【8】

164 22 13
                                    

"Jadi apa masalah sekarang? "

" ni. " pendek dia menjawab. jari jemari membuka kotak yang berada bersebelah kerusi Encik Farhan Dia mengeluarkan sehelai lagi kertas dan dihulur kepada Afnan. " apa ni? " tanya afnan ingin tahu.

" ini adalah laporan baru kami dapat.banduan tu masih berkeliaran pinggir bandar. Dia boleh membunuh sesiapa sahaja ikut emosi " mendatar suara lelaki menerangkan laporan.

Afnan diam berfikir sejenak, pembunuh tidak dapat hidup jika tiada tempat perlindungan." Bukan ke ada berita tentang kes rumah besar dipinggir bandar?" afnan mengingatkan Encik Farhan sesuatu perkara yang tercicir.

" Ya,rumah tu dikenali dengan nama 'Harry's House'. Saya ada dengar cerita rumah itu ada kuasa jahat .setiap kali orang melangkah masuk rumah tu pasti tidak akan keluar sampai bila bila, "ujar Encik Farhan menelan sisa baki minuman sekali gus menghilangkan rasa dahaga.

" Encik percaya ke dengan cerita karut tu? " Dia tersenyum kecil. Ditahan ketawa yang many terletus keluar.

" Ramai yang dah cuba masuk.Semua tak dapat keluar balik " bantah Encik Farhan sambil memeluk tubuh Bela diri.

"Tentulah tak. Mesti ada psiko yang dahaga darah membunuh mereka.Itukan rumah Hayriell" Nada suara afnan berubah serta merta. Dia merenung anak mata Encik Farhan dengan tajam. memang kes berat seperti ini dinantikannya.
Lelaki berkumis itu terus menelan air liur beberapa kali menghilangkan rasa resah.Kes ini membuat dia pening dan selalu diselubungi rasa gementar.Kadang kala perasaan buruk semakin menghantui.

" habis apa awak nak buat? "

" saya akan pergi rumah tu," balas afnan mengangkat punggung mahu beredar, gambar suspek terlibat disorok didalam seluar poket tanpa disedari lelaki itu. dia sudah dapat apa yang diinginkan.

" afnan.. boleh saya tanya satu soalan. " minta Encik Farhan berasa curiga.

" apa? "

" kenapa awak terima kes ni? "

" sebab dia dah...bunuh abang saya. " Sekilas lalu dia melihat wajah Encik Farhan dalam kebingungan masih tidak mengerti maksud tersirat disebalik ayat. Afnan tidak boleh dipandang remeh walaupun umurnya masih muda. kaki diatur menuju keluar dari cafe.

***

Hospital xxxx

ting.. ting.. ting..

bunyi dari ketukan keluli besi pada tiang memenuhi ruang kosong bilik sudah beberapa kali ditegur agar berhenti mengetuk tiang.Namun dihiraukan oleh ' dia ' .

bilik suram tidak dibuka langsir. sampah sarap memenuhi bilik. bau busuk dari makanan basi mula menguasai seluruh bilik. baginya bau busuk bagai bunga ros di taman.Dia sudah terbiasa hidup demikian.

Kriek

pintu bilik dibuka, seorang jururawat perempuan menolak troli ubatan masuk ke dalam bilik. dia hanya menghadiahkan senyuman kelat kepada ' dia '.

" masa untuk makan ubat.. " katanya seulas bibir mengukir senyuman.

' dia ' mengangguk kepala , sudah tiba waktu untuk makan ubat. " cik.. bila saya nak keluar? " tanyanya.

" awak tak boleh keluar buat masa sekarang.. cuma tunggu masa awak sembuh sepenuhnya baru boleh discharge. " jelas jururawat mengisi air suam dalam gelas.

" tapi saya nak keluar sekarang!! " nada suara ' dia ' bertukar kasar memarahi jururawat. tangan jururawat mahu memberi ubat ditepis kasar sehingga ubat jatuh ke lantai.

" doktor!! doktor!! " panggil jururawat memohon pertolongan. pesakit mula bertindak agresif kembali. beberapa jururawat lain dan seorang doktor tergesa gesa masuk menuju arahnya memberi pertolongan.

kini tangan dan kaki ' dia ' diikat kemas di besi katil. tubuh badan tidak dapat bergerak lagi. dia hanya merintih kesedihan, dia bukan gila seperti yang disangka cuma dia sukakan cecair pekat merah berbau hanyir.

sirrrr..

langsir diselak luas, tingkap jendela dikuak membuatkan cahaya menerjah masuk mengena muka ' dia ' . badannya bergerak gerak menandakan sudah tersedar dari mimpi ngeri sebelum membuka mata.

" awak dah bangun? " suara garau menusuk gengendang telinga. matanya membelingas ke kanan ke kiri. susun atur perabot berbeza dari biasa dan teratur berbanding sebelumnya " sudah tiba waktu makan. " dia mengalih pandangan arah jururawat lelaki dihadapannya. wajah jururawat itu tidak jelas akibat cahaya dari luar jendela.

" saya tak nampak awak.. " katanya menghalang wajah guna tangan daripada sinaran matahari.

jururawat itu tampil kehadapan sambil membawa sebekas makanan kepada pesakit. " nah makanan untuk awak.. " ujar jururawat sambil senyum.tag nama siap dijahit pada baju ' HEYKARL ' dia ditugaskan untuk menjaga pesakit mental ini.

" aku nak balik.. " rayu ' dia ' , menolak selimut yang membalut tubuh cuba bangun tetapi sia sia badannya terlalu lemah untuk bergerak. ubat yang disuntik memberi kesan . Heykarl mengeleng kepala membetulkan selimut. " awak tak boleh balik lagi.. " lembut percakapan Heykarl.

" tak! aku tetap nak balik!! " bentaknya. Heykarl tidak menjawab, dia sudah menjangka pesakit ini bakal bersikap agrefis bila bila masa sahaja. separuh hatinya bimbang pesakit akan larikan diri.

***

Langit sudah bertukar hitam menandakan waktu malam sudah menjelma, afnan terpaksa menahan mengantuk mencari bukti kukuh. ' dia ' adalah pembunuh abang kandung Heykarl. Dia perlu mencari pembunuh itu.Dendam berada dalam hati masih belum dilunaskan, nyawa dibalas nyawa, darah dihitung darah.

Bibir diukir senyum subing, sudah genap dua tahun dia memegang gelaran detektif. dia lebih gemar menguruskan kes berat dirumah berbanding di pejabat. Peluang sebagai detektif amat bermakna buat anak muda tersebut.

Dia berhenti mencoret sesuatu pada kertas, pandangan dilempar jauh luar jendela. Dia bingkas berdiri manakala tangannya mengenggam kemas cawan kaca berisi air kopi yang masih panas." semua ni takkan terjadi kalau kau tak ada dekat situ. " Muka afnan berubah bengis. Sebaik sahaja dia menjadi detektif yang terkenal terus dia mencari wajah terlepas dari hukuman gara gara suspek disyaki masalah mental.

Kini dia hanya perlu bertindak menghapuskan manusia tidak berhati perut itu dari muka bumi ini. " Kau tunggu,aku akan tangkap kau " katanya dengan penuh perasaan dendam yang dipendam dalam hati semakin membuak. Air dalam cawan ditenguk membasahi tekak kering.

To be countinue..

𝙋𝙎𝙔𝘾𝙃𝙊 𝙒𝙄𝙁𝙀Where stories live. Discover now