💐5

126K 5.9K 240
                                    

"Sapa yang masak ni?"

Tegur Feng apabila melihat nasi lemak yang masih berasap di atas meja makan. Ada sambal sotong dan kerang. Ayam goreng juga ada. Kecur airliur Feng melihat makanan di hadapan dia.

Muncul Raisya yang sambil membawa seteko kopi yang masih panas. Feng tersengih kepada Raisya.

"Akak ke yang masak?"

Tanya Feng dengan wajah yang ceria. Raisya hanya angguk. Dia senang dengan sikap ceria Feng itu.

"Adik nama apa?"

Soal Raisya.

"Nama betul Feng Darwish. Tapi akak panggil saja Feng"

"Ok. Akak Feng panggil je Kak Sya"

Kata Raisya dengan senyuman manis. Feng hanya angguk saja. Dia sudah tak sabar merasa masakan Raisya.

Tak lama itu mereka yang lain turun. Danny terun ke bawah lengkap berkot dan kelihatan sangat kacak. Mark dan Jay juga sama.

"Abang makan. Kak Sya yang masak semuanya"

Jerit Feng teruja. Danny hanya mengeleng saja melihat tingkah laku adiknya.

"Awal kau bangun?"

Tegur Danny. Tapi dia tak pandang pun Raisya. Memang begitu sikap Danny. Beku dengan perempuan.

"Saja memang jenis tak tidur lepas subuh"

Raisya masih lagi berdiri berhampiran meja makan. Mark dan Jay sudah melahap nasi lemak itu dengan penuh berselera.

Rian turun ke bawah dengan berpakaian santai. Dia duduk berhadapan dengan Feng dan bersebelahan dengan Jay.

"Dik badan kau dah ok?"

Raisya menyoal Rian. Risau sekiranya luka di badan adiknya masih lagi tidak elok. Sudahlah budak itu masih lagi belajar.

"Dah. Cuma lebam tak elok lagi"

Rian berkata perlahan. Dia mencedok nasi ke dalam pinggannya. Raisya pula kembali ke dapur. Ada banyak lagi kerja di dapur tidak diselesaikan lagi.

"Kau belajar lagi?"

Jay menyoal Rian. Budak itu hanya angguk. Perlahan saja suapan dia ke dalam mulut.

"Kat mana?"

Feng menyibuk. Dia ingin mengajak Rian berbual. Tetapi Rian tetap diam dan berwajah dingin.

"Rian belajar dekat UPM"

"Ehh...samalah kau amik course apa? Aku amik course business"

"Rian amik course medic"

Sekali lagi Raisya tolong jawabkan. Nak harapkan Rian sepatah haram dia tak akan balas. Rian memang akan dingin dengan orang yang dia tak kenali.

"Kau ni bisu erk? Tak reti cakap?"

Feng memandang Rian. Again! Pokerface. Danny dan Rian boleh dijadikan kawan.

"Aku tak bisu. Mulut kau macam machine gun"

Kata Raisya. Jay dan Mark pula sudah bantai gelak. Memang patut pun Feng digelar machine gun. Mulut riuh sekali.

"Abang dengan budak ni sama je"

Gumam Feng. Tetapi tetap didengari oleh mereka. Danny hanya tayang wajah cool dia saja. Rian? Tetap meneruskan suapan dia.

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now