💐4

128K 5.8K 229
                                    

"Wuu bang kau bawa balik anak sapa ni?"

Feng menegur abangnya yang berjalan menuju ke pintu rumah mereka.

"Anak kau"

Jawab Danny dengan riak wajah dingin. Feng mencebik. Dia terkena!

Raisya dan Rian pula terpegun melihat rumah Danny yang tersangatlah luas dan besar bagi mereka. Jay mengeluarkan beg pakaian mereka dari bonet.

"Assalamualaikum kak"

Tegur Feng dengan sengihan. Riak wajah gadis itu jelas terkejut dengan salam daripada Feng yang berwajah cina itu.

"Jangan terkejut sangat. Kami ni orang Islam gak"

Tegur Mark dengan suara lembut. Rian memandang pelik ke arahnya. Manakan tidak di rumah mereka tadi serius sampai sini saja terus jadi lembut. Tak ke pelik?

"Oii budak. Nama kau sapa?"

Mulut Feng memang tak pernah nak diam. Ada saja dia nak tanya. Jauh beza dengan abangnya itu.

"Perlu ke tahu"

Dingin saja nada Rian. Dia terus mengekori langkah Mark dan Jay yang sudah masuk ke dalam banglo mewah mereka. Feng mencebik.

"Eleh! Orang tanya je. Perangai sebijik macam abang aku"

Gerutu Feng. Dia berlari masuk ke dalam rumahnya apabila dia menyedari dia saja berada di luar.

"Duduk. Aku nak jelaskan perkara sebenar"

Kata Danny tanpa memandang wajah dua beradik itu. Raisya dan Rian sudah membuat muka ingin tahu.

"Sebenarnya aku ada buat syarat dengan bapak korang. Hutang dia dikira langsai sekiranya dia bagi korang pada aku. Rahim terus setuju tanpa banyak soal. Aku tahu aku kejam. Tapi korang kena ingat aku dah selamatkan korang daripada orang tua tak guna tu. Aku tahu Rahim memang akan terus setuju sebab dia memang tak ada duit nak bayar hutang aku. Peluang depan mata dia tak akan dia nak lepaskan. Aku harap korang faham. Ni bukan pasal jual beli manusia"

Penjelasan Danny membuatkan Raisya dan Rian menunduk. Mereka tidak sangka Rahim akan memberikan mereka kepada orang yang tak dikenali.

"Mark kau tunjukkan bilik dorang. Aku tahu dorang tak boleh terima lagi. Aku bagi korang tenangkan fikiran dulu"

Putus Danny. Dia bangun dan terus berjalan menuju ke satu bilik di hujung sana. Dia berjalan sambil berbual di telefon. Mark naik ke tingkat atas diikuti oleh Raisya dan Rian.

"Jay kau tahu ke pasal dorang?"

Feng menyenggol lengan Jay. Dia membuat muka kepada rakan abangnya itu.

"Tahu. Aku sendiri saksi dorang tadi"

Kata Jay. Feng mengangguk. Dia bangun dengan wajah yang ceria. Jay yang melihat naik hairan.

"Kau kenapa?"

"Aku happy. Akhirnya aku ada kawan jugak"

Feng terlompat-lompat disitu. Jay sudah mengeleng kepala. Pelik saja tingkah laku budak itu.

"Lompat macam beruk"

Tegur Danny yang baru saja melintasi Feng. Dia naik tangga dengan wajah cool. Feng pula tak peduli dengan kata-kata Danny. Yang penting dia gembira!

________

Banyak proses mengedit jalan cerita. So korang jangan pening pula.

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now