【9】

139 21 2
                                    

setelah berbual kosong dengan pesakit mental,  Heykarl mengambil keputusan untuk mengunci kembali pintu. keadaan pesakit semakin stabil berbanding sebelumnya. dia bernafas dengan lega , mengusir rasa risau menjadi tetamu dalam hati.

" tunggu" belum sempat pintu ditutup rapat, suara pesakit itu menghentikan perbuatannya.

" ye? " dia mengunci pintu dari dalam, anak kunci disimpan elok dalam poket kanan baju.

"kau tolong call number ni. " pinta 'dia' menghulurkan cebisan kertas koyak kepada  Heykarl. mereka berpandangan satu sama lain seketika . Matanya lebam kurang tidur yang cukup, dan pesakit itu segera mengalihkan pandangan ke arah lain, wajahnya sedikit pucat tidak bermaya sambil merenung siling di atas katil.

mula timbul rasa simpati kepada 'dia' yang terbaring lemah di katil itu. " tapi.. "  Heykarl teragak agak menerima cebisan kertas itu.

ztttzzz.. zzztttzz..

'dia' segera menekup telinga, bunyi pelik kuat seperti menghentak dalam telinga. " kau okey?? "  Heykarl menghampiri pesakit itu ingin membantunya.

" STOP! " halang pesakit itu. bebola matanya terjegil , wajahnya terpapar raut tidak senang.

" aku nak bantu kau lah.. "  Heykarl tetap berkeras mahu menolong pesakitnya tambahan dia dalam keadaan tenat.

" tak kau tak paham! " pesakit menolak kasar  Heykarl sehingga jatuh terjelepok ke lantai. habis sengal seluruh badan, dia perlahan lahan bangkit semula.

" aku nak darah.. " bisikan halus bergema pada telinga memberi arahan. 'dia' memandang  Heykarl yang berusaha bangun kembali. mukanya sangat mengerunkan, tanpa diduga dia mencapai gunting dalam poket  Heykarl.

" argh!!! " dia berteriak kuat sehingga tekaknya terasa perit. manakala jantung  Heykarl bagai mahu sahaja gugur jatuh, bulu roma meremang sampai ke ubun-ubun kepala. kedudukan dia hanya 3 tapak kaki tepat hadapan  Heykarl.

perasaan takut merusuh dalam hati jururawat lelaki . Heykarl gelabah tidak tentu , semua kelakuannya tidak kena. sesekali dia berasa mahu pitam,akibat terlampau gementar. dalam masa sama, pintu bilik diketuk bertalu talu sambil kedengaran suara jururawat lain memanggil nama  Heykarl.

" jangan!! "  Heykarl memberi amaran tegas dia berusaha bangun tapi lututnya lembik untuk berdiri semula.

amaran  Heykarl tidak memberi perubahan kepada 'dia' jari pesakit tersebut sudah terputus dua. sebahagian jari jatuh di tepi peha  Heykarl terus buang jauh jauh. darah merah pekat terus menitis laju jatuh ke lantai, baju pesakit bernama 'dia' juga cemar dibasahi darah.

" darah.. " katanya menghisap darah keluar dari jari terputus dengan rakus seperti budak kecil kehausan air tetapi kali ini darah bukan air.  Heykarl tercungap cuncap, nafas terasa pendek sekali. mulut  Heykarl sedikit ternganga tergamam.

'dia' mula berhenti menghisap darah, " kau.. " bau mulut berbau busuk sangat memualkan isi perut , Senyumannya menyeringai kepada suga sebelum diangkatnya tinggi gunting dalam genggamannya dan, membelah udara ke arah  Heykarl

" lakhanat! "  Heykarl menendang 'dia' jatuh terlanggar kabinet manakala gunting tercampak jauh darinya . dia dapat merasakan nyawa akan terancam jika dibiarkan lelaki itu memegang objek tajam. 'dia' tidak bergerak.Mungkin dia sudah pengsan .

Heykarl mengambil peluang menyelamatkan diri,mengeletar jarinya mahu membuka pintu. dia tidak dapat mengawal tubuhnya yang kini menggeletar ketakutan.akhirnya pintu dibuka, beberapa jurarawat yang setia ada di depan pintu masuk memapah  Heykarl bangun dikerusi manakala 'dia' diangkat atas katil segera diberi rawatan kecemasan.

𝙋𝙎𝙔𝘾𝙃𝙊 𝙒𝙄𝙁𝙀Where stories live. Discover now