of Valenthia..."
Gadis tersebut berkata seraya memberi tunduk hormat. Aiden menundukkan kepala sebagai balasan. Sang raja turun dari takhta.
"Rania...Aku fikir, kau tak datang tadi..."
"Maaflah, saya ada hal..."
"Its ok...Come take a sit, sweet girl..."
Aiden berkata seraya mempelawa Rania duduk di kerusi tetamu. Gadis tersebut melabuhkan punggung di kerusi bersulamkan sutera merah.
Air teh dituang ke dalam gelas kristal. Aiden duduk berhadapan dengan gadis tersebut. Rania menghirup sopan teh yang dihulurkan King Aiden sebentar tadi.
"Ada apa Tuanku panggil saya ke sini?"
Rania menyoal tenang. Gelas kristal digenggam kemas. King Aiden menyilangkan kaki. Kedua jari disulamkan.
"Hurmm...Aku dapat maklumat..."
"Maklumat apa, Tuanku...?"
Pandangan Aiden dialihkan ke sisi. Tugu peringatan King Vlademir ditatapnya seketika. Rania menanti jawapan dari sang raja.
"King Vlademir has a son..."
"I see..."
"Tapi, anak dia tiada di sini..."
"Jadi, Tuanku mahu saya jemput dia ke sini...?"
"You sure know how to read my mind..."
Rania menyimpulkan senyuman. Air teh dihirup sekali lagi. King Aiden menyandar pada kerusi. Si gadis memandang pelik pada sang raja.
"Rania...Aku nak kau bawa anak Vlademir ke sini...Kalau tak silap aku, dia tinggal bersama seorang gadis puntianak, named Tyara..."
"Di mana dia tinggal?"
"Well, that is the problem..."
"What problem...?"
"Mereka tinggal di dimensi yang berbeza, Rania..."
Si gadis tersenyum simpul. Aiden membalas senyuman Rania dengan senyuman kelat. Suasana hening seketika.
"Maksud Tuanku, mereka tinggal di dunia manusia?"
"Yes..."
"Saya boleh jemput dia, Tuanku...Don't you worry..."
"I know i can count on you, sweet girl..."
Si gadis bangun dari kerusi. Gelas kristal diletakkan ke atas meja. Dia memberi tunduk hormat sekali lagi.
"Saya minta diri, Tuanku..."
"Ahh, Rania..."
"Yes...?"
"Namanya Quinn Scovish...Dia ada parut di punggung dan dada...Berambut kelabu..."
Rania tersengih. Aiden memerhati si gadis beredar dari perkarangan dewan istana. Sang raja kembali menatap tugu peringatan King Vlademir.
"Vlad, aku akan pastikan anak kau berada di bawah jagaan aku..."
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Itu cuma teaser, ok? Macam aku janjikan sebelum ni, story ni masih ada sambungannya lagi. Tapi, kali ini kisahnya agak santai.
Anak tunggal Vlademir, Quinn Scovish bakal tiba ke Valenthia.