Bab 8

11K 573 11
                                    

4 tahun yang lalu,

AKU bingkas bangun sambil menggalas beg sandang di bahu dan membawa beberapa fail di tanganku sambil menyusun langkah menuju ke loker untuk menyimpan segala barangku di situ.

Kelihatan kawasan universiti nampak sibuk dengan kehadiran pelajar yang menuntut di universiti ini. Boleh dikatakan juga universiti tempat aku belajar ini menjadi tumpuan student yang berminat untuk sambung belajar di Malaysia. Bukan mudah juga untuk dapat masuk universiti tempatan seperti ini. Bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila aku mendapat tawaran untuk sambung belajar di universiti yang terkenal ini.

Tanganku lincah membuka pintu loker lalu memasukkan barangku ke dalam loker tersebut sebelum menguncinya dengan cermat. Sempat juga aku mengambil diari milikku yang aku simpan di dalam loker lalu dimasukkan ke dalam beg galasku. Niatku mahu pulang rumah awal dan menyiapkan assignment yang perlu dihantar secepat mungkin.

Mataku menilik sekilas ke arah jam tangan yang berada di pergelangan tangan. Nasib juga kelas habis awal tengah hari. Kalau tak silap kelas Qys juga habis awal hari ini. Namun tak nampak pula tanda-tanda kelibat Qys sejak tadi.

"Nayra!"

Panjang umur! Baru disebut tentang gadis itu, sudah muncul pun di depan mata.

"Sorry! Aku lambat tadi. Bagi aku tarik nafas jap!" ujar Qys dengan penat lelahnya sambil jarinya sibuk membetulkan rambutnya dek berlari dengan laju tadi.

Aku hanya ketawa kecil. Tak apalah, ni pun aku baru nak tunggu kau.

"Jomlah balik. Ada banyak benda aku nak cerita dengan kau ni." Beritahu Qys sambil merangkul erat lengan Mia lalu kami berdua melangkah seiring di kawasan perkarangan universiti itu.

Tatkala aku terleka berbual dengan Qys, tiba-tiba aku mula merasakan pergelangan tanganku ditarik dengan kuat sehingga tubuhku terdorong ke belakang. Aku berpaling untuk melihat gerangan tersebut.

"Raisha," Desisku perlahan.

"Hey Nayra!" Sapa Raisha dengan nada yang agak sinis. Raisha melepaskan cengkaman kasarnya tadi sambil anak matanya tepat menikam ke dalam anak mataku.

Buat seketika aku terkedu dengan kemunculan Raisha. Untuk apa lagi Raisha mahu menganggu diriku kali ini? Tidak cukupkah lagi kata-kata hinaan yang pernah dia lemparkan kepadaku selama ini?

"Cepat sangat ni nak pergi mana? Tak perlu la tergesa-gesa." Kata Raisha seolah-olah mahu menghalang langkahku ketika ini. Sudah la aku mahu pulang awal tapi datang pula kucing parsi yang sering digelar oleh Qys ni. Aku hanya memandang sekilas wajah Raisha.

Inilah perempuan yang sering menjadi perhatian di kalangan pelajar lelaki di universiti ini. Tidak hairanlah kalau gadis seperti Raisha boleh memperlakukan gadis yang tidak punya apa-apa seperti aku supaya mengikut apa yang dia mahukan. Jelas sekali aku akan tewas jika nak dibandingkan dengan apa yang dimiliki oleh Raisha.

"Baik kau lepaskan kawan aku, Raisha! Apa benda yang kau tak puas hati lagi? Tak cukup lagi kau dah hina Nayra tempoh hari kali ni kau nak buat apa pula?" Sindir Qys seraya menarik lenganku supaya menjauhi Raisha yang jelas sekali menunjukkan lakaran riak ketidakpuasan hatinya terhadapku.

Aku pula hanya mampu mendiamkan diri. Bibirku seakan terkunci tanpa suara. Entah kenapa aku jadi kaku di situ tanpa mempertahankan diri di tengah-tengah situasi yang genting itu.

"Kalau aku tak nak kau nak buat apa dekat aku? Lagipun Kau tak payah nak back up kawan kau yang lembap ni. Dia langsung tiada tandingan dengan kita orang tau."

"Kau pun satu Qys, yang kau berkawan dengan budak miskin yang langsung tak ada apa ni buat apa? Come on la! Buka minda kau tu sikit!" Celah Suzy yang merangkap kawan baik Raisha yang turut sama berada di situ.

Bidadari Arjuna | EbookWhere stories live. Discover now