Bab 42

11.5K 114 12
                                    


   

     Sehari suntuk Dee bertungkus-lumus membersihkan seluruh ruangan yang ada di dalam banglo milik, Darius yang besar dan luas bak, sebuah istana itu. Naik lenguh dan sengal juga seluruh urat sarafnya dek, kepenatan membersihkan satu-persatu bilik yang terdapat di dalam banglo mewah, tersebut. Sesekali, tangannya ligat mengusap peluh yang mengalir daripada dahinya.Bukan setakat dahi seluruh tubuhnya juga turut dibasahi peluh. Abis lencun baju Dee, dibuatnya. Kebetulan pula, cuaca agak panas ketika ini. Adoi! Panasnya, lah! Keluh Dee sendiri di dalam hatinya sambil melipat lengan bajunya sampai ke paras bahunya. Sekali pandang bajunya itu sudah kelihatan seperti, singlet. Ah! Lantaklah aku tengah panas, ni! Lagipun bukannya ada orang pun nak tengok bahu aku yang kurus kering, ni! Desis hati Dee sambil tersengih sendiri.
   "Krriukk!!!"
   Dee yang Sedang asyik, melakukan perkerjaannya tiba-tiba sahaja terduduk meringkuk di atas lantai sambil memegang perutnya sendiri. Raut wajahnya kelihatan meringgis dek, menahan perasaan sakit dan lapar yang sedang dialami oleh dirinya pada ketika, ini. Isskk! Perut aku ni suka sangat nak buat hal, lah! Keluh Dee sambil melirikkan pandangan matanya ke arah kotoran dan sampah yang masih bersepah di atas lantai. Risau pula hatinya sebab belum lagi menyelesaikan tugas yang diberikan oleh Darius sebentar, tadi. Tergiang-giang semula perbicaraan Darius ketika, lelaki itu menyapanya di saat dia baru selesai, menjamah sarapan paginya. Kaget juga dia apabila melihat kemunculan tiba-tiba lelaki psyco, tu.
    "Eheemm!...." Darius sengaja berdeham dengan kuatnya sebab ingin menarik perhatian Dee yang kelihatan, sedang mengelamun itu.
   Terperanjat terus Dee apabila mendengar deheman kuat daripada Darius yang sudah pun berdiri di hadapannya. Lelaki itu berdiri betul-betul di hadapan bekas plastik sampah yang dijadikan alas makannya, itu. Hujung kasut kulit berwarna hitam itu di renung sekilas, oleh Dee sambil mendongakkan wajahnya perlahan-lahan ke arah Darius. Tatapan jijik dan benci muncul di wajah lelaki, itu. Dengan perasaan malunya Dee menundukkan semula wajahnya sambil mengigit bibirnya sendiri. Laju sahaja tangannya membungkus plastik sampah yang berada di hadapannya, itu lalu dibuang segera ke arah tong sampah. Setelah itu dia melangkah semula ke arah tempat Darius sedang berdiri di saat, ini. Dengan suara yang agak tersekat-sekat dia mulai, menyapa lelaki itu.
    "Tu...an Darius! Na..k apa la...gi de...gan, sa...ya?!"
    Darius tidak terus menjawab pertanyaan Dee yang sedang berdiri di hadapannya, itu. Sekilas, wajah pucat dan cemas lelaki itu di pandang kejap, olehnya. Terukir terus senyuman sinis di wajahnya selepas melihat riak, wajah Dee yang kelihatan agak cemas dan gelabah itu. Penakut! Ejek Darius di dalam hatinya sambil menghampiri lelaki itu dengan lebih rapat lagi. Dee yang perasan Darius semakin menghampiri dirinya secara spontan segera, menjauhkan dirinya dari berada terlalu hampir dengan lelaki itu.
   "Oi! Yang muka kau cuak sangat tu, apasal?!" Pekik Darius dengan suara lantangnya.
   Tersentak terus Dee apabila mendengar pekikkan kuat yang keluar daripada mulut Darius sebentar, tadi. Bagai nak tercabut tangkai jantungnya! Sewel! Dia ingat telinga aku ni apa? Asyik, nak terpekik terjerit macam orang tak betul je, aku tengok! Desis hati kecil Dee sendiri. Dengan suara gugupnya Dee terus menyapa lelaki itu.
    "Tu...an...Da...rius, ni dah ke...na...pa? Tak pu...as la..gi kah, nak sik...sa sa..sa...ya?"
