【15】+alive

102 20 2
                                    

Alive

Hayriell kalut. afnan berlari sepantas mungkin menahan Hayriell. pisau yang hampir menusuk perut lelaki itu lekas ditempis kasar oleh afnan terjatuh berhampiran dinding . dia termengah mengah menyedut oksigen kepenatan selepas melepas keluhan .

" dah gila ke? jangan buat kerja bodoh lah! " resah afnan selepas melihat tindakan gila Hayriell membunuh diri.

" aku cuma nak selamatkan keluarga aku " bentak Hayriell mahu mencapai pisau kembali.

"Don't hear to the evil things!"

"Let them out of your mind,bro!"

Bertalu-talu Afnan menyedarkan Hayriell dari terpengaruh. "jangan percayakan bini setan kau tu! boleh tak bezakan mana baik dan jahat?! " geram afnan jika Hayriell masih berkeras kepala, memang tempah pertumbuk lah kira.pisau yang hampir dicapai Hayriell terus dirampas dan dilempar keluar tingkap bilik. dia pula tidak membazir masa memapah Hayriell keluar dari situ sambil memekak telinga membawa Hayriell ke ruang tamu.

"Lepaslah.Kenapa kau bawa aku kat sini?"Tangan di bahu Hayriell ditepis kasar.Mujur tangan yang ditepis Hayriell tidak membuatkan Afnan tersungkur.

"Aku dah selamatkan kau dari mati macam tu je.Kau fikir anak dan isteri kau selamat dengan kau bunuh diri?"Afnan gigit bibir menahan sabar.Hayriell di sofa mendengus marah.

"Dah,kita kena pergi dari sini sekarang."Afnan masih menarik tangan Hayriell mengajak keluar dari rumah agam itu.

"isteri dan anak aku masih dekat sini.Aku kena selamatkan diaorang!! "Hayriell merenung tajam. Percakapannya agak kasar melafazkan kata-kata dengan nada suara yang tinggi.

"Tak.Kau tak tahu yang aku.."Belum sempat Afnan menyambug ayat,Hayriell memotong,"Tahu apa?Kau apa?"Hayriell terus mendesak Afnan.Dia mengeluh sambil menggelengkan kepala.

"Aku terjumpa..."

***

Lampu kereta malap milik afnan menyuluh jalan yang gelap.Wiper bergerak ke kiri dan ke kanan menyapu dengan laju rintik hujan lebat yang turun .Matahari tidak menampakkan diri lagi.Awan yang tebal menghalang cahaya bulan menerangi malam. Hayriell sedang duduk disebelah pemandu membisu.mulutnya tidak mengeluarkan suara walaupun sepatah perkataan.

" Jangan mudah percaya dengan syaitan tu boleh tak? " tiba tiba afnan bersuara,Sesekali dia menguap sambil sebelah tangannya memegang stereng kereta.

" mengarut lah kau ini. " Hayriell mengusut rambut yang kusut masai sudah berapa lama terkurung di rumah itu,terasa letih terpacar di anak matanya. pandangan jauh terbang mengamati kawasan luar tingkap dalam kereta yang dipandu laju afnan.

" Daripada kau termenung baik kau tolong cari alamat ini. " pinta afnan menghulurkan sekeping kertas memo yang renyuk yang dijumpai di dalam kotak kepada Hayriell.

[Hospital Perdana]

"Nilah benda yang kau terjumpa tu?"Soalan dibiarkan tidak dijawab.telefon pintar afnan dicapai di atas dashbaord sebelum Hayriell membuka apilikasi google map. dengan itu mereka akan lebih cepat sampai ke dentinasi. " telefon kau nak habis bateri." anak matanya tertumpu ke arah simbol bateri yang berwarna merah.

Skip//

stereng kereta dipusing ke arah dan kereta pelahan membelok masuk ke simpang menuju ke dentinasi. selang beberapa minit roda tayar berhenti bergerak, enjen dihentikan. kini mereka sudah sampai bangunan hospital lama yang sudah lama tidak digunakan.

" ini ke hospital tu? " gumam afnan bersuara agak pelahan. Seolah olah bercakap sendiri kemudian dia berpaling arah Hayriell sudah siap sedia memegang lampu suluh. Amboi cepat gila bersiap. Angin mula berarak menyelimut langit menjadikan sesuasana suram dan mendung.Hujan lebat tadi kembali surut dan berhenti.

" mungkin? lets check it out " enjin dimatikan, anak kunci kereta ditarik dari leher stereng kereta. pintu kereta dibuka oleh Hayriell disusuli afnan yang turut keluar hanya membawa sebatang kayu pengunci streng kereta kemudian mengunci kereta dengan punat alat kawalan jauh.

Mereka masuk melalui pintu pagar besi utama hospital itu yang terkuak lebar.Bunyi pagar tua berdecit ditiup angin cukup menaikkan bulu roma mereka ditambahkan lagi dengan suasana gelap dan bunyi cengkerik. Sesekali burung hantu bernyanyi.Besi tua yang menjadi bahan pembuat pagar itu sudah berkarat dan rapuh.Hospital seperti sudah lama ditinggalkan.Mereka meneguk air liur dengan laju menahan seram.Mereka berdua dapat melihat cat bangunan itu sudah pudar dan retak.Manakala tumbuhan menjalar dan lumut melekat pada dinding bangunan.

***
[SomeOne pov]

Kedua-dua tanganku diikat dan diseret.Badanku diseret di atas tanah oleh seseorang. .Darah melumuri tubuhku dan melekat pada rumput meninggalkan kesan.Diriku semakin jauh diseret ke dalam hutan yang mempunyai pokok-pokok yang menyeramkan.Aku tidak mampu berbuat apa-apa setelah badanku terlalu lemah sehingga ditelan kegelapan hutan.

Aku terasa kulit badanku pedih.Urat-urat di wajah timbul berselirat.Menahan sakit yang teramat.badanku menggigil akibat hembusan angin sejuk menyerangku menusuk hingga ke tulang.Kabus yang tebal menghalang pandanganku.

Setitis air membasahi lukaku.Lama kelamaan air yang turun dari langit semakin lebat.Dentuman guruh dan panahan kilat sambung menyambung di langit menerangi bahagian hutan yang gelap dan seakan-akan menyertai tentera hujan yang turun. " What are you doing? Let me go " pintaku. Memeritkan lagi kesakitan kulitku yang pedih.Badanku habis dikotori oleh lumpur tiada jawapan dari Erina, wajahnya turut dilindung baju hoodie. Sesekali wajahku tersembam di tanah ketika diseret menyebabkan wajahku pedih.Akhirnya aku memejam mata tidak menyedarkan diri semula.






[ ♢ TO BE  COUNTINUE ♢ ]




vote and comment?

𝙋𝙎𝙔𝘾𝙃𝙊 𝙒𝙄𝙁𝙀Where stories live. Discover now