Bab 10

13.1K 674 44
                                    

4 tahun yang lalu,

APABILA tersedar dari alam realiti, aku terus mengesat air mataku yang sudah membasahi pipi. Dilihat sekeliling, hatiku rasa terkilan melihat semua tetamu sedang mentertawakan diriku bagaikan tak ubah seperti boneka yang boleh diperlakukan dengan sesuka hati di situ.

Aku menyorotkan pandangan melihat dress putihku yang sudah comot gara-gara cebisan kek yang melekat dan tak menyangka juga wajahku telah disimbahi dengan gelas minuman Raisha.

Kini, baru aku mengerti kenapa Raisha berpura-pura menunjukkan keikhlasannya dengan menjemputku datang ke majlis ini. Aku memang bodoh kerana percayakan orang seperti Raisha! Jauh di dasar hatiku, aku cukup terluka dengan semua ini. Ternyata, rancangan Raisha dah berhasil untuk mengenakan diriku.

Tetamu yang hadir di situ sekadar memandangku dengan pandangan jelik. Aku sepatutnya sedar yang aku tak layak untuk berada di sini. Mereka di situ mula merakam video dan berbisik sesama mereka di situ. Mereka langsung tak berani untuk masuk campur dengan tindakan Raisha yang nampak agak keterlaluan kepadaku itu.

"Raisha! Apa yang you buat ni?!" Suara Iqbal memecah suasana yang gamat seketika. Hampir melengking suaranya melihat sikap Raisha yang nampak agak keterlaluan di hadapan matanya.

"She deserves it Iqbal! Sepatutnya, dia yang kena sedar yang dia tak layak nak berada dekat sini! Biar semua orang dekat sini tahu yang dia ni anak orang miskin! Hidup pun menumpang harta keluarga I! Dasar pengemis!"

Tanpa sedar, air mataku makin laju menuruni pipi. Kata-kata cacian yang keluar dari mulut Raisha sungguh membuatkan hatiku semakin terluka. Selama ini aku hidup dengan memendam segala kata cacian yang dilemparkan oleh orang sekeliling kepadaku. Tapi kali ini aku sudah penatkakiku terasa lemah untuk berdiri mengagahi setiap detik yang berlaku ketika ini.

"Ni baru sikit tau Nayra. Tapi at least ni hadiah ulang tahun aku yang paling bermakna sekali. Kau patut cermin muka kau dulu Nayra. Tempat ni bukan untuk orang macam kau. Useless!"

"Watch your mouth, Raisha! Apa benda yang dah rasuk you sampai macam ni sekali?!" Lancang suara Iqbal mencelah.

"You tak tahu apa-apa jangan cuba nak masuk campur, Iqbal! Ini urusan I dengan perempuan ni."

"Hei, Raisha! Kau memang betul-betul dah melampau kan!"

Suara seseorang yang agak nyaring itu kian menghangatkan perbalahan itu. Melihat gerangan yang cukup dikenali itu, membuatkan Raisha melakarkan senyuman sinis. Aku lihat Raisha nampak langsung tak serba salah dengan apa yang dia lakukan kepadaku ketika ini.

"Tengoklah siapa datang. Baguslah adik beradik ni cuba pertahankan perempuan kolot ni." Sindiran Raisha seakan menambahkan bara di hati Qys.

"Nampaknya kau memang nak jadikan majlis ulang tahun kau berubah menjadi majlis malapetaka untuk kau kan?!"

Aku lihat Qis sudah tak betah mengawal amarahnya lagi. Sabarnya pun sudah sampai ke tahap kemuncak. Bahkan aku tak menjangka Qys terlebih dahulu membuka langkah mendekati Raisha dan cuba untuk menandingi kehebatan Raisha saat ini. Tanpa disangka, Qys sudah menarik kuat rambut Raisha sehingga menimbulkan pergaduhan antara kedua-duanya di tengah-tengah majlis itu.

"Ini balasan sebab kau sentuh kawan aku!" Serentak itu pipi Raisha ditampar kuat oleh Qys.

Suasana di majlis itu semakin gamat dengan sorakan tetamu di situ. Sebelum apa-apa perkara buruk berlaku, ini harus dihentikan secepat yang mungkin!

Dengan pantas aku menarik tubuh Qys menjauhi Raisha dan Iqbal pula menarik tubuh Raisha yang meronta-ronta di dalam dakapannya itu. Masing-masing dalam keadaan yang sudah tidak terurus.

'Lepaskan aku Nayra. Biar aku ajar si kucing parsi ni supaya serik nak hidup lagi!"

Aku tahu kedua-duanya mempunyai ego mereka tersendiri dengan menyimpan dendam masing-masing. Disebabkan inilah, Qys tidak suka walaupun sekelumit perkara yang berkaitan tentang Raisha. Tapi aku bukan macam Qys. Aku bukan seseorang yang suka menyimpan dendam di hati. Itu akan membuatkan hatiku rasa tidak tenteram sahaja.

"Hentikan semua ni!"

Semua pasang mata tertuju melihatku.

"Nayra," Desis Qys perlahan.

"Biar aku yang uruskan semua ni." Suaraku yang berbaur arahan mematahkan setiap kata Qys ketika itu.

Perlahan-lahan aku mengatur nafas supaya nada suaraku nampak terkawal walaupun hakikatnya hatiku sungguh remuk diperlakukan sebegini rupa.

Aku tahan air mata yang mahu gugur ke pipi. Aku harus nampak kuat di depan semua orang di sini.

"Saya masih boleh bertahan lagi dengan semua ni, Raisha. Cuma boleh saya nak tanya sesuatu?"

Raisha mengukirkan senyuman sinisnya. Walaupun keadaanya sudah tidak terurus akibat pergelutan tadi namun dia masih dengan lagaknya.  Raisha bangun sambil memeluk tubuh. Pandangannya cukup sinis ke arahku.

"Kenapa awak bencikan saya, Raisha?"

Semua tertumpu ke arah wajah Raisha. Wajah angkuh menghiasi wajahnya. Namun tidak pula Raisha memberikan respon apa-apa selain senyuman sinisnya diberikan sebagai jawapan. Terlalu angkuh hati Raisha tika ini.

"Kau sendiri dah tahu sebab apa aku benci kau. Kau gunakan papa aku untuk dapatkan apa yang kau nak. Mungkin nampak aku licik, tetapi sebenarnya kau lagi licik dari aku Nayra. Tak perlu nak nampak baik depan orang semata-mata nak tutup kesalahan kau!" ucap Raisha dengan kasar.

Aku menghembus nafas berat. Berkali-kali aku cuba memberitahu hal yang sebenar pun itu tak mampu melembutkan hati Raisha. Akhirnya aku tetap kalah dengan Raisha. Aku hanya mampu mengenggam penumbukku seolah-olah cuba menyimpan segala yang terbuku di hati selama ini.

"Terima kasih sebab awak dah sedarkan saya tentang sesuatu, Raisha. Rancangan awak berhasil untuk kenakan saya." Jelas nada serak suaraku.

"Saya minta diri dulu." Pamitku lalu terus berlalu pergi meninggalkan majlis itu. Aku sempat melihat wajah Raisha yang sedang tersenyum kemenangan.

"Nayra!" laung Qys dengan kuat seraya mengejar langkahku yang semakin laju meninggalkannya.

Aku mendengar jeritan Qys berkali-kali yang memanggilku. Aku berlalu dari situ dengan deraian air mata yang ditahan sejak tadi. Aku tak mahu Qys melihatku dalam keadaan sebegini.

Tanpa sengaja, bahuku terlanggar satu figura manusia yang turut berada di situ. Mataku melekat pada susuk tubuh yang nampak tampan mengenakan tuxedo hitam di majlis itu. Aku terkaku apabila akhirnya aku dapat bertemu dengan lelaki itu lagi.

Tengku Aryan.

Rupanya lelaki itu sejak tadi berada di belakang majlis ini. Jadidia sudah menyaksikan apa yang sudah berlaku tadi?

"Mirrors dont lie and lucky for you they dont laugh at you. Next time please look at yourself in the mirror. I wonder maybe this is your first time in your life you haven't looked pretty?" Ujarnya dengan tawa yang penuh sinis ke arahku.

Aku hanya mampu memandang wajah Tengku Aryan tanpa sebarang kata. Kata-kata Tengku Aryan sungguh tajam menusuk dalam ke tangkai hatiku ketika ini.

Aku berpaling melihat langkah Tengku Aryan yang menuju ke arah Raisha. Dari jauh aku boleh lihat dua merpati sejoli itu sedang mengukirkan senyuman sinis ke arahku.

Entah kenapa hatiku semakin sakit dengan setiap kata-kata Tengku Aryan berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Raisha kepadaku tadi. Aku sedikit terkesan dengan layanan lelaki itu seketika.

Perlahan-lahan aku menapak pergi meninggalkan majlis itu dengan hati yang penuh lara.

Bidadari Arjuna | EbookWhere stories live. Discover now