💐46 - Selamatkan dia!

105K 4.1K 198
                                    

Joshua tergelak sakan sambil memandang Danny yang berdiri tegak di hadapan dia. Danny sudah bersiap sedia mahu menyerang Joshua.

BUK!

Joshua terjatuh ke belakang kerana tendangan padu Danny pada perutnya. Joshua sudah mengerutkan mukanya.

"Kau bukan tandingan aku. Tak padan dengan tua ada hati nak bini aku! Sedarlah kau tu akan mampus! Perut boroi! Fikir perempuan pandang kau? Huh?"

Danny meludah di muka Joshua dengan senyuman mengejek. Joshua memejam matanya rapat apabila air liur Danny jatuh tepat ke mukanya. Penumbuk dia di genggam erat.

"Kau!"

Joshua terus menerkam ke arah Danny. Mereka berbalas tumbukan. Baru saja anak buah Danny mahu masuk campur. Dua das tembakan dilepaskan. Kini semua pengikut Danny memasuki bilik itu. Mark dan Jay menumpaskan mereka dengan sekali tembakan begitu juga Feng dan Rian. Bella dan Lisa pula menghampiri Raisya.

"Kau okay?"

Raisya hanya menganggusk sahaja.

BANG!

"ARGHHH!!!"

Serentak itu mereka memandang ke arah Danny. Danny jatuh terduduk kerana terkena tembakan pada kakinya. Bibirnya diketap menahan kesakitan. Joshua pula sudah jatuh terlentang kerana terkena tembakan dari Jay.

"Abang!"

Raisya menerpa ke arah Danny yang sudah terbaring lemah. Kaki kirinya sudah tak boleh digerakkan kerana peluru sudah masuk ke dalam.

"Abang bertahanlah!"

Raisya memangku kepala suaminya. Wajah dia basah dengan airmata. Danny menyapu perlahan airmata Raisya.

"Abang ok. Sayang jangan risau ya"

Pujuk Danny lembut. Dia mengusap pipi Raisya. Mark sudah menelefon ambulans.

"Baby rindukan daddy tak? Daddy rindukan baby sangat-sangat"

Danny mengusap perut Raisya. Dia tersenyum suka apabila terasa pergerakan bayinya. Raisya menarik muncung dia mendengar kata-kata Danny.

"Baby je? Mummy baby tak?"

Danny tergelak kecil. Muncung isterinya ditarik perlahan.

"Of courselah daddy rindukan mummy baby ni! You're my life, my soul and my heart"

Raisya tersenyum jua. Sejak bila entah suami dia berubah jadi romantik sebegitu. Raisya sendiri tak pasti. Raisya terus terdiam. Dia terasa sakit pada bahagian pinggang dia. Perutnya dipegang dengan wajah berkerut. Danny sudah cemas melihat isterinya sebegitu.

"Ahh...abang....sa--sakit ahh"

Danny terus bangun dari ribaan Raisya. Wajah dia terus berubah cuak. Dia memegang perut Raisya.

"Ahh sakit!"

Jerit Raisya bersama linangan airmata. Peluh mula membasahi dahinya.

"Danny aku rasa air ketuban Raisya dah pecah"

Celah Bella dengan wajah cemas. Raisya sudah mencengkan lengan Danny kuat. Danny mengerutkan mukanya menahan sakit.

"Call ambulans"

Jerit Danny. Jay pantas menelefon ambulans. Kini suasana sudah berubah kecoh. Raisya menarik nafas dan meghembus perlahan-lahan. Sakitnya!

"Raisya calm down. Tarik lepas tarik lepas. Buat secara berulang kali. Cuba tenangkan diri kau. Kejap lagi ambulans datang"

Bella cuba menenangkan Raisya. Danny pula hanya mampu menahan kesakitan kerana Raisya dari tadi mencengkam lengan kirinya dengan kukunya.

Tengah-tengah mereka kalut Joshua bangun secara perlahan-lahan. Pistol dihalakan ke arah Danny dan Raisya. Naim yang ternampak terus menerpa ke arah mereka.

BANG!

"Ahh!"

Naik jatuh tepat di hadapan Raisya. Darah membuak-buak keluar dari dadanya. Raisya sudah kaku.

"Naim!"

Raisya berkata dalam nafas tersekat-sekat. Jay terus menembak Joshua tepat di dahi dengan wajah kegeraman. Joshua jatuh dan mati.

"Aka--akak. Ma--maafkan Na--Naim"

Kata Naim dalam tersekat-sekat. Dia cuba bertahan menahan rasa sakit. Raisya sudah menangis melihat Naim sebegitu.

"Akak dah lama maafkan Naim"

Kata Raisya dengan suara tenggelam timbul. Naim tersenyum dan menutup matanya perlahan-lahan. Tubuh kaku Naim membuatkan Raisya terus jatuh di dalam dakapan suaminya.

"Selamatkan dia"

Terus tubuh Raisya terkulai di dakapan Danny. Danny menepuk pipi isterinya tetapi Raisya tidak memberikan tindak balas.

"Ambulans dah sampai. Kau bawa Raisya dulu. Budak ni biar aku bawakan"

Danny tanpa banyak soal mengangkat tubuh Raisya dan di bawa keluar dari bilik. Danny tak putus-putus berdoa di dalam hati.

"Ya Allah! Kau selamatkanlah isteriku"

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now