💐29

118K 4.2K 44
                                    

Danny masuk ke satu kawasan diiringi oleh beberapa orang berbadan tegap dan berpakaian hitam.

"Macam mana?"

Soal Danny terus tanpa banyak soal. Dia pandang Mark dengan muka penuh persoalan.

"Nampaknya dia dah semakin ke hadapan. Banyak yang dah mati di tangan dia"

Kata Mark yang ketika itu memeriksa mayat seorang lelaki yang merupakan anak buah kumpulan mereka.

"Macam mana dia boleh terlepas? Bukan ke kawalan ketat?"

"Memang pun. Tapi dia ada jalan dia sendiri untuk jatuhkan kumpulan kita. Menurut maklum yang aku dapat dia dah target orang paling dekat dengan kau"

Celah Shawn yang ketika itu duduk mencangkung sambil membelek kesan tembkan di dada dan dahi lelaki itu. Danny hanya memasang telinga. Dia bergegas ke tempat itu apabila mendapat panggilan daripada Mark. Mujur saja Raisya tak banyak soal dan Jay menemani yang lain di rumah.

"Aku harap kau lebih berhati-hati. Joshua sekarang semakin mengganas. Semua dia balun"

Mark menepuk bahu Danny. Dia membuang sarung tangan yang penuh dengan kesan darah. Yang lain mengangkat mayat lelaki itu lalu dimasukkan ke dalam van hitam.

"Hantar kat alamat ini. Bagi ini untuk keluarga dia"

Danny menghulurkan satu beg hitam kepada salah seorang anak buah dia. Mereka yang lain hanya angguk. Van hitam itu mula bergerak dan meninggalkan kawasan hutan itu.

Shawn mendekati Danny dengan muka serius. Danny sudah memikirkan cara untuk menumpaskan musuh dia yang satu itu.

"Aku nak bagi peringatan untuk kau. Joshua sekarang sedang mencari isteri kau. Raisya. Mungkin dia akan gunakan Raisya untuk jatuhkan kau. Dia tahu isteri kau kelemahan kau. So aku harap kau careful dan jangan careless. Musuh sedang memerhati"

"Dari mana kau tahu? Kenapa perlu libatkan isteri aku?"

"Maklumat bro! Pasal bini kau aku tak pasti dan yang pastinya Raisya akan dijadikan tebusan atau barang mainan dia. You know Johshua right?"

Danny terdiam. Raisya? Macam mana kau isterinya jatuh ke tangan setan itu? Dia tak sanggup kehilangan Raisya walaupun dia melayan Raisya kasar.

"Thanks bro! Aku akan jaga Raisya lebih dari nyawa aku!"

Danny tersenyum kelat. Tak terbayang jika Raisya meninggalkan dia untuk selamanya. Mampukah dia meneruskan hidupnya lag?

"Bos jangan cakap je. Jangan berputih mata sudah"

Nasihat Mark dengan muka tanpa senyuman. Danny hanya mengangguk. Dia mula teringat Raisya dirumah. Telefon dikeluarkan dan dia mula mesej Raisya.

Danny

Kau ada kat mana? Buat apa?

BEEP!

RAISYA♡

Bilik layan TV. Kenapa?


Danny tersenyum lega. Dia kembali menaip. Raisya masih selamat dirumahnya.

Danny

Gudnite!

Itu sahaja balasan dari Danny. Dia menyimpan kembali telefonnya dan menapak dua sahabat dia itu.

"Kita bincang kat tempat biasa"

Mereka hanya mengangguk. Danny masuk ke dalam keretanya dan memandu pergi. Mark dan Shawn pula satu kereta dan mengekori Danny dari belakang.

Raisya dirumah pula pelik dengan balasan daripada suaminya. Meroya ke apa? Tetiba wish gudnite?

"Lantak kaulah tersampuk hantu mana pun. Janji aku layan runningman. Ada kau tak boleh layan terus"

Gumam Raisya sendiri dengan mulut penuh. Sesekali dia meneguk air bagi menghilangkan hausnya.

"Balik lambat kot. Baik aku tidur dulu"

Raisya mengemaskan katilnya dan kemudian dia membaringkan badan dia. Lembut dan empuk. Mata pula makin layu menahan kantuk.










___________

Well update here!

Ayt semakin mengarut sbb idea dlm otak kering gila. Maybe byk mkn kuih raya kot 😂😂

Btw enjoy reading 😍😉😘

Typo abaikan sbb mata mengantuk gila masa type...so jgn kecam author 😂😂

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now