Bab 1

20.6K 872 10
                                    

CAWAN yang berisi air kopi dipandang sekilas. Aroma kopi dari Perancis mula menusuk masuk ke rongga hidungku. Disisip perlahan kopi itu apabila bibirku bertemu
dengan bibir cawan. Mataku sedikit terpejam saat menikmati rasa kopi itu.

“Macam mana rasanya?” ujar Qys yang sedang menantikan jawapan yang bakal keluar dari bibirku.

Pagi-pagi lagi Qys sudah membawaku datang ke kafe yang terkenal ini untuk merasai kopi dari Perancis itu. Mulanya aku menolak, tapi setelah dipujuk berkali-kali aku akhirnya
bersetuju. Itu pun sebab Qys yang mahu belanja memandangkan ini hari pertama untuk aku datang temuduga di salah sebuah syarikat yang terkenal di Kuala Lumpur.

Siapa sangka, sebaik sahaja aku graduate dan pulang dari Malaysia terus aku mendapat panggilan temuduga untuk bekerja di salah sebuah syarikat yang terkemuka di
Kuala Lumpur. Terus saja aku bersetuju untuk ditemuduga hari ini memandangkan syarikat tersebut mencari jawatan personal assistant. Mungkin ini yang dinamakan rezeki yang tak disangka sangka.

“Sedap! Tapi kau tak rasa mahal ke kopi ni?” ujarku sambil memandang Qys yang sedang enak menikmati makanan sarapan paginya itu.

“Pasal tu tak payah sebut la. Mana tahu nanti tup-tup kau diterima bekerja dekat syarikat tu, boleh belanja aku pula nanti. Bila dah dapat gaji, masa tu baru kau boleh sebut
semua kebaikan aku terhadap kau. Okay?”

“Ada-ada jelah kau ni!” ujarku sambil tergelak kecil.

“Aku nak fish n chips tau. Oh ya pizza papperoni sekali.” sempat lagi Qys
mengenyitkan matanya ke arahku. Aku hanya menggeleng kecil sambil tersenyum.

“Yalah Qys. Nanti aku dah dapat gaji, aku belanja kau okay?” ujarku kepada Qys sambil menghabiskan kopiku yang masih berbaki itu sambil menikmati suasana bandar Kuala
Lumpur yang sentiasa sibuk dengan bermacam-macam kenderaan. Sejujurnya suasana ini yang aku selalu rindukan semasa hampir agak lama berada di Australia sebelum ini. Bak kata orang dulu-dulu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

“Nayra, kau perasan tak lelaki tu asyik pandang-pandang kau je dari tadi?” tanya Qys sambil memuncungkan mulut ke arah seorang lelaki yang duduk tidak jauh daripada meja kami. Kelihatan lelaki berkulit sawo matang itu rancak berborak dengan rakannya lalu mata kami berdua bertembung pada saat itu. Sempat lagi lelaki itu melambai tangannya sambil melemparkan senyuman ke arahku.

Mukaku berubah kelat. Cepat-cepat aku memandang wajah Qys yang mula tersengih-sengih melihat tingkahku sebegitu.

See? Aku dah cakap kan? Nampak macam dia berminat je dengan kau, Nayra. Tak nak try?” tambah Qys lagi dengan wajah menyakatnya itu.

“Aku tak berminat la.” balasku sambil menyuap spaghetti carbonara masuk ke dalam mulutku. Sikit pun aku tidak menunjukkan minat untuk berbicara mengenai lelaki itu. Bagiku
itu semua tidak penting. Entahlah, aku tidak ada rasa teringin untuk bercinta atau mungkin aku patut tunggu masa yang sesuai?

“Sampai bila kau nak hidup macam ni? Kau patutnya dah kena ada teman lelaki tau. Sampai bila nak tutup pintu hati kau tu dari mana-mana lelaki yang duk tunggu kau dekat luar sana tu.”

“Cakap aku macamtu, bukan kau pun sama ke tak ada teman lelaki lagi?” balasku pula sambil menjongketkan kening ke arah Qys. Saja aku mahu mengenakannya pula.

Bidadari Arjuna | EbookNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