【20】

100 8 0
                                    

Hayriell semakin mempercepatkan larian apabila mendapati dia masih dikejar. dia memilih laluan hutan untuk meloloskan diri " Aduh! " automatik dia terpekik. kakinya terpijak duri didalam semak kerana selipar disarung pada kaki tercampak entah kemana.dia tidak akan menyerah kalah terhadap benda remeh itu. digagahkan untuk berdiri meneruskan larian. Peluangnya semakin cerah apabila lihat satu jalan raya hanya beberapa meter sahaja. Kedengaran orang memanggil namanya semakin hampir.

" aku kena lari! " Terus dia berlari dengan kaki yang mengalir darah daripada kesan tusukan duri. Dia terus ke simpang jalan berharap agar ada orang menolongnya.Jalan raya sunyi lengang.Sesekali sebuah kereta melalui jalan itu tetapi tidak langsung berhenti apabila Hayriell melambai-lambai tangan supaya dapat ditumpangkan.

Brek tangan diangkat supaya kereta berhenti.Seorang lelaki yang agak berumur memberhentikan keretanya dibahu jalan. "Kenapa encik?"Lelaki itu menegur Hayriellyeo yang duduk mencangkung di bahu jalan akibat penat menahan beberapa kereta tetapi gagal.

"Saya tersesat dalam hutan."dalih Hayriell. Tanpa banyak soal,lelaki itu membawa Hayriell memasuki keretanya.

"Terima kasih." Ucap Hayriell duduk menunduk tidak menunjukkan wajahnya.Pintu kereta ditutup oleh lelaki tadi.Lelaki itu kemudian memasuki seat memandu dan pedal minyak ditekan secara sederhana supaya kadar kelajuan kereta dapat dikawal.

"Encik dari mana?"

"Boleh encik hantarkan saya ke alamat ni?"Tanpa menjawab soalan,Hayriell menuliskan alamat rumahnya yang masih tersemat di minda pada sehelai kertas kosong yang kebetulan ada di atas seat bersebelahannya.

"Baiklah,tiada masalah.Kebetulan saya nak lalu jalan ni juga."Lelaki tua itu terus membetulkan posisi duduknya dan menekan pedal minyak dengan lebih kuat.Tingkap kereta sengaja dibuka supaya angin segar dari luar dapat menyusup masuk.Sambil memandu, kepalanya menyenget ke kanan dipangku telapak tangan. Sikunya bersandar di tebing tingkap kereta membiarkan angin sejuk menerpa wajahnya.

Jari-jemari lelaki itu menekan punat on pada butang radio. Bunyi muzik melalui corong radio membuatkan suasana di dalam kereta itu tidaklah terlalu sunyi.Namun,muzik yang dipasang sepi seperti angin lalu.Muzik itu tidak disendahkan sesiapa.Lelaki yang khusyuk memandu menukarkan siaran radio yang semakin hambar.

" Berita terkini seorang lelaki dipercayai berjaya melarikan diri daripada sebuah hospital pagi tadi. Berpakaian baju hospital, rambut pendek berwarna perang. Sesiapa yang menjumpai atau terlihat sila laporkan pada pihak polis segera. "

Siaran berita dari radio itu menerjah benak lelaki itu.Bebola matanya mengintai Hayriell melalui cermin pandang belakang.Dia menyedari sesuatu.Air liur ditelan beberapa kali memikirkan kepastian.Hayriell mengangkat muka.Bebola matanya merenung tajam cermin pandang belakang.Apabila lelaki itu menyedari perbuatan Hayriell,dia terus mengalihkan pandangannya ke hadapan.Lelaki itu berlagak biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kereta dipelahankan untuk membelok ke jalan utama, singal anak panah warna kuning digunakan bagi membuat pusingan U. Mungkin saja lelaki yang baru dia mengajak tumpang ini adalah pesakit yang melarikan diri daripada hospital jiwa itu. " Kau nak pergi mana? " Satu suara garau milik Hayriell. Membulat mata lelaki itu apabila senjata tajam diletakkan pada lehernya bagi mengancam mangsa.

