CHAPTER 209 | MEET THE GOD OF DEATH

5.2K 370 11
                                        

🔸FLASHBACK🔸

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

Huff...!!

Huff...!!

Huff...!!

Aku berlari melintasi sebuah gerai posyen yang sudah separa roboh! Nafas terasa semput, namun aku gagahkan jua berlari ke kawasan selamat!

Bau darah dan juga debu membuatkan ku terasa sesak di dada! Mayat-mayat penduduk bergelimpangan di sepanjang jalan. Aku mengesat peluh di dahi.

Mana ibu!? Kemana dia pergi...!?

Jejak bau ibu kian hilang dibawa angin. Aku termengah-mengah di depan gerai menjual senjata. Strukturnya masih kukuh walaupun debu dan juga darah terpalit di bangunan lusuh tersebut.

"Hah...Hah...Hah..." Aku menarik nafas dalam-dalam, kemudian langkahku kembali mengorak ke depan. Aku yakin, ibu pasti selamat...

"Woi...! Sini!"

Langkahku terhenti dek pekikan tersebut. Aku menoleh ke kiri dan kanan. Tiada seorang pun yang kelihatan, melainkan mayat busuk.

"Sini lah! Aku kat sini!"

Aku bingkas menoleh ke arah punca suara tersebut. Seorang budak lelaki berambut hitam pekat memunculkan diri di balik tingkap kaca.

Aku mengerut dahi melihat dia membuka pintu gerai senjata. Tangannya memberi isyarat supaya aku masuk ke dalam.

"Aku ke...? Kau panggil aku ke...?" Aku menyoal pelik. Dia merengus seraya mencekak pinggang.

"Yelah! Kau lah! Budak serigala berambut coklat! Sapa lagi yang ada kat sini melainkan kau!? Masuklah cepat!"

Tanpa membuang masa, aku berlari anak ke pintu gerai senjata. Dia menutup pintu sebaik sahaja aku masuk ke dalam. Keadaan dalam gerai tersebut kelihatan kusam. Debu halus berterbangan di udara.

Budak lelaki berambut hitam tersebut menarik tanganku ke arah tangga. Kami berdua berjalan masuk ke ruang bawah tanah.

Pintu kayu ditutup rapat. Aku meletak pedang ke atas tong arak. Budak lelaki tersebut memeluk tubuh memandang aku.

"Kenapa kau mundar-mandir kat luar? Bahaya tau tak..." Dia berkata lalu duduk di atas tong arak di belakang. Aku duduk di sebelah sebakul tembaga.

"Aku cari ibu..."

"Ibu kau...?"

"Yes, kau ada nampak dia...?"

"Tak...Aku cuma nampak kau...Lari macam orang hilang akal kat luar..."

Dia membalas selamba. Aku mengangguk. Haih, dia ni anak tukang besi rasanya. Dari gaya dia bercakap, kasar semacam je...

"Nama aku Dylan...Dylan Steelford...You..?"

Budak lelaki tersebut menyoal tiba-tiba. Aku menggosok belakang kepala...

"Aku Aiden...Aiden Lycans..."

"Oh, anak lagenda Lycanstrophes..."

Aku mengangguk sekali lagi mendengar kata-katanya. Kami berdiam diri seketika. Suasana terasa hening. Hanya bunyi letupan dek amukan Kraken kedengaran.

BRRRRRR....!!

BRRRRRRRRR....!!

Aku dan Dylan bingkas berdiri apabila gerai senjata tersebut bergegar tiba-tiba! Habis segalanya tunggang terbalik! Tong-tong arak berselerakan!

"What happened!?"

"Dont ask me, wolf boy! Kita kena keluar dari sini!" Dylan berkata seraya berlari keluar dari ruang bawah tanah! Aku mengikut dia dari belakang!

Tatkala kami berada tengah-tengah ruang gerai senjata tersebut, bumbung kayu terbuka di bahagian atas! Gerai senjata tersebut lenyap bagaikan reban kayu!

Aku dan Dylan tergaman melihat keadaan tersebut! Ketika itu, aku terpandang susuk tubuh hitam berdiri di depan. Matanya bersinar putih. Siungnya jelas kelihatan apabila dia tersengih...

Aku dan Dylan menggenggam pedang apabila lelaki misteri tersebut melayang perlahan mendekati kami...

"Dylan, kau pergi dari sini!"

"Heck no! Kita bergabung, Aiden!" Dylan memekik seraya meluru ke arah lelaki misteri tersebut!

PAKKK...!!

Pedang Dylan terlepas! Budak lelaki tersebut tercampak ke sisi! Lelaki misteri menoleh kepadaku. Dari aura yang terhasil dari tubuhnya, aku tahu...

Dia bukan sebarangan...

"Ahhh...The son of legends...Such a brave rascal...Just like your father..." Dia berkata seraya berpusing mengelilingi aku.

"Si-siapa kau ni...?"

"I'm your father nemesis...Hades, The god of Underworld..."

"Oh..."

Aku tidak mampu membalas kata-katanya. Hades berdiri di depan aku. Rambut aku, dia usap lembut...

"Apa kau nak dari aku, huh...?"

"I want you...To be my child..."

Dia berkata seraya mendekatkan muka denganku. Hawa nafasnya terasa sejuk.bagaikan ais. Aku mengeram perlahan...

PRAKKK...!!

"Arghhh! Erghh!" Hades berganjak ke belakang apabila bilah pedang menembusi perut! Aku bingkas melarikan diri! Tubuh Dylan aku paut dari sisi!

"HAHAHAHA! SUCH A BRAVE WOLF! KAU TIKAM AKU!?" Hades memekik lalu mengejar kami dari belakang!

Ah shit! Now, i'm doomed!

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]Where stories live. Discover now