💐9

120K 5.3K 276
                                    

Suasana di dalam kereta hanya ditemani dengan suara DJ radio. Raisya diam saja disebelah Danny. Dia asyik memandang keluar tingkap.

"Kau kenapa diam je?"

Suara Danny memecahkan suasana sunyi itu. Setahu dia Raisya banyak mulut. Pagi tadi elok saja berbual dengan Mark dan Jay di ruang tamu. Siap bergelak ketawa lagi. Dengan dia senyap macam batu.

"Tak tahu nak cakap apa. Saya diam je lah"

Kata Raisya. Danny menghentikan keretanya di hadapan sebuah butik pakaian pengantin. Dia pandang Raisya yang pelik melihat kedai di hadapan dia.

"Kita buat apa kat sini?"

"Nak beli kedai tu"

Danny turun dari kereta. Raisya mencebik. Jawapan Danny langsung tak munasabah. Raisya turun dari Porche 911 milik Danny.

Dia mengekori lelaki tinggi itu dari belakang. Jika diukur dia hanya paras dada Danny saja. Kalau nak bercakap dengan lelaki itu terpaksa dia mendongak ke atas.

"Yes sir? Can I help you?"

Sapa pekerja wanita itu. Terbuai sekejap dia melihat wajah kacak Danny. Danny hanya menjeling perempuan itu sekilas.

"I want to see Jenny"

Kata Danny. Perempuan itu terus menuju ke sebuah bilik di butik itu. Raisya pula ralit melihat baju-baju tersangkut disitu. Semuanya cantik-cantik dan mahal. Tertelan air liur dia melihat harga pada baju pengantin itu.

"Hai Danny. Long time no see huh? Kau sihat"

Mereka berpelukan. Teruja Jenny melihat Danny datang ke butiknya. Kemudian mata dia jatuh ke arah Raisya yang berdiri di sisi Danny. Dia tersenyum.

"Aku sihat. Kenalkan Raisya Hanania. Bakal isteri aku"

Raisya menyalami Jenny. Dia tersenyum manis. Segan dia melihat Jenny tak habis-habis merenung dirinya.

"Cantik. Pandai kau pilih"

Puji Jenny. Raisya sudah tertunduk segan. Danny hanya beriak biasa saja.

"Saya Jenny Kim. Sepupu Danny. Mari aku tunjukkan korang koleksi terbaru aku"

Mereka menghampiri sebuah meja di hujung sana. Bersusun album dan buku di rak kecil berdekatan meja mereka.

"Ini koleksi terbaru aku. Ni sesuai sangat untuk perempuan macam awak Raisya"

Raisya melihat koleksi baju-baju disitu. Semuanya cantik-cantik dan dia sendiri tak tahu nak pilih yang mana.

"Akad nikah nanti aku nak warna putih. Kau setuju tak? Wedding nanti kau pilih"

"Saya setuju je"

Jenny hanya memerhati gelagat dua bakal pengantin itu. Seorang dingin macam batu seorang lagi lembut macam kapas.

"Awak yang ni cantik tak?"

Raisya menunjuk sepasang baju pengantin warna biru lembut dan sekeliling penuh dengan berlian.

"Okay. Kau nak yang ini ke?"

Mata Raisya terus tertacap ke arah harga baju itu. Hampir mencecah puluhan ribu untuk baju pengantin sahaja.

"Raisya awak jangan risau. Semuanya Danny tanggung. Awak berkenan ambil saja"

Jenny mencelah. Dia tahu Raisya serba salah. Danny pula hanya angguk saja.

"Kak saya nak yang ini. Baju awak pula macam mana?"

Raisya pandang Danny. Baru saja dia bertentang mata terus dia mengalihkan pandangan. Tajam mata Danny merenung dia sedari tadi. Dia saja tak perasan.

"Aku ambil tuxedo je. Simple. Lagipun wedding kita berlangsung di hotel nanti"

Raisya angguk. Nampaknya lelaki itu sudah merancang dari awal. Tak adalah kelam kabut mana nanti.

"Nanti aku hantar baju ni sendiri sebelum wedding korang. Kiranya Raisya untung tau. Ni baju limitted edition dari akak. Akak tak buat banyak design macam ni"

Raisya sudah tersenyum. Danny terus menghampiri kaunter bayaran. Kad kredit gold dihulurkan kepada Danny. Raisya sudah naik pelik melihat Danny. Duit dia melayang macam tu saja untuk sepasang baju pengantin.

Mereka keluar dari butik itu. Ada banyak lagi mereka perlu beli. Barang-barang hantaran semua mereka tak beli lagi.

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now