💐28

116K 4.8K 217
                                    

Raisya memandang ke satu arah tanpa mengelipkan matanya. Seolah-olah dia terpaku. Danny disebelah sudah naik hairan. Dia melihat ke arah itu juga. Tetapi tiada yang menarik.

"Kau tengok apa?"

Sergah Danny. Raisya tersentak kemudian dia tersengih. Mereka ketika itu berada di starbuck sambil melepaskan lelah.

"Awak...."

Raisya merengek manja. Danny hanya menjongket keningnya sahaja.

"Apa?"

"Jom tengok wayang"

Kali ini Raisya mengelipkan matanya sambil membuat muka comel. Danny sudah membuat muka bosan.

"Boleh laa...saya lama dah tak tengok movie"

Raisya membuat muka sedih pula apabila permintaannya tidak dilayan.

"No"

Jawab Danny tegas. Muka dia bukan main serius.

"Eii...awak ni serius je memanjang tak bosan ke?"

Soal Raisya sinis. Danny mengangkat wajahnya dan menatap Raisya. Muka didekatkan membuatkan Raisya sudah cuak.

"Alaa awak boleh laa. Suami orang lain boleh je. Tak kan saya tak boleh"

"Kau fikir sweet tengok wayang bagai"

Soal Danny sinis. Raisya sudah menarik muka masam.

"Awak act laa sweet, romantik sikit"

Raisya memberi cadangan. Tetapi Danny tidak memberi reaksi pun. Hanya

"Aku tak suka sweet dan romantik. So jangan minta aku jadi macam tu"

Balas Danny tanpa riak di wajahnya. Dia kembali menjarakkan wajahnya. Raisya tercengang. What the? Suami dia ni ada perasaan ke tak?

"Huh aku tak minta pun kau jadi macam tu"

Gumam Raisya perlahan. Dia menyedut air latte itu dengan perasaan geram.

Danny yang terdengar terus berdiri dan menarik tangan isterinya secara paksa. Raisya dengan muka hairan hanya mengikut dengan langkah yang laju.

"Ehh...awak air tak habis lagi"

Kata Raisya sedikit menjerit. Danny menarik Raisya masuk ke dalam lift. Mujur saja dia memakai seluar kalau pakai kain tak ke tersembam dia disitu.

Raisya sudah cuak melihat muka serius suaminya itu. Marah ke?

TING!

Danny terus mengheret Raisya keluar sebaik saja mereka tiba diruang pakir kereta. Danny menapak laju menuju ke kereta Lamborghini miliknya.

"Awak kenapa---"

Belum habis Raisya berkata tubuh dia ditolak kasar masuk ke dalam kereta. Raisya terkedu dengan tindakan Danny. Kemudian Danny masuk ke tempat memandu dengan muka seriusnya.

Kereta itu bergerak laju meninggalkan kawasan mall itu. Raisya sudah terdiam dan memandang keluar tingkap.

"Kau jangan menyesal nanti"

Ujar Danny dengan senyuman senget. Raisya pula sudah berkerut dahi.

"Haa? Apa maksud awak?"

Raisya keliru. Tak faham dengan kata-kata suaminya itu.

"Just wait and see. Kau pasti suka nanti"

Danny sengaja bermain teka-teki dengan Raisya. Raisya pula memproses otak dia mencerna kata-kata Danny.

▪▪☆☆▪▪

Rian memandang Feng dengan muka tak puas hatinya. Mata dia tajam menikam mata Feng yang sudah bersorak.

PRAK!

Feng terus kaku dan mata dia membulat besar melihat alat kawalan jauh itu sudah patah dua. Shawn, Jay dan Mark yang bersembang di sofa sudah terlopong luas.

"Heh? Kau main tipu kan?"

Rian mengunakan nada tenang. Tetapi bagi Feng sangat seram.

"Mana ada!"

Balas Feng pantas. Dia mengelengkan kepala dia sekali. Tetapi badan dia sudaj mengeletar hebat.

"Iya ke? Kenapa aku rasa macam ada?"

Rian mendongak mukanya dengan wajah serius. Alat kawalan jauh yang terpatah dua itu dicampak dan terkena muka Jay yang kebetulan berada di belakang Rian.

"Auw! Muka aku!"

Jay sudah menjerit kesakitan. Mark pula hanya mengeleng dengan muka sadisnya.

"Err...hehehe"

Feng sudah tersengih kambing. Dua jarinya dinaikkan. Rian sudah berdiri dan membetulkan ototnya. John yang kebetulan naik tingkat dua itu sudah bersandar di tepi tangga.

"Nampaknya ada peperangan akan berlaku"

John tersengih sambil menghirup milo panas buatannya. Feng sudah melarikan dirinya.

"Aku dapat kau jangan ingat kau boleh hidup dah"

Jeritan Rian mengegarkan rumah mewah itu. Shawn terkebil-kebil melihat dua budak itu berlari di sekeliling kawasan itu.

"Kau jangan takutlah. Mereka memang macam tu. Aku dah lali dah"

John menepeuk bahu Shawn dan terus naik ke tingkat tiga. Ada kerja hendak dia lakukan.

Tak lama itu muncul kelibat Danny dan Raisya yang baru naik tangga. Feng berlari dan menyorak di belakang Danny.

"Abang tolong! Dia nak bunuh aku!"

Feng menjawab dalam nada getar. Dari jauh Rian sudah tersenyum sinis.

"Shuh! Kau pergi sana. Aku ada kerja nak buat!"

Tubuh Feng ditolak begitu sahaja oleh Danny tanpa rasa simpati.

"Kerja apa?"

Soal Mark yang terdengar. Raisya pula memandang hairan ke arah mereka. Danny tersenyum nakal kepada Mark.

"Buat anak"

Jawab Danny selamba. Mata Raisya sudah membulat besar.

'Maksud dia tadi tu...buat anak? Suami aku ni gila ke apa?'

Danny memandang wajah Raisya yang sudah berubah riak wajahnya. Danny memaut pinggang Raisya erat.

"Get ready sayang. Kau nak aku jadi sweet dan romantik kan? Kat atas katil nanti aku act macam tu"

Bisik Danny dalam nada menggoda. Raisya sudah menundukkan wajahnya. Dalam hati hanya satu ayat saja menyesal!












______________

Update here! Typo abaikan mls nk check 😂

Mcm mana first day raya? Mesti meriahkan ^^

Btw sis happy sangat hari ini!

Dah capai 1k 😪😁

Sis happy gila-ii skarang ni! Mcm nak lompat-ii! Tapi nanti org ckp sis gila pula 😂😂

This day si nak ucapkan trima kasih sbb support story ni 😄
Terharu gila 😢😭

Hoho sis harap korang tetap sokong sis 😍
Author bagi ni utk korang 💞❤💋





YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now