Bab 4

12.2K 667 5
                                    

4 tahun yang lalu,

AKU melangkah laju ke arah dewan yang semakin dikerumuni oleh beberapa pelajar yang baru tiba. Sesekali mataku melilau dengan suasana baru di tempat belajarku. Kelihatan beberapa pelajar berbangsa Inggeris lalu lalang melintasiku. Hendak bertanya tentang sesuatu pun rasa sukar rupanya bila ada pelajar yang sedang berborak dan ada juga yang sedang membaca buku. Yang lain semua kelihatan sibuk dengan urusan mereka masing-masing.

Aku mula mengambil keputusan untuk mengetahui jadual penting sebagai pelajar baharu di universiti tersebut dengan mencari di mana-mana papan kenyataan sahaja. Mungkin lagi mudah dengan cara itu dan mana tahu kalau ada perkara yang penting turut tercatat di situ.

Ini tahun pertamaku menyambung pelajaran di universiti yang terkemuka di Malaysia. Hasratku hanya satu. Hanya untuk membanggakan ibuku dalam pelajaran memandangkan ayahku sudah lama meninggalkanku sejak kecil lagi. Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang malah cukup didikan agama yang diberikan membuatkan aku makin kenal dengan erti kehidupan.

'Jangan pernah berputus asa dengan ketentuan Allah.'

Sering kali kata-kata ibuku terngiang-ngiang di fikiranku membuatkan aku sentiasa kuat untuk menjalani perkara yang bakal berlaku dalam hidupku. Ibu juga menjadi penguat semangatku untuk terus kuat setelah ayah pergi bertemu dengan Ilahi.

Tak mahu berlengah, mataku kembali menjelajah mencari setiap info-info yang berada di papan kenyataan. Mataku mencari dari atas sampai ke bawah. Masih tak berputus asa walaupun info yang ingin dicari masih belum dijumpai.

"Ini sungguh merumitkan!" rungutku perlahan sambil membetulkan rambut yang panjang mengurai dengan jari-jemari dek akibat usaha yang hanya mendatangkan sia-sia.

Ini la orang panggil, malu bertanya sesat jalan. Aku cuba mencari pelajar yang berada di situ jikalau mereka dapat membantu aku yang berada dalam kesulitan ini.

Tanpa sedar, langkahku semakin laju sehingga tidak sengaja telah merempuh tubuh seseorang dari arah belakang. Akibatnya aku sendiri hilang pertimbangan lalu terjelopok jatuh ke lantai.

"Aduh sakitnya!" rungutku tatkala rasa sengal-sengal punggungku tika itu.

Inilah akibatnya kalau jalan main pakai redah je. Diri sendiri jugak yang sakit. Sakit campur malu, itu yang dirasakan olehku saat ini.

"I am so sorry!" ucapku tanpa memandang langsung wajah yang baru dirempuhnya tadi. Aku bangun lalu mengambil diariku semula dan beberapa buku yang turut tercampak di atas lantai akibat rempuhan tadi. Sikit pun aku tidak menghiraukan kesakitan yang semakin menjalar di punggungku ketika itu.

"What the fucking hell are you?" aju satu suara yang agak kasar menyapa telingaku.

Aku cuba menaikkan pandanganku dan serentak itu aku dapat mendengar desiran halus dari pelajar-pelajar lain yang turut berada di situ. Bahkan makin ramai yang sedang melihat ke arahku bagaikan aku telah melakukan kesalahan yang besar.

Kemudian aku mula memberanikan diri dengan menatap wajah yang tidak sengaja aku rempuh tadi. Namun entah kenapa saat mata hazel itu merenung tajam ke arahku, satu perasaan halus menjalar melalui pandangan mata itu lalu singgah seketika di hatiku namun cepat-cepat aku menyedarkan diri dari terus menatap wajah itu.

"I am so sorry again. I didn't mean to hurt you." ujarku dengan penuh lembut.

Tinggi lampai tubuh itu membuatkan aku terpaksa menaikkan sedikit pandangan untuk melihat anak mata lelaki itu dengan penuh mendalam. Sebolehnya aku mahu meminta maaf dengan cara yang betul kerana merempuh tubuh lelaki itu tanpa sengaja walaupun kenyataannya aku yang terjatuh kerana disebabkan tubuh sasa lelaki itu. Lelaki itu sikit pun tak jatuh bahkan jauh sekali mahu membantuku.

Bidadari Arjuna | EbookWhere stories live. Discover now