💐38

107K 4.1K 140
                                    

"Nak ke mana?"

Soal Danny tatkala terlihat isterinya menuruni tangga secara perlahan-lahan. Rokok dimulutnya dikepit di bibirnya. Muka di garangkan. Raisya sudah terkaku di tangga.

"Err...nak...ke...nak...ke"

Raisya sudah gagap. Habislah! Danny membuang putung rokok ke dalam bekas dan menghampiri Raisya. Dia mengangkat tubuh isterinya dan dibawa turun. Raisya terus memeluk leher Danny erat. Terkejut!

"Lainkali panggil abang"

Pesan Danny tegas. Raisya hanya diam saja. Tak berani nak bersuara ketika itu lagi-lagi melihat muka tegang suaminya itu. Tubuh Raisya di letakkan di atas sofa. Raisya menundukkan wajahnya dan bermain dengam hujung baju-tnya.

"Maaf abang"

Kata Raisya perlahan. Danny menghembus nafas perlahan. Salah dia juga sebab kurung Raisya di dalam bilik. Mungkin isterinya bosan.

"Tak abang tak marah sayang. Abang cuma risau je kalau sayang turun ke bawah. Kalau jatuh macam mana? Anang tak nak sayang sakit nanti. Abang minta maaf kalau abang kurung sayang. Ini semua untuk keselamatan sayang juga"

Danny mengenggam erat tangan isterinya. Dagu isterinya di dongakkan dan mata mereka bertentangan. Danny tersenyum manis.

"Sayang nak apa turun bawah?"

"Sayang nak makan. Lapar"

Kata Raisya dalam nada manja. Sejak mengandung perangai manja Raisya makin menjadi-jadi. Wajah pula bukan main berseri lagi.

"Lapar ya. Nak makan apa? Abang ambilkan"

"Sayang nak nasi ayam. Teringinlah abang"

Danny sudah terdiam. Nasi ayam? Sudahlah bibik hanya memasak nasi goreng saja. Mana pula dia nak cari nasi ayam ketika itu.

"Kejap ya sayang. Abang call Mark"

Raisya hanya angguk saja. Janji dia dapat rasa nasi ayam. Danny mencapai Iphone 7 dia di atas meja. Nombor Mark di dail.

"Belikan nasi ayam dua bungkus"

"Untuk apa?"

"Bini aku nak makan"

"Oklah"

Danny memutuskan panggilan. Dia duduk di sebelah Raisya sambil membersihkan pistol-pistolnya. Raisya pula hanya memerhati sahaja. Sudah tak pakai baju nampak pula badan dia yang tegap itu. Memang menguji iman Raisya.

"Bos nah"

Shawn menghampiri Danny dan memberikan satu beg hitam kepada Danny. Danny membuka dan melihat isi di dalam.

"Mana kau dapat?"

Danny mengeluarkan badan sniper di dalam itu. Dia meletakkan di atas meja dan dan bermain dengan picu sniper itu.

"Aku beli kat Italy semalam"

Shawn berkata sambil melihat ke arah Raisya. Dia tersenyum kepada Raisya. Isteri bos dia memang cantik. Untung bos dia!

"Bila masa kau pergi Italy?"

"Bos asyik dengan bini je mana sedar aku keluar rumah ni"

Perli Shawn. Danny hanya membuat muka saja. Dia memasukkan sniper itu ke dalam beg kembali. Danny memeluk pinggang Raisya erat.

"Asal? Kau jeles?"

Sinis Danny. Shawn membuat muka. Dia menarik bagasinya dan berjalan menuju ke tangga.

"Tak ada masa!"

Danny tergelak dengan balasan dari Shawn. Playboy! Bukan pandai hargai wanita. Raisya pula leka menonton drama di tv.

"Ni barang-barang ni semua bila awak nak simpan?"

Tegur Raisya. Baru saja tangan dia ingin menyentuh sepucuk pistol suaminya menepis perlahan. Raisya mencebik geram.

"Jangan sentuh. Kalau terlepas siapa nak jawab?"

"Awaklah"

Jawab Raisya berani. Danny hanya menahan rasa. Nasib baik isterinya mengandung kalau tak habislah. Danny tak pedulikan Raisya dan terus membersihkan peralatan di depan dia. Raisya pula hampir saja terlena. Tak lama itu Mark tiba bersama Jay.

"Lambat"

"Jalan jam"

Jawab Jay bagi pihak Mark. Auta je tu! Jalan tak jam pun. Mereka melepak di kedai mamak tadi.

"Nah bos"

Mark meletakkan nasi ayam di hadapan Danny. Raisya yang hampir terlelap itu terus terjaga.

"Nah sayang"

Dengan wajah ceria Raisya membuka bungkusan nasi ayam di depan dia. Dia makan dengan penuh berselera. Danny hanya memerhati saja.

"Macam mana dengan Kamal?"

"Masih berdiam"

Kata Jay dengan muka tak berperasaan. Dia menghirup air di dalam tin. Mark hanya tersengih saja.

"Malam ni aku datang"

Kata Danny. Dia mula mengemas barang-barang dia yang bersepah di atas meja.

"Abang nak ke mana?"

"Mana-mana je"

Raisya mencebik bibir. Kalau tak dingin tak sah! Danny menghulutkan satu botol air minerak kepada Raisya. Kesian tengok isteri dia makan tanpa air. Kalau tercekik tak ke naya!

"Siapa nak jaga Raisya?"

Mark menyoal. Dia baru saja nak menyalakan rokoknya tetapi terhalang dengan tangan Danny. Tajam Danny pandang Mark.

"No smoke here. Isteri aku mengandung. Kalau nak merokok kat luar. Pasal Raisya Shawn akan jaga dia. Feng dan Rian ada juga"

Mark tersengih. Terlupa pula! Rokok disimpan kembali. Jay mengeleng kepala dengan tingkah Mark yang pelupa itu.












YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now