    Pertanyaan Dee itu membangkitkan semula amarah, Darius. Dia meluru laju ke arah Dee yang disangkakan lelaki olehnya, itu. Tanpa sempat, melarikan diri terdorong terus tubuh kurus kering Dee ke arah dada bidang six pack milik, Darius yang sedang mencengkam kuat kolar bajunya dengan tangan kekarnya.
    "Oi! Jantan lembik, kau dengar sini baik -baik ya! Aku memang takkan pernah puas siksa hidup engkau! So, kau jangan mimpi nak lepas dari tangan aku, ni! Kau dengar, tak?!" Tengking Darius tepat betul-betul dekat dengan wajah Dee.
    Tergamam seketika, Dee apabila ditengking dengan sedemikian, rupa oleh Darius. Terkebil-kebil matanya merenung segenap inci wajah berang, lelaki yang sedang berada di hadapan matanya, itu. Mak oi! Kacaknya, dia biarpun dalam keadaan marah! Puji Dee di dalam hatinya sendiri. Darius yang perasan dengan renungan pelik Dee itu segera menyapanya.
    "Oi! Kenapa kau tengok aku macam, tu?!" Tengking Darius dengan nada kuatnya sambil menguatkan lagi cengkaman tangannya pada kolar baju lelaki, itu.
    Tersedar terus Dee daripada lamunan panjangnya apabila ditengking secara tiba-tiba oleh, Darius. Tatapan matanya kemudian dilirikkan sekilas, ke arah kolar bajunya yang sedang dicengkam dengan kuatnya oleh lelaki itu. Tercungap-cungap terus pernafasan Dee, dibuatnya. Dia cuba jugak untuk melarikan tangan Darius dari terus mencengkam kolar bajunya  namun usahanya itu menemui, jalan buntu. Lelaki itu semakin menguatkan lagi cengkaman tangannya sehinggakan tubuh Dee terangkat sedikit seperti berada di awang-awangan. Terbeliak terus biji matanya apabila menyedari, Darius sedang mengangkat tubuhnya lalu ditolak dengan kasarnya ke arah dinding.
   "Dubb!!"
    Hentakkan yang terlalu kuat itu amat menyakitkan bahagian belakang, Dee. Mengerang kesakitan terus dia dibuatnya.
    "To...long! Le..pas, kan sa...ya!" Rayu Dee dengan suara tersekat-sekatnya. Airmata yang cuba ditahan akhirnya, meluncur laju membasahi kedua-dua pipinya. Dia sebenarnya sudah tidak berdaya menanggung kesakitan yang sedang dialaminya pada ketika, ini.
    Darius terus tersenyum dengan puasnya sejurus, melihat lelaki itu merayu dan menangis di depan matanya. Baru kau tau, siapa aku! Getus hati kecil Darius sambil menatap wajah Dee dengan penuh bencinya.
   "Tau pula kau nak merayu bagai dekat depan aku sekarang, ni! Itulah, berani sangat nak rampas Gloria dari tangan aku! Sekarang kau rasakan, lah pula punishment aku! Amacam, best tak?!" Soal Darius sambil tergelak dengan wajah mengejeknya.
    Dee hanya menatap wajah Darius dengan pandangan kosongnya. Pelbagai perasaan mulai, menyesak masuk ke dalam fikirannya yang semakin berserabut itu. Nafasnya juga semakin sesak bila-bila masa sahaja dia boleh pitam, dibuatnya. Dont give up now, Dee! Kau kena, bertahan! Bisikkan itu menguatkan semula semangat dirinya yang hampir hilang sebentar, tadi.
    "Tu...an...Da...rius! To...long...lah, le...pas, kan sa...ya!" Rayu Dee sekali lagi memohon simpati daripada Darius.
    Dahlah tu, Darius! Kau tak kesian, kah dengan dia? Bisikkan halus itu, meredakan semula amarah Darius. Dia kemudian, dengan kasarnya melepaskan semula kolar baju lelaki itu dari terus berada di dalam cengkaman tangannya. Terduduk lemah terus Dee di atas lantai sambil mengusap perlahan lehernya yang turut menjadi mangsa cengkaman tangan lelaki itu sebentar, tadi. Huh! Nasib baiklah dia lepas, kan aku. Kalau tidak boleh melayang juga nyawa aku, tadi! Desis hati kecilnya sendiri.




Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now