penerangan cerita.

142 13 0
                                    

Assalamualaikum semua, part ini akan menjadi penerangan buat korang yang macam pening or tak paham sewaktu dalam cerita pyscho wife.

Psiko : seseorang yang mengalami gangguan mental kronik dengan tingkah laku sosial yang tidak normal atau ganas.

Sememangnya seorang psiko tidak sedar bahawa dirinya psiko dan gila. Melakukan apa-apa sahaja tanpa sedar. Hayriell seorang psiko yang mempunyai dua orang isteri dan sepasang anak kembar.

Seluruh ahli keluarganya meninggal dibunuh dengan kejam oleh Hayriell tanpa sedar. Anggota polis menemui mayat ahli keluarganya di rumah Hayriell sendiri. Didapati dia tertidur disebelah mayat isterinya dengan tangan menggenggam pisau berdarah. Dia ditahan di wad gila.

Hayriell akibat tidak tahan berada di hospital, dia nekad melarikan diri. Dia mahukan kebebasan. Sebelum dia berjaya keluar dari hospital, dia membunuh seorang jururawat lelaki yang bernama Heykarl kerana jururawat itu menghalang dirinya melarikan diri.

Dia lari bersembunyi di rumahnya sendiri tanpa pengetahuan orang. Sudah ramai orang cuba memasuki rumahnya untuk mencari Hayriell. Tetapi setelah itu hilang jejak.Orang ramai mengaggap rumah itu berhantu. Hakikatnya orang yang mati ke rumah Hayriell itu dibunuh oleh dia sendiri.

Afnan, selaku detektif berani mengeledah rumah tersebut. Dia menceburi alam detektif setelah pemergian abangnya, Heykarl. Hayriell banyak berhalusinasi di dalam rumah itu. Bermacam-macam terjadi pada dirinya.

Dia tidak sedar bahawa dia telah bunuh semua ahli keluarganya. Dia berhalusinasi Erina, isteri pertamanya berdendam kerana dia menduakan Erina. Halusinasi aneh Erina menghantui dirinya di rumah. Seperti bab anda baca part 1.

[#] Idea ini dari buah fikiran jika ada sama kejadian yang ada pernah baca dalam ff lain. Mungkin itu hanya kebetulan sahaja.

Terima kasih atas sokongan readers^^

𝙋𝙎𝙔𝘾𝙃𝙊 𝙒𝙄𝙁𝙀Where stories live. Discover now