💐22

116K 5.3K 415
                                    

"Ehh..."

Raisya pelik melihat Danny masuk ke bilik mereka lantas memeluk dirinya. Pelik dengan tingkah laku mamat dingin itu.

'Dia ni sihat ke tak? Tetiba peluk aku? Ke demam? Atau hormon tak stabil?'

Raisya mula melalut. Danny sembamkan wajahnya ke bahu Raisya. Terasa deru nafas Danny di leher Raisya.

"Err...awak okay tak ni?"

Raisya bertanya berhati-hati. Bimbang kena tengking free je nanti. Tak terbayang dia. Danny hanya dia. Dia hanya mengetatkan pelukan di pinggang Raisya.

Raisya hanya membiarkan saja. Raisya tidak dapat melihat wajah Danny dengan jelas kerana lelaki itu membelakangkan dia.

"Stay like this just a minutes"

Gumam Danny perlahan. Raisya hanya kaku saja. Suara Danny sangat perlahan dan seakan-akan berbisik.

Hampir 15 minit mereka berkeadaan begitu Danny melepaskan pelukan dia. Raisya terus pusing ke belakang. Dia berkerut melihat wajah suaminya. Wajah Danny nampak tegang dan dingin.

"Err...a...awak...o...okay?"

Sekali lagi Raisya menyoal. Kali ini suara dia tergagap kerana takut. Nak nangis pun ada! Kenapalah dia kahwin dengan lelaki beku ini!

"Aku okay"

Jawab Danny keras. Raisya hanya tersenyum kecil. Kekok! Danny menarik Raisya untuk duduk di sofa panjang berhampiran mereka.

"Kau duduk sini"

Arah Danny dalam nada sama. Raisya terus duduk tanpa banyak soal. Danny memandang Raisya. Gadis itu hanya mengenakan baju-t lengan panjang warna peach dan seluar pendek paras lutut. Agak lain dari biasa.

Tanpa berkata atau amaran Danny terus baring di atas sofa itu. Kepala dia diletakkan di atas peha Raisya dan dia memejam mata rapat. Raisya hampir saja mahu melompat dengan tindakan drastik Danny.

"Aku nak tidur kejap"

Kali ini nada Danny berubah lembut sedikit tetapi tetap ada dinginya. Raisya diam dan dia memerhati wajah Danny. Kacak! Tak dapat dinafikan lagi.

"Aku tahu aku hensem"

Kata Danny. Terus muka Raisya berubah warna. Macam mana dia tahu? Kata hati Raisya.

"Awak tidurlah"

Danny hanya mengumam. Raisya mengusap rambut coklat keperangan semulajadi Danny. Lembut saja. Tak lama itu Raisya tertidur kerana mengantuk.

Danny membuka matanya. Mata dia tepat memandang wajah Raisya yang terlena itu. Cantik dan comel! Danny bangun perlahan dan dia duduk bersebelahan Raisya.

"Terima kasih sebab memahami aku"

Bisik Danny perlahan. Tubuh Raisya diangkat dan dia menuju ke katil. Diletakkan Raisya perlahan-lahan. Raisya sedikit bergerak kerana terasa lena dia terganggu. Kemudian dia tidur kembali.

Danny mengusap rambut hitam lebat Raisya. Lembut dan wangi. Kemudian dia mengucup dahi Raisya.

"Aku harap kau terus bersama dengan aku walau apapun terjadi. Aku akan jaga kau. Aku tak akan bagi orang sentuh kau. Kau hanya milik aku Raisya Hanania. Even kau tahu rahsia aku, aku harap kau dapat terima aku. Aku tak akan lepaskan kau"

Danny bangun. Dia melangkah ke bilik air. Pakaian dibuka dan tuala diambil. Dia terus masuk ke bilik air. Raisya membuka matanya. Dia tersenyum dalam diam.

"Even awak pembunuh pun saya terima. Dah takdir saya untuk terus bersama awak. Awak suami saya hingga ke jannah. Saya akan setia bersama awak Danny Asyraf Lee"





_____________

Double updates 😉

Enjoy reading guys ^^

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now