CHAPTER 252 | THE FINAL GREAT WAR

5.5K 421 10
                                        

Penduduk Arastosa berpusu-pusu ke arah pusat pekan. Merlin dan Leonidas kelihatan fokus melancarkan sihir teleportasi. Loralyn dan Allucard mengawal keadaan. Suasana terasa begitu riuh rendah.

Awan hitam kian menyelubungi kawasan Arastosa. Kilat sambar menyambar hebat di dada langit. Bunyi ngauman makhluk kegelapan bergema dari angkasa.

Lycans terbang melintasi kawasan istana, kemudian mendarat di tanah berbatu. Si lagenda bingkas turun. Dia berlari mendapatkan Merlin.

"There you are, Lycans! Mana kau pergi, huh?! You see that shit!? Hades coming!"

Merlin menjerkah apabila dia sedar kehadiran si lagenda. Loralyn hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata si ahli sihir.

"Aku hantar Aiden ke Temple of Truth...Apa kau buat ni, Merlin?"

Lycans menyoal tenang. Merlin menggeleng kepala. Sebelah tangannya dihalakan ke depan. Aura merah terhasil dari tapak tangan.

"Aku pindahkan penduduk pekan ke Azeroth dan Stormcloak..."

"I see...Good idea..."

"Mana Death, Lycans?! Kalau ada dia, setakat sihir teleportasi macam ni, kacang putih saja!"

Lycans menggaru belakang kepala mendengar pertanyaan Merlin. Leonidas dan Loralyn hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka berdua. Penduduk kampung pula masih berasak mahu teleport ke Azeroth.

"Lah? Kan Death tak balik lagi? Dia pergi jumpa Sheera, kan?"

"Itu pun satu hal! We're in the brink of war! And that motherfucker still..."

"Boleh tak awak jangan membebel, Merlin!? Just do your fucking jobs, and shut your fucking mouth! Or, i just slap the fuck out of you!"

Loralyn menyampuk tiba-tiba. Lycans dan Merlin berbalas pandangan. Si lagenda tersengih lalu melompat pergi dari situ. Allucard menahan ketawa.

"Hurmmm, yea-yea...Whatever Lora..."

Loralyn memasamkan muka. Ekor musangnya meliuk perlahan. Leonidas menggeleng kepala.

"Old people with childish attitude is the worst..."

♊♊♊♊♊


Ciryla memeluk tubuh di hadapan ratusan ribu tentera serigala. Noah dan Aeryz hanya berdiri di sudut tembok batu sambil memerhati ke depan. Kesemua tentera kelihatan sedang bersiap sedia untuk bertempur.

Pakkk...!!

Ciryla bingkas menoleh ke sisi apabila Lycans mendarat di sisi. Si lagenda menyisir rambut putihnya ke sisi seraya menyimpulkan senyuman. Noah dan Aeryz langsung tidak berganjak.

"Master Lycans..."

"How the preparation, Ciry...?"

"Good...Cuma..."

"Apa, Ciry...?"

Ciryla memegang dagu sambil menatap ke depan. Ratusan ribu tentera di hadapan dewan istana ditatapnya, lama. Lycans menanti kata-kata dari dia.

"Saya fikir, saya nak hantar Arria dan Euryca ke Azeroth...Its dangerous to let them fight..."

"Hurmm, jika itu kau fikirkan...Aku setuju"

"Aiden dan Eilya ke mana, Master Lycans? Tanpa Aiden untuk berikan arahan, semua tentera tidak tahu strategi peperangan nanti..."

"Aiden dan Eilya akan sertai peperangan ni nanti...Don't you worry..."

Lycans memeluk tubuh. Mata birunya tertoleh ke arah Aeryz dan Noah. Kedua remaja itu dipanggil sopan. Ciryla hanya memerhati gelagat si lagenda.

"Ada apa, Atuk...?"

Aeryz menyoal pelik. Lycans mengusap lembut kepala cucu lelakinya itu. Noah hanya berdiam diri di sisi.

"Atuk nak Aeryz dan Noah pergi ke Azeroth...Bawa Nenek Lora..."

"Ha...? No way! Aeryz nak berperang! I'm the hunter!"

Lycans tertawa mendengar bidasan Aeryz. Ciryla tersenyum kelat melihat si serigala beria-ria mahu bertempur.

"Aeryz, dengar arahan atuk ni...Don't be too stubborn..."

"Atuk fikir Aeryz lemah? I can fight!"

"Sebab itulah atuk nak Aeryz dan Noah pergi ke Azeroth...Atuk nak Aeryz dan Noah jaga penduduk di sana...Hades mesti akan serang Azeroth nanti..."

"Oh..."

"Good idea..."

Lycans menoleh ke arah Ciryla apabila gadis serigala tersebut menyampuk. Rambut putih Ciryla disisirkan ke sisi dengan sebelah tangan.

"Err, Master Lycans...?"

"Kau juga pergi ke Azeroth, Ciryla...Protect our bloodlines...Take everyone..."

"Ha...?"

"Aku dan tentera Arastosa akan jadi frontline...Jika aku perlukan bantuan, aku akan pergi ke sana nanti..."

Ciryla menggeleng kepala. Noah dan Aeryz hanya berdiam diri. Langsung tidak menyampuk.

"No...No...Ini kerja gila, Master Lycans...Saya tahu, Tuan kuat...But, this is madness...Tuan mahu bertempur seorang diri...?"

"I have hundred thousand armies.. I'll be fine.."

"I shall accompany you, Master Lycans..."

Satu suara menegur tiba-tiba. Lycans dan Ciryla berpaling ke belakang. Allucard tersenyum simpul.

"Allucard..."

"Its been a honour to fight with a legend..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]Where stories live. Discover now