Bab 2

13.5K 690 7
                                    

DAUN pintu ditolak, mataku tertuju kepada kerusi di belakang meja besar yang memenuhi sebahagian ruang bilik itu. Kosong. Sangkaku bos tentulah berada di tempatnya, namun tiada.

Mataku tertancap pada dinding di sebelah kiri dan kemudian melihat seorang lelaki yang sedang berdiri menyandar di dinding kaca yang dihiasi blinds berwarna biru lembut. Pandangan lelaki itu tertuju melihat pencakar langit yang terbentang di hadapan matanya. Mungkin tidak menyedari lagi kehadiran aku di situ.

Saat itu entah kenapa aku rasakan gemuruh datang bertandang secara tiba-tiba. Nak kata nervous...mungkin? Siapa je yang tak nervous bila nak temuduga untuk kerja kan? Tapi macam yang Qys katakan, yang penting kena nampak confident!

"Cool okay, Nayra...ni baru permulaan," desis hatiku sekadar mahu melegakan segala kekacauan yang bersarang di fikiranku.

Acap kali juga mataku memandang lelaki itu. Dari jauh nampak tinggi lampai tubuhnya. Entah kenapa jauh di sudut hatiku merasakan yang aku pernah mengenali lelaki itu sebelum ini. Seakan sama dengan seseorang, seseorang yang pernah aku kenali dulu. Namun fikiranku ku tak dapat mencerna sebaiknya dari jarak jauh itu.

Tak lama kemudian, datang pula Amylia masuk ke dalam ruangan tersebut. Sempat wanita itu melemparkan senyuman ke arahku sebelum dia mengorak langkah menuju ke arah lelaki yang berada di hujung sudut itu. Aku pula hanya memerhati dan diam di tempat aku berdiri itu. Selepas sahaja mendapat arahan dari lelaki itu, Amylia kelihatan hanya mengangguk lalu mengatur langkah menuju ke arahku.

"Semoga berjaya, Nayra." sempat Amylia mengenyitkan matanya ke arahku.

Aku pula hanya tersenyum kecil lalu melihat kelibat Amylia semakin menghilang di sebalik muka pintu.

"Miss Nayra Arluna..."

Aku sedikit tersentak tatkala nama penuhku dipanggil. Aku mengangkat wajah memandang ke arah lelaki yang memakai kemeja putih yang sedang menapak langkah ke arahku. Aku terkaku. Jantungku bagai berhenti berdetak. Sekeliling terasa gelap.

"Tengku Aryan?" bibirku menyebut namanya perlahan. Waktu itu segala memori pahit yang pernah ku cuba lupakan kembali bermain di fikiranku. Luka lama juga terasa
seperti berdarah semula apabila memandang wajah lelaki itu. Kerana dia...aku ditimpa dengan masalah besar. Kerana dia...aku sanggup melarikan diri jauh ke Australia. Kerana dia juga...sanggup menghancurkan sekeping hatiku yang tak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki sebelum ini. Semuanya disebabkan oleh lelaki itu.

"Ap..apa awak buat dekat sini?"
Aku melihat penampilan lelaki itu dari atas ke bawah. Tangan lelaki itu terperus ke dalam kocek seluarnya yang berwarna kelabu dan dipadankan dengan sepasang kot potongan kemas. Kemeja putih serta tali leher berbelang kecil menyudahkan gayanya. Dengan tubuh yang tinggi dan tegap, lelaki itu tetap menggoda seperti dahulu. Mana mungkin aku boleh lupakan wajah lelaki yang sudah ku sematkan dengan kebencian hampir 4 tahun lamanya itu.

"Welcome to Arjuna Holding. Finally I meet you...Miss Nayra."

Aku terpempan saat itu. Memoriku kembali berputar mengingatkan surat temuduga yang membawaku ke sini. Apa maksud semua ini?

"Anyway your name...remind me of someone that I know a long time ago." ujarnya bahkan terlakar senyuman sinis di bibirnya itu.

Aku diam tanpa sepatah kata kerana masih dilanda rasa terkejut dengan situasi yang tidak terduga itu. Ini betul-betul kejutan yang hebat. Terasa waktu lambat bergerak saat Tengku Aryan sudah berada di hadapanku. Aku memandangnya dengan penuh kaku di situ. Terasa dunia ini begitu kecil sehingga aku boleh bertemu dengan lelaki itu lagi.

Bidadari Arjuna | EbookWhere stories live. Discover now