【14】

100 17 2
                                    

" JANGAN BERGERAK!! " bentak Alfiyan sebaik sahaja afnan menendang pintu bilik dan mereka menyerbu masuk diikuti rakan sekerja lain. Erina mendengus marah, namun senyuman terukir di bibirnya. Alfiyan mula rasa sangsi. Pistol di tangan masing masing diacu padanya.

" gari dia. " rakan setugasnya mengangguk kepala mengeluarkan sepasang gari manakala pistol ditangan Alfiyan tepat dihalakan kearah Erina.

" Last word? " bisik Erina dengan wajah serius berslang mat saleh . Zureen tersentak , wanita itu masih berani cuba membunuhnya walaupun dia bakal ditangkap. pisau digenggam kemas Erina makin dekat dengan dileher

"You idiot! Erina..Urgh.. " pisau terus terbenam ke perut dari belakang ditikam oleh Erina. Perlahan badan lemah mula rebah ke lantai dengan darahnya tumpah membuak. tatkala itu beberapa anggota polis melepaskan das tembakan mengenai pada tangan kanan Erina.

Erina senyum sinis dia berjaya membalas dendam. Pisau yang menikam Zureen jatuh entah kemana. " bawa dia!! " arahan tegas daripada Alfiyan. Pistol diselit dipinggang. Dia mula menghampiri Zureen yang sedang mengerang kesakitan dan berlumuran darah. Manakala anggota polis lain yang turut disertai afnan mengeledah rumah.

" mana ambulans? Dia perlu bantuan! " Alfiyan meminta bantuan daripada anggota polis lain. Tubuh kecil Zureen diangkat dan dibawa keluar ke van ambulans.

" Selam..atkan.. Reqza " kata Zureen tersekat sekat sebelum matanya terpejam rapat. Alfiyan memeriksa nadi dileher namun tiada denyutan. Jari telunjuk diletakan pada hidung tiada hembusan.

Tidak lama kemudian afnan datang bersama baju berlumuran darah, dia sedikit tergaman tidak terkata melihat Zureen. Jantungnya berdegup kencang, peluh berjejeran turun dari kepala membasahi wajahnya. Dia benar benar terkejut apatah lagi Hayriell juga ditemui mati.

***

one week later

Surat pemberian afnan terus dikeyuk dan dilontar masuk ke dalam tong sampah kecil di sudut bilik. " apa semua ni? " reaksinya sudah tidak mampu dikawal.

" saya nak berhenti kerja.. " jawab afnan seperti tiada langsung rasa kesal terbit dalam hati.

" saya takkan benarkan kamu berhenti " tegas lelaki berkumis berkaca mata dihadapannya berpakaian seragam lengkap.

" Tuan tidak mampu halang saya. " kata afnan, mukanya tampak cengkung bergitu juga mata lebam kekurangan tidur.

" Tapi kenapa? Kamu ada potesi bagus dalam bidang ini. " jelas ketua pengawai polis xiumin mencungkil rahsia afnan.

" diorang selalu akan hadir dalam mimpi saya. Mungkin saya sudah gila. " jawab afnan. Bibirnya kering mula merekah.

skip//

Buku dan segala baranganya disimpan di dalam kotak. Gambar dia bersama Min Heykarl didalam frame atas meja ditatap seketika.Kemudian dia menghembus nafas berat. terus dimasukkan frame itu dalam kotak. Pandangannya beralih pemandangan ke luar dinding cermin.

Dinding cermin yang memisahkan antara pejabat dan dunia luar. Matanya meneliti setiap bangunan megah siap dibina.

" aku akan rindukan semua ini. " katanya. Sedang dia sedang mengemas barang pandangannya terpempan pada sepasang merpati sejoli diseberang jalan sibuk .

"macam kenal. " untuk kepastian dia terus berlari keluar mengekori pasangan tersebut.

" Hayriell! " panggilnya nafasnya tercungap cungap penat berlari turun tangga. Dia memerhati seorang wanita seiras Zureen disebelah Hayriell. Sebatang jalan yang sibuk kereta lalu lalang memisahkan mereka. Beberapa kali dia menekan butang lampu isyarat ingin melintas jalan. hasratnya mahu mendekati mereka masih belum tercapai.

" Hayriell! Zureen! " laungnya berharap mereka menoleh walaupun sekali. Namun gagal, sesekali dia melihat mereka bergurau senda dan berpegangan tangan mahu memasuki sebuah kedai.Mereka tidak langsung menyedari kehadiran afnan. Tanpa menunggu lama, terus kaki digerak berlari kearah mereka. Takut mereka hilang daripada pandangannya.

Pooooooonn !!!

sebuah kereta laju meluru kearahnya, afnan menoleh ke arah bunyi hon menjerit kuat memberi amaran. Kaki afnan kaku tidak bergerak, melihat kereta semakin hampir. semuanya sudah terlambat. terasa tubuhnya melayang ke udara dan dihentak kuat lalu jatuh ke jalan. tubuh lelaki itu terbujur kaku bermandikan darah. Percikan darah terdapat di mana-mana menguasai jalan raya.

Kereta yang melanggar afnan berhenti seketika lalu pemandu kenderaan tersebut lekas turun memeriksa keadaan afnan " habislah aku. " katanya setelah melihat afnan berlumuran darah kemudian dia memecut laju meninggalkan tempat kejadian.

Orang ramai mula mengeruminya tempat kejadian dengan penuh tanda tanya. masing masing menyoal bagaimana kejadian ini boleh berlaku ada juga cuba menelefon ambulans. kini sudah tiba masa dia menyusul Heykarl seperti nota yang dicatat sendiri.

" Heykarl. " sebutnya tanpa suara enggan keluar malah menyebabkan darah berhamburan keluar daripada mulut. Seulas bibirnya mengukir senyuman, pandangan menjadi kelam dan matanya tertutup rapat.

Gelap dan senyap, dia di dunia baru.begitu asing baginya.

***

*Pusat anak-anak yatim

" Ada budak baru ke masuk sini, Mak Cik Farida? " tanya budak perempuan itu menarik-narik baju Eun-Jung.

" Haah dia baru masuk pagi tadi. Kedua-dua ibu bapa dia meninggal. " jelas Mak Cik Farida mendodoi bayi didukunganya.

" Apa nama dia? "

" Reqza."


THE END


































[ Wait How about Alive? ]

𝙋𝙎𝙔𝘾𝙃𝙊 𝙒𝙄𝙁𝙀Where stories live. Discover now