SPECIAL CHAPTER 2 - RAYA

164K 5.5K 436
                                    

"Ahh penatnya"

Danny terbaring di atas karpet setelah penat membakar lemang bersama Mark dan Jay. Baju t nya dibuka dan di lempar ke atas sofa berdekatan. Suhu aircond yang sejuk itu membuatkan badan dia mula terasa tenang. Bahang panas semakin menghilang.

"Siap dah lemang tu?"

Raisya menghampiri suaminya. Dia, Bella dan Lisa berada di dapur menyediakan bahan untuk masak pada pagi raya. Kini Bella dan Lisa sudah selamat berkahwin dengan Rian dan Feng.

"Ada 10 batang lagi"

Raisya mengangguk. Dia mengelap peluh di dahi suaminya itu. Kembar? Bermain diluar sana.

"Kak ada lighter tak?"

Raisya pandang ke muka pintu. Terjengul kepala Naim yang sedang memegang bunga api di tangannya. Naim? Budak ni selamat je. Cuma terkena tembakan kat bahagian dada. Koma 3 bulan dan sekarang baru sedar. Raisya dah mengambil Naim sebagai adik angkat dia.

"Mintak dengan Jay. Dia ada kot"

Naim angguk. Dia berlari ke arah Jay yang sedang membakar lemang di sudut rumah mereka..

"Sayang sekejap saja kan? Dah habis bulan ramadhan"

"Haah. Sayang sekali. Rasa sedih pula"

Danny bangun dari pembaringan. Dia menarik tangan Raisya menuju ke luar rumah. Danny memeluk bahu Raisya manakala Raisya melentokkan kepala dia di atas dada Danny.

"Kau main mercun?"

Bella menjerit melihat berkotak-kotak mercun di beli oleh Rian. Entah berapa ratus habis untuk mercun sahaja.

"Haah. Baru ada feel malam raya"

Rian tersengih sendiri. Dia teringat zaman kanak-kanak dia. Dia dimarahi oleh Raisya kerana mengacukan mercun kepada anak jiran mereka. Menangis budak itu kerana ketakutan.

"Feel hotak kau! Kau tak nampak ada budak- kat sini!"

Marah Bella. Nak saja dia membebel tapi di tahan. Rian tak nampak agaknya Firash dan Amsyar yang berlari di laman rumah sambil diperhatikan oleh Naim.

"Alaa! Nanti Am dan Arash main mercun juga"

"Kau! Aish! Nak kata budak tak budak. Dah jadi suami orang. Tapi perangai kau ni ka--"

Rian mengunci bebelan Bella dengan ciuman di mulut Bella. Serta merta bebelan itu terhenti. Terkebil-kebil Bella pandang Rian.

"Diam pun!"

Rian tersenyum nakal. Bella pula sudah memerah muka menahan malu. Sudahlah yang lain perasan. Lagi-lagi Danny dan Raisya di kerusi batu berhampiran mereka.

"Kau beli ke Rian?"

Feng muncul bersama Lisa. Wajah Feng bukan main ceria lagi. Pelukan di pinggang Lisa tak dilepaskan.

"Haah. Kau nak join? Biar bergegar kawasan rumah ni"

"Why not? Aku pun dah lama tak main"

Rian dan Feng sudah tersengih. Lisa hanya mampu mengeleng sahaja. Dia pandang Bella. Kenapa muka merah?

"Kau demam ke Belle? Merah gila muka?"

Bella terkedu. Dia tak tahu nak jawab apa. Rian pula hanya tersenyum sinis. Lisa memegang muka Bella yang masih merah.

"A---aku nak masuk dalam dulu"

Terus Bella masuk dalam. Feng cuit bahu Rian. Dia mengangkat keningnya.

"Aku cium dia. Banyak sangat membebel"

Kata Rian dengan wajah tak bersalah. Feng pula sudah tersengih. Lisa pula masuk ke dalam rumah. Kesian pula Bella sorang-sorang. Malam itu mereka bergelak ketawa sambil melihat Feng dan Rian membakar mercun. Mujur sahaja kawasan mereka jauh dari kawasan kejiranan kalau tidak memang menganggu ketenteraman.

▪▪☆☆▪▪

"Abang saya nak minta maaf kalau ada salah silap saya. Sya dah cuba jadi isteri terbaik untuk abang. Sya minta maaf zahit batin"

Raisya mengucup tangan suaminya. Danny menarik Raisya dalam pelukan. Dahu isterinta dicium lama.

"Abang pun sama. Abang tahu abang banyak berahsia dengan sayang. Abang tak jujur. Abang rahsiakan kerja nombor dua abang. Abang cuba jadi suami yang baik untuk sayang. Abang cuba jadi papa yang baik untuk Am dan Arash. Sayang tetap isteri abang yang terbaik"

Mereka menjamu selera pada pagi raya itu. Si kembar nampak segak berbaju melayu berwarna purple sedondon dengan mama dan papa mereka. Makanan yang terhidang cukup membuka selera mereka.

"Family foto"

Jerit Naim dan mereka semua menyerbu ke ruang tamu. Raisya mengangkat Amsyar diletakkan ke atas ribaan dia. Firash pula di ribaan Danny. Rian memeluk pingang Bella dengan wajah ceria. Feng pula memeluk mesra bahu Lisa yang tersenyum bahagia di disisinya. Mark dan Jay berdiri dengan penuh gayanya. Setelah kamera ditekan Naim berlari ke arah mereka dan duduk di bawah dengan senyuman lebar.

KLIK!

Satu gambar terhasil. Kini keluarga mafia itu makin membesar dengan kehadiran orang baru. Mark dan Jay tetap bekerja bersama Danny. Si kembar semakin nakal dan lincah. Rian dan Bella selalu berperang mulut. Feng dan Lisa romantik macam Danny dan Raisya. Kini keluarga mereka sudah cukup lengkap. Hanya menanti kelahiran baru bagi mengantikan generasi mereka.

Kini tamatlah sepenuhnya You're Mine Mr Mafia.











___________

Btw ini saja sis mampu tulis. Hope korang suka special chp ni ^^ sis dh kering idea nk karang chp ni T.T sila spam komen utk dua chp ni 😉 sis tak marah. Just nk tgk korang enjoy ke tak.

Kepada yg keep voting tu sis nk ucapkan terima kasih. Love you alls 😍😘 tnpa korang cite ni tak akn berhasil hoho 😂

Boleh check my profil utk tgk new story. Stories yg tak sberapa.

Keep reading guys 😙

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now