【17】

85 11 0
                                    

"Jadi sekarang kita kena cari Hayriell."Zureen menarik tangan Afnan keluar dari bilik mayat namun tiba-tiba badannya lemah.Dia hampir pengsan. Berkerut kerut dahinya menahan rasa sakit dari paha berasa mencucuk cucuk. "Maaf" kata Zureen pelahan, cuba menahan sakit. Mujur ketika itu Afnan sempat menyambut Zureen yang hampir jatuh dan memaksa Zureen duduk kembali di kerusi.

"Biar saya yang cari Hayriell.Kaki awak luka.Lagipun awak tak larat.Ingat jangan pergi mana-mana"Zureen cuba bangun kembali tapi ada suara yang menghalangnya siapa lagi kalau bukan Afnan melarang Zureen ikut serta mencari Hayriell. Zureen menyabar hati gelisah tidak tentu arah.

Bang!

Tiba-tiba, satu tembakan ke udara kedengaran mengejutkan mereka berdua.Zureen cuba bangun terus Afnan menahan Zureen dan meninggalkan perempuan itu dalam keadaan terpinga-pinga. Pantas Afnan mendaki tangga.Dia naik ke tingkat atas sekali iaitu rooftop.Mungkin disitu Hayriell berada.Tembakan yang dilepaskan ke udara seperti memberi klu dimana keberadaan Hayriell.

***

"Hayriell! " satu teriakan dari belakang melaung namanya. Hayriell menoleh. Dia dan afnan berpandangan. Terus afnan yang baru sahaja sampai di rooftop berlari mendapatkan Hayriell. Baru sahaja pistol diselit di belakang pinggang diraih afnan namun dihalang oleh Hayriell.

" Reqza ada dengan dia. " kata Hayriell nada rendah takut didengari Erina. Riak wajah kosong Afnan ditayangkan kepada Hayriell.

" kau tinggalkan aku. " kata lagi Hayriell tanpa menoleh ke arah afnan membuatkan mata kawannya membeliakkan biji mata terkejut dan merenung tajam Hayriell.

" Kau dah gila ke?! "Kata kesat dikeluarkan afnan seakan akan protes. Anak mata mereka saling bertentang menikam satu sama lain. Kedua dua enggan mengalah.

" kau kena paham, kau selamatkan Zureen dulu nanti pandai pandai la aku keluar dengan Reqza. " Hayriell menekan kata kata agak menyanggah percakapan afnan sebentar tadi. Afnan diam,riak wajahnya turut berubah. " kalau Zureen tak nak tinggalkan tempat ni? " tanya Afnan.

" kata aku dah mati! " kata Hayriell menyentak afnan. Kedua dua tapak tangan dikepal erat gaya menahan kemarahan. dia mengetap bibir kini dia sudah buntu. Kolar baju Hayriell ditarik tinggi " janji dengan aku kau kena selamat! " Hayriell tidak menjawab hanya renungan tajam menjadi balasan. Akhirnya afnan mengalah, mengundur langkah ke belakang sebelum meninggalkan Hayriell bersama Erina dan Reqza.

***

Afnan turun tangga dengan laju.Hampir jatuh dibuatnya. Bergegas menapak ke Bilik mayat dituju mencari gadis yang ditemuinya."Zureen.kita kena pergi dulu."Zureen tersentak dan tangannya tiba tiba ditarik oleh Afnan.

"saya tak akan tinggalkan Hayriell dan Reqza."Zureen kembali duduk. Mahu menunggu suaminya pulang bersama mereka.

"Hayriell suruh kita pergi dulu." Helah Afnan supaya dapat membawa Zureen ke kereta. Setibanya mereka di kereta pantas punat alat kawalan jauh ditekan dan tubuh Zureen ditolak masuk ke dalam kereta membuatkan gadis itu menjadi bengang . Tangan Afnan yang ingin memegang stereng di tolak kasar olehnya.

"Mana Hayriell?Kenapa awak tinggalkan dia?! " bentak Zureen Baru dia perasan dirinya telah ditipu hidup hidup. Timbul rasa kesal dihatinya mempercayai afnan.

"Saya terpaksa." Jelas Afnan menenangkan Zureen dengan nada masih berlembut agar gadis itu tidak lagi memberontak.

"Awak pentingkan diri!"Ucap Zureen sambil memukul-mukul badan Afnan.Air mata bertakung pada kelopak mata Zureen. Kebencian pada lelaki itu jelas terpacar dari raut wajah Zureen

"Hayriell dah mati awak faham tak!"Dia terpaksa menipu bagi mendiamkan perempuan itu.Afnan menekan pedal minyak.Kereta dipandu agak laju membelah kesunyian malam yang pekat.Zureen tergamam dan tersentak.Air mata Zureen akhirnya gugur dan mengalir laju di pipi sambil dia menatap butiran air hujan yang mengalir pada kaca tingkap.Hatinya bagai ditusuk sembilu.Hujan renyai-renyai seakan mengerti perasaanya kini.Masing-masing diam tidak berbicara melayan perasaan sendiri.

***

Hayriell mula mendekati Erina tetapi digugut untuk menembak Reqza jika Hayriell terus melangkah. " Stay away from me!! " Erina mengacu pistol ke arah Hayriell supaya mengundur ke belakang.

" jangan macam tu, Awak tak kesian ke tengok Reqza tu? " pujuk Hayriell tidak jemu jemu seperti memujuk anak kecil. Pantas Erina mengeleng kepala, dia mendengus kasar. Dia sudah berada dihujung bangunan yang berbelas tingkap.

" I say what?! Or this kids die. "Jerkah Erina mula berasa betul bengang dengan sikap Hayriell.

" why are you doing this? "

Erina senyum sinis, dia memandang Hayriell dengan riak wajah penuh dendam. "Are you doing joke now? katanya terhenti disitu. Dia gelak sinis.

" this because of you! Fuck*ing bitch. This is how you treat me and now I am going to give you the same how you treat me too. This kids will die. So lets goodbye to your daughter bitch!! " kata Erina, memori ketika Hayriell meninggal dirinya dihospital mental keseorang dan berkhawin dengan Zureen cukup menyakitkan hati bermain difikiran.

Hayriell sentap. Mulutnya terkunci bergitu juga lidahnya kelu mahu berdebat lagi.

Pada masa yang sama, bayi yang didalam dukungannya menangis, kemudian dia segera menepuk anak kecil dalam dukungan itu dengan pelahan. Gadis itu kelihatan gusar mendodoi Reqza dan memujuk agar segera berhenti merengek. Ini ialah kesempatan Hayriell menerkam Erina merebut Reqza kembali.

Hayriell mula berlari merebut Reqza dalam Dukungan, Akibat terkejut Erina tergelincir dan jatuh dari bangunan itu bersama Reqza. Secara tidak sengaja, picu pistol ditarik dan bang! melepaskan sedas tembakan mengena dada Hayriell. Hayriell tergaman, anak matanya terus membulat apabila melihat tompokan darah di baju.terketar ketar tangan menyentuh di atas dada mahu berhentikan aliran darah keluar kesan ditembak. Pelahan lahan tubuh badan Lelaki itu tidak dapat mengimbang diri

Tubuhnya terasa ringan dan lemah, jantung berdetak deras seakan berhenti seketika. DUM! bunyi sesuatu jatuh dari bangunan. Mereka mati bersama, angin dingin menghembus mengoyang goyangkan dahan kayu mengikut arahnya. Semua makhluk mula merasai kedingian itu.Titisan hujan mula turun dengan lebat dan membasahi darah pekat yang berlumuran milik 3 jasad.






[ ♢ TO BE COUNTINUE ♢ ]

vote and comment?

𝙋𝙎𝙔𝘾𝙃𝙊 𝙒𝙄𝙁𝙀Where stories live. Discover now