💐35

108K 4.4K 140
                                    

"Macam mana dia boleh terlepas hah!"

Marah Joshua kepada anak buah dia yang lain. Mereka semua menunduk ke lantai melihat amarah bos mereka. Tak berani nak bersuara pada waktu itu.

"Aku tanya kenapa boleh terlepas!"

Tengking Joshua. Terangkat bahu pengikut dia mendengar tengkingan itu. Lambat-lambat Meng mengangkat kepalanya.

"Maaf bos. Dorang dapat tahu kena buat serangan hendap. Semua berjaya ditakis mereka"

Jelas Meng dalam suara getar. Joshua mendengus kasar. Tanpa amaran tembakan dilepaskan ke arah salah seorang pengikut dia. Lelaki itu jatuh terduduk dan mengerang kesakitan. Kaki dia berdarah akibat tembakan secara tiba-tiba itu. Meng sudah ketakutan.

"Macam mana mereka boleh hidu! Korang buat kerja ke tak hah!"

"Kami dah buat yang terbaik bos. Budak-budak Danny terlalu licik orangnya"

Celah salah seorang pengikut Joshua. Joshua mendengus kasar. Pistol di tangannya di letakkan ke atas meja secara kasar. Rambutnya diraup dengan wajah berang.

"Aku nak tahu siapa perempuan yang selalu bersama Danny tu?"

Joshua memandang Meng tajam. Meng terus ke hadapan. Dia harus berani. Kalau tidak sudah pasti nyawa dia akan melayan.

"Raisya bos. Isteri kepada Danny"

Mendengar perkataan isteri itu membuatkan Joshua mengukirkan senyuman sinis. Satu perkara terlintas di fikiran dia sekarang ni.

"Aku nak kau culik perempuan tu nak bawa ke sini. Guna macam mana pun cara. Aku nak perempuan tu! Ingat! Kalau kau tak dapat nyawa kau aku cabut"

"Ba--baik bos"

Meng menundukkan kepala hormat. Dalam hati dia sudah takut dengan ugutan Joshua. Bos dia kalau berkata memang akan buat. Joshua menghalau pengikut dia keluar dari biliknya. Dia bersandar di kerusi lalu memejam mata rapat.

"Tchh! Kau memang cari pasal dengan aku Danny. Tak dapat kau isteri kau gantikan. Aku tahu dia bermakna untuk kau. Isteri kau akan jadi penentu semuanya"

▪▪☆☆▪▪

"Sayang ok tak?"

Danny menghampiri isterinya. Songkoknya diletakkan di meja katil. Raisya dihampiri dengan riak wajah risau. Selepas subuh tadi Raisya tak sudah-sudah muntah. Wajah pucat isteriny dipandang.

"Peninglah"

Kata Raisya perlahan. Dia bersandar di kepala katil dengan kerutan di mukanya. Badan dia lemah kerana memuntahkan segala isi di dalam perutnya.

"Sini baring"

Danny meletakkan kepala Raisya di atas bantal. Dia duduk di sisi isterinya. Kepala Raisya dipicit lembut bagi mengurangkan rasa pening. Raisya memejam matanya. Terasa kelembutan picitan Danny di dahinya. Hilang sikit rasa pening dia. Tak lama itu Raisya terlelap. Danny tersenyum dan menuju ke balkoni bilik mereka.

Danny mengangkat telefon dia yang dari tadi berbunyi. Dia bercakap di luar kerana tidak mahu menganggu Raisya yang terlena itu.

"Hello"

"Bos aku dah settle dah dorang"

"Macam mana? Betul ke?"

"Betul bos. Lambang kat badan dan kereta mereka dah membuktikan semuanya"

Danny mengangguk. Dia mencapai kotak rokok. Hujung rokok dinyalakan api dan dia mula menyedut rokok itu.

"Bagus. Aku nak kau soal dorang lagi"

"Baik bos"

Panggilan dimatikan. Danny memghembus asap rokok dengan wajah tegang. Telefon di dimainkan.

"Ermm...abang"

Danny berpaling. Dia tersentak melihat Raisya sudah berdiri di belakang dia sambil bersandar di sliding door dengan wajah lemah.

"Kenapa datang sini? Kalau jatuh macam mana?"

Dari raut tegang mula berubah kerisauan. Wajah pucat dan lemah Raisya amat membimbangkan dia. Raisya hanya tersenyum pendek.

"Sejak bila abang merokok?"

Soal Raisya terus. Danny terkedu. Dia baru tersedar. Rokok di tangan dia segera dibuang ke bawah dengan wajah terkejut.

"Err...sejak--"

Belum sempat Danny nak menjawab Raisya memeluk tubuhnya erat. Danny terkaku dan terkedu dengan tindakan Raisya. Raisya tersenyum dalam diam.

"Tak perlu penjelasan. Itu hak abang. Saya tak marah. Cuma tolong jangan merokok depan sayang. Saya tak suka"

Kata Raisya lembut. Danny tersenyum kelegaan. Ingatkan Raisya nak mengamuk tadi.

"Ok. Abang janji"

Danny membalas pelukan Raisya erat. Mereka berpelukan sambil melihat pemandangan dari balkoni hotel itu. Mereka tersenyum bahagia.




YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now