Bab 9

12.1K 651 50
                                    

4 tahun yang lalu,

DRESS berwarna putih yang tersarung indah di tubuh mampu membuatkan aku seakan tidak percaya dengan penampilan baruku malam ini. Ditilik beberapa kali wajahku yang diberikan sentuhan mekap yang nipis malah langsung tidak menampakkan cacat cela pada wajahku. Rambutku pula disanggul dengan kemas.

Semua ni datang dari idea gila Qys. Tanpa pilihan, Mia terpaksa menurut sahaja. Sejujurnya Qys yang menyuruhku untuk datang juga ke sana. Bukan kehendakku untuk datang ke majlis itu malahan majlis itu juga bukan dibuat penting untukku. Sudah tentu kami bakal menghadiri sambutan ulang tahun yang begitu meriah untuk Raisha.

"Kalau aku tak pergi, boleh tak? Rasa segan la," Luahku seraya melabuhkan tempat duduk di atas katil. Sudah berapa kali aku berfikir sama ada mahu turut serta atau tidak ke majlis ulang tahun tersebut. Kalau aku tidak pergi ke sana, sudah pasti tak menggugat apa-apa acara sekalipun.

"Mana boleh! Kau dah siap pun kan? Lagi pula siapa nak teman aku dekat sana?" ujar Qys yang kelihatan sudah bersiap setelah menempek sedikit foundation ke wajahnya itu.

Yang penting dia kena nampak cantik dari si kucing parsi tu!

"Tapi... " Belum sempat aku mahu menghabiskan bicaraku Qys cuba mematahkan setiap patah kata-kataku. Digapai jari-jemariku lalu digenggamnya erat. Melihat aku yang berada dalam keadaan resah, Qys seakan mengerti apa yang melanda fikiranku ini.

"Nayra..."

"Aku tahu ini kali pertama kau datang ke majlis yang seperti ni. Aku boleh agak apa yang bermain dalam fikiran kau sekarang."

"Aku cuma rasa tak sedap hati. Itu sahaja," Balasku perlahan.

Di sebalik kata-kataku itu, aku betul-betul maksudkannya. Diriku yang kurang bersosial apatah lagi hendak mempunyai ramai teman menyukarkan aku untuk menghadiri majlis yang tampak ekslusif itu. Jadi sekarang, aku yang paling gemuruh tidak bertempat.

"Rileks, Nayra. Aku kenal kau dah lama. Takkan kau tak percaya dekat aku? Lagipun aku kan ada?"

Qys seraya duduk bersebelahanku. Ditatap sedalamnya anak mataku yang jelas sekali tak pandai menipu bila berbicara. Terpancar segala keresahan yang melanda jiwaku ketika ini.

"Kita dah janji satu perkara bukan? Aku sebagai sahabat kau akan sentiasa berada di samping kau tak kira la berapa besar mana masalah kau,"

"I'm here for you."

Dengan janji yang diucapkan oleh Qys berjaya membuatkan bibirku merekah dengan senyuman. Nak tak nak aku terpaksa mengalah juga. Qys pula bersorak sakan apabila pujukannya diterima baik olehku.

Tanpa sebarang kata, aku menarik Qys rapat ke dalam pelukanku. Mahu dilepaskan segala bebanan yang melanda jiwaku sejak tadi.

"Sumpah, aku terharu." Ucapku sambil melepaskan tawa kecil.

"Choii, kita bukan buat drama sedih tau! Tengok habis makeup aku. Bukan senang aku nak hadap cermin sampai tiga jam nak kasi cantik." Bebel Qys dengan gaya merajuknya. Itu membuatkan aku semakin geli hati dengan tingkah Qys yang mahu membetulkan semula makeup yang agak lari dari asalnya tadi.

"Sudahlah, Qys. Tunggu kau bersiap mengalahkan pengantin. Jom la kita gerak. Takut terlambat."




AKU dan Qys berjalan masuk ke lobi hotel dan segera menuju ke Grand Hyatt ballroom yang sudah dipenuhi dengan kehadiran tetamu untuk meraikan majlis ulang tahun Raisha Delina yang ke-20. Nampak elegan sekali sambutannya ditambah dengan chandelier yang berkilauan gah menyinari majlis. Agaknya macam inilah kut orang kaya meraikan hari ulang tahun mereka. Kalau orang sepertiku hanya disambut dengan kek hari jadi saja itupun sudah cukup bermakna bagiku.

Bidadari Arjuna | EbookWhere stories live. Discover now