CHAPTER 244 | RED HAIR BEAUTY

4.8K 388 5
                                    

Put on your earphone and listen to the media for the full experience

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

BAKKKKK!!

Aku terjatuh ke bawah apabila portal dimensi terbuka. Tubuh menghempas jalan bergerigi. Jubah labuh basah dek lopak air. Bunyi anjing menyalak kedengaran bersahutan.

Perlahan-lahan aku bangun sambil memegang kepala. Pandangan mata agak kabur dek hempasan tadi. Setelah seketika, pandangan mata kembali seperti sediakala. Aku segera meninjau kawasan sekeliling.

Aku berada di sebuah lorong sempit. Baunya agak busuk dan berkabus. Tanpa membuang masa, aku berjalan ke depan sambil memerhati sekeliling.

Hurmmm...

Inilah dunia manusia? Its look normal. Cuma udaranya agak tercemar berbanding di dimensi aku. Malahan, bunyi pelik juga kedengaran di mana-mana.

Setelah seketika berjalan, akhirnya aku tiba di hujung lorong. Bebola mata terbuntang luas. Air liur ditelan perlahan.

Aku termangu-mangu melihat suasana sesak di hadapan. Ratusan manusia asyik berjalan tanpa mengendahkan aku.

Malahan, bangunan batu setinggi gunung kelihatan di mana-mana. Setiap satunya mempunyai banyak lampu.

"Ah...Kau ni Drake Deathwing...?"

Satu suara menegur tatkala aku asyik memerhati ke depan. Pandanganku beralih ke sisi. Seorang gadis berambut hitam tersenyum memandangku. Di matanya pula terlekap objek pelik. Seakan kanta, tapi ianya tidak besar. Muat-muat matanya sahaja.

"Errr...Yes...Pardon me? Who are you? Macam mana kau kenal aku...?"

Aku menyoal ragu-ragu. Dia menyimpulkan senyuman sinis. Rambut hitamnya disisirkan ke sisi.

"Merlin told me...Dia minta aku jemput kau di sini...By the way, nama aku Fayla Caldwell..."

Gadis tersebut menghulurkan tapak tangan. Aku menyambutnya perlahan. Mata hijaunya menatap aku semahu-mahunya.

"What...? Kenapa kau tengok aku macam tu...?"

"Soo, you're the Mighty Deathwing, huh? Sheera banyak bercerita pasal kau..."

"Sheera...? Kau kenal Sheera...!?"

"Of course...Aku yang jaga dia selama ni..."

Fayla tersentak apabila aku memegang erat lengannya dari sisi. Mata merah bertembung dengan mata hijau. Dia termangu-mangu.

"Take me to her...Right fucking now..."

"Easy there little dragon..."

"Little dragon? You know who i am?"

Fayla tergelak kecil melihat gelagat aku. Aku terus merenung dia. Orang ramai yang lalu lalang di depan, langsung tidak mengendahkan kami berdua.

"Deathwing...Aku juga berasal dari dimensi yang sama macam kau...To be exact...Aku berasal dari Moonvalend..."

"Oh..."

"Ok, enough talking...First, aku kena tukar penampilan kau..."

Fayla berkata seraya menolak aku kebelakang. Aku hanya menurut. Kini, kami terlindung di balik lorong. Fayla mengangkat jari telunjuk.

"Pêrsônæl Sêãr Hãztæx..."

Fayla melafazkan kata mantera. Jubah di tubuh perlahan-lahan menghilang. Aku terpinga-pinga apabila penampilanku berubah secara drastik.

Fayla tersenyum puas hati melihat aku di depan dia. Kini, aku bukan lagi berjubah merah. Aku memakai kot hitam dengan seluar ketat berwarna kelabu gelap. Malahan, rambutku juga digayakan dengan gaya sikat belakang.

"Such a handsome man...Patutlah Sheera sukakan kau..."

"Hurmmm..."

"Follow me..."

Fayla berkata seraya melangkah keluar dari lorong sempit. Aku bingkas mengikut dia dari belakang.

"Fayla..."

"Erm...?"

"Adakah....Hurmm..."

"What...?"

"Sheera, ok...? I mean..."

"She's good...People call her, the red hair beauty..."

"Ouh..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]Where stories live. Discover now