Bab 6

12.3K 598 16
                                    

SEBAIK sahaja aku tiba di perkarangan hospital, aku cepat-cepat membawa tubuhku keluar dari kereta Honda City milik Qys. Langkahku mula menuju ke arah kaunter pertanyaan sambil ditemani oleh Qys yang setia berada di sisiku. Tak putus-putus aku mendoakan supaya ibu dalam keadaan baik-baik sahaja.

Selepas sahaja mendapat maklumat, langkahku terus menuju ke bilik wad yang ditempatkan khas untuk ibu menjalani rawatan.

Terasa lemah longlai segala sendi dan urat nadiku apabila melihat Mak Long sudah menantikan kehadiranku di situ.

“Nayra...” Ujar Mak Long yang kedengaran lirih di pendengaranku itu. Serta merta aku menerpa ke arah Mak Long lalu memeluk tubuhnya dengan erat sekali. Aku dapat rasakan tangan Mak Long perlahan-lahan membelai rambutku.

“Macam mana keadaan ibu?” Tanyaku dengan penuh tenang walhal hatiku sendiri resah dengan suasana yang cukup meruntunkan hatiku ketika ini.

“Doktor tengah rawat ibu kamu. Mak Long datang rumah sebab nak lawat ibu kamu tapi salam langsung tak berbalas. Mak Long pun masuk dalam tengok-tengok ibu kamu dah pengsan dekat ruang tamu. Nasib baik Mak Long ada masa tu. Kalau tak, tak tahu la apa yang jadi dekat ibu kamu.”

Aku mengeluh dalam kelegaan. “Terima kasih Mak Long. Maaf sebab menyusahkan Mak Long sampai macam ni sekali.” Ujarku dengan penuh serba salah kerana selama ini Mak Long yang sudah banyak membantu keluargaku semasa ayahku masih hidup lagi. Rasa malu juga sebenarnya

“Jangan la cakap macam tu. Kita ni satu keluarga kena la saling membantu. Apa-apun Nayra kena kuat. Insya-Allah ibu kamu tu akan baik-baik saja.”Kata Mak Long dengan penuh lembut.

Aku hanya mampu mengukirkan senyuman sambil memujuk hati supaya tenang menghadapi semua ini. Aku yakin ibu kuat untuk melawan penyakitnya itu.

Selepas hampir 20 minit menunggu, kelihatan seorang doktor wanita baru sahaja keluar dari bilik wad yang menempatkan ibuku. Cepat-cepat kami menuju ke arahnya. “Doktor, macam mana keadaan ibu saya?”

“Alhamdullilah, Puan Nora dalam keadaan stabil sekarang. Dia pun dah sedar cuma masih perlukan rehat yang banyak. Buat masa sekarang pun saya cuma benarkan dua sahaja pelawat yang masuk dalam satu masa supaya tak menganggu keadaan pesakit.”

Aku mengucap syukur tatkala mendengar berita baik yang disampaikan oleh doktor wanita itu.

“Sebelum tu, boleh saya bertemu dengan keluarga terdekat Puan Nora?”

“Saya anaknya, doktor.” Suaraku menyahut.

“Kalau macam tu boleh kita bercakap sebentar? Ada benda yang saya perlu bincang mengenai keadaan Puan Nora.”

Aku hanya mengangguk seraya melemparkan pandangan ke arah Qys dan Mak Long yang berada di situ. Mereka berdua hanya tersenyum ke arahku seolah-olah mahu memberi semangat kepadaku untuk terus sentiasa kuat.

“Kau jangan risau. Aku temankan mak kau dekat sini sampai kau datang. Aku harap semuanya okay.” beritahu Qys sambil menepuk lembut bahuku membuatkan hatiku menjadi semakin tenang.





AKU masuk ke dalam bilik wad tersebut. Hatiku menjadi sayu apabila melihat ibu yang terbaring lemah di atas katil di hospital itu dengan wayar yang berselirat di tubuhnya.

Walaupun ibu dalam keadaan tenang begitu, aku tahu ibu sedang menanggung kesakitan dalam setiap helaan nafasnya. Ibu selalu sembunyikan semua masalah dan kesakitan yang ditanggungnya itu daripadaku supaya aku tak risau dengan keadaannya di kampung. Tapi hakikatnya, aku la orang yang paling risau sekali setiap kali berjauhan dengan ibu.

Aku mula menapak langkah menuju ke arah ibu. Aku lihat ibu semakin kurus, tak nampak ceria lagi seperti dulu. Aku mula melabuhkan punggungku di kerusi yang berada di sebelah katil itu lalu menggapai tangan ibu.

Bidadari Arjuna | EbookDonde viven las historias. Descúbrelo ahora