" saya mahu menghantar kamu pulang. " laju ayat itu keluar dari mulut pemandu itu. Hayriell senyap, hatinya mula sakit seperti lelaki itu mahu mempersendakan keadaannya sekarang. Pisau dileher semakin ditekan menimbulkan kesan garisan merah.

" jalan depan! " kata Hayriell kelihatan sedikit muram. Mujur cermin kereta ditumpangnya berwarna gelap. Orang awam tidak dapat melihat perbuatan dan mengecam raut wajahnya. Dia sudah penat dikerja polis dan pihak hospital.

" nak pergi mana? "

" Jalan jela! " Arah Hayriell bersikap tegas. Lelaki berumur itu akur dan tidak jadi membelok kereta ke jalan utama. Setibanya kenderaan mereka sampai ke perkarangan Rumah agam tersebut. Terus Hayriell keluar dan membuka pintu kereta Pemandu. Tubuh lelaki berumur itu ditarik keluar, niatnya mahu memaki hamun lelaki itu.

" Kau jangan hina orang sakit macam aku ni ! " kata Hayriell menghayun pisau itu kearah biji mata. " arh " panik lelaki itu mahu mengelak daripada ditikam. Ketika itu satu tikaman berjaya menusuk ke dalam matanya. Meronta ronta dia menjerit keperitan. Darah keluar mendadak tanpa henti. Baju yang dipakai separuh bertukar warna kemerahan darah. Tubuh Hayriell ditolak ke belakang mendorong lelaki itu terundur beberapa langkah.

Baru beberapa langkah dia melarikan diri, satu tumbukan melayang deras mengena kepalanya membuatkan lelaki itu jatuh tersungkur menghempap batu besar. Baru sahaja tanganya memegang kepala lelaki itu tujuan mahu memukul lagi, dia cepat cepat melepaskan kepala itu apabila jari jemarinya terdapat kesan berdarah. Bebola matanya merenung tubuh lelaki berumur tersebut tidak lagi bergerak. Jelas dia lihat darah pekat mengalir daripada celahan rambut urban. Kelopak matanya terbelalak,mulutnya juga ternganga.

" terima kasih sekali lagi sebab jadikan aku pembunuh kau " kata Hayriell mengesat darah milik lelaki itu dengan baju dipakainya. Tubuh sedikit gempal diheret masuk ke dalam Rumah Agam

***

Kelihatan seorang lelaki bersandar pada dinding dan berpakaian hospital duduk memeluk kedua dua lutut sambil mulutnya berbicara " aku tak gila.. diorang gila.. aku gila.. aku bukan pembunuh.. pembunuh.. gila!! "

"Kau pembunuh Hayriell.. kau bunuh diorang haha.Kau tiada hati perut " satu suara lembut menyapanya pantas telinganya ditutup tidak mahu didengari.

" Diam!! " marah Hayriell. Sudah beberapa hari dia tidak tidur lena akibat masih terbayang orang yang dibunuh olehnya seperti hidup kembali menuntut dendam dalam mimpi ngeri

" tapi buat apa aku perlu ada hati perut? sedangkan keluarga aku.. habis dibunuh. " kata Hayriell tanpa menyesali perbuatannya. Tanpa disedari, setitis air mata jatuh mengalir ke pipi. Gila itu adalah sifat dirinya. Perasaan sedih dan kesal dipendam jauh disudut hati.

" Hayriell. "

Segera dia mengangkat muka memandang seorang anggota polis wajah serius sebelah pintu dibuka olehnya.

" detektif Afnan mahu berjumpa. "





[ ♢ To be countinue  ♢ ]


Vote and comment

𝙋𝙎𝙔𝘾𝙃𝙊 𝙒𝙄𝙁𝙀Where stories live. Discover